Thomas & Friends di Sunway Putra Mall bermula dari 18 Ogos sehingga 3 September 2017

6:34 AM



Thomas and his friends Adventures kini berada di Sunway Putra Mall bermula dari 18 Ogos sehingga 3 September 2017 di bahagian main concourse, ground floor dimana kanak-kanak yang meminati Thomas and his friends dapat bermain secara percuma tempat permainan kanak-kanak yang bertemakan bumi, galaksi dan lautan. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik yang bakal dialami untuk kanak-kanak yang hadirkan diri di sini.



Kanak-kanak yang berumur dari 3-12 tahu yang berketinggian lebih kurang 80cm-150cm berpeluang untuk menerokai dunia mencabar bersama Thomas dan rakan-rakan dengan langkah yang mudah iaitu :

  1. Memanjat dan meluncur ke dalam lautan dan perlu berhati-hati dengan kehadiran jerung, kanak-kanak yang di bawah 120cm perlu ditemani oleh ibu bapa tau.
  2. Lompat dan capai bintang-bintang termasuklah planet.
  3. Bila dah terokai dunia mencabar Thomas anda berpeluang untuk menaiki keretapi Thomas secara percuma tapi malas nak tunggu just beli barangan Thomas RM120 ke atas boleh naik tanpa menunggu tau.
  4. Dengan mengikuti langkah di atas, anda telah berjaya menerokai bumi, lautan dan angkasa bersama Thomas.


Jadual Keretapi Thomas bermula dari 10 pagi sehingga 9 malam, terdapat 2 kategori Ekslusif dan standard. Sesi ekslusif hanya untuk anda yang berbelanja RM120 ke atas di samping itu dapat barangan edisi terhad, keretapi mainan Thomas dan bag tau. Syoknya !


Kena ukur ketinggian untuk  bermain dan menjelajah bersama Thomas tau, aku pendek juga cuma aku dah tua tak boleh dah join. :(


Tak tahu lah aku ni memang over-excited especially kalau event kanak-kanak ni, biasalah jiwa berdarah muda gitu.:)


Yang ini bahagian  Lompat dan capai bintang-bintang termasuklah planet. Gembira tengok budak-budak ni bersungguh-sungguh nak capai bintang-bintang tu tau.


Selain tu, ada susunan Thomas besar untuk jadikan inspirasi budak-budak ni cipta sendiri rail dorang nanti.


Tadi ada juga pertandingan cantum-cantum Railways Thomas and friends tau.


Yang ni bahagian lautan, uu bestnya bebudak ni I pun rasa nak main juga lah.


Finally, ibubapa bawa lah anak-anak you all datang sini mesti diaorang suka ! Jangan lupa singgah Sunway Putra Mall bahagian Main Concourse tau.


Anak aku gembira sangat dapat tambah koleksi mainan Thomas and his friends dalam wardobe mainan dia kat rumah.


Balik rumah dia  terus pasang rails tu ngan papa dia, teruja betul dorang ni..




Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Facebook Thomas and Friends Malaysia
Facebook Sunway Putra Mall


Selain dari Event Thomas and Friends, korang boleh melawat juga restoran Grillerz yang menawarkan western food yang sedap, aku cadang korang try yang black pepper gravy, gravy depa awesome sangat. Memang first time rasa sedap macam tu tau.



Selain tu di level 4 terdapat hiburan untuk seisi keluarga tak silap COBAY namanya. tempat untuk you all spending times dengan anak-anak you all, kalau rajin boleh lah singgah play some games with tokens.


Have fun kids !
Salam sayang dari mama syafiera. haha.. ;)

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸