Suasana Romantik dan Tenang di D Aura Cafe Seri Kembangan

8:01 PM



Baru-baru ni I berpeluang untuk merasai sendiri suasana yang romantik, tenang dan riang ketika majlis pelancaran D aura Cafe di Seri Kembangan. D Aura Cafe telah diusahakan oleh Puan Dina dan suami yang menginginkan cafe yang berkonsepkan ciri-ciri yang romantik yang mengimbau kembali detik perkenalan bersama insan tersayang.



Aura D cafe ni menawarkan harga makanan yang berpatutan walaupun bertarafkan konsep seperti 5 bintang namun kualiti penyediaan makanan menggunakan chef yang berpengalaman dari hotel.



Pengasas cafe ini iaitu Puan Dina Abu Bakar serta Encik suami iaitu Encik Salihin yang mempunyai 4 cahaya mata yang kiut miut dimana 3 darinya adalah puteri dan seorang lagi adalah putera. Sebelum adanya cafe D Aura juga mempunyai 5 cawangan spa tau. Menarik kan. Lagi pun pasangan suami isteri ni memang friendly dengan we alls. D Aura Spa telah berada di dunia kecantikan sekitar 10 tahun dan D Aura Cafe telah tercipta apabila Encik Salihin telah mengilhamkan D aura Cafe ni walaupun sebelum ini beliau ialah seorang kontraktor di Salika Enterprise berkemahiran Electrical & Aircond, Renovation.



Sedikit info Kalau you all nak tahu mengenai cawangan spa yang dimiliki oleh Puan Dina di sini ye :

  1. Spa Supplier Malaysia& D Aura Spa Seri Kembangan di Seri Kembangan, Selangor, 
  2. D Aura Spa Putrajaya di Presint 15, Putrajaya, 
  3. D Aura Spa Enstek Sepang, di Negeri Sembilan dan 
  4. D Aura Spa Johor Bahru, Skudai, Johor Bahru.

Majlis pelancaran D Aura Cafe telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran live busking dari Sarra and the Rosswell Band.


Di samping itu majlis juga telah meraikan hari jadi Encik Salihin dan juga wedding anniversary Puan Dina dan suami Encik Salihin.







Menu makanan yang terdapat D Aura Cafe adalah seperti masakan ala kampug iaiu kari hijau ayam, asam pedas, rendang daging, masak lemak cili padi, sate ayam dan lain lain malahan Western food juga adalah pilihan bagi mereka yang menggemarkan hidangan seperti chicken chop, fish and chip, sirlon steak, lamb shank dan pelbagai lagi. Kanak kanak boleh menikmati hidangan seperti snacks, sausages, cheesy wedges dan juga kentang goreng.

Antara hidangan yang kami nikmati ketika di Majlis Pelancaran.






Kini bagi anda yang ingin buat candle light dinner, reunion day, wedding anniversary ke bolehlah contact pengurus restoran ye. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan live band jika ingin membuat majlis disini tapi tawaran pakej bagi Birthday Party Rm25 per pax untuk minimum 30 pax dengan 10 jenis menu disediakan.




Untuk maklumat lanjut hubungi alamat di bawah :

D Aura Cafe
C-6-G, Putra Walk, Jalan PP25,
Taman Pinggiran Putra Sek2,
Seri Kembangan,
Selangor

Waktu Operasi :11 am - 11 pm (Daily)

Pengurus/Order :

Pn Dina : 019 2700210
En Salihin : 0126421095

FB : D Aura Cafe
Email : dauracafe@gmail.com
IG : @dauracafe

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸