Dihasilkan Oleh Semula Jadi. Ditambah Baik Dengan Sains Memastikan nutrisi asal setiap titisan susu Friso Gold ® dipelihara

2:32 PM

Dihasilkan Oleh Semula Jadi. Ditambah Baik Dengan Sains Memastikan nutrisi asal setiap titisan susu Friso Gold ® dipelihara,




Friso Gold sekarang adh keluarkan produk yang dikatakan bagus untuk anak-anak anda, so far my kids still masih kurang minum susu formula, tapi anak buah memang suka susu ni. Hee.


Kuala Lumpur, 10 Ogos 2017 – Holland, negara yang dikenali dengan bunga tulip dan kincir angin, juga merupakan tapak bagi Royal FrieslandCampina, yang menghasilkansusu tepung rumusan untuk kanak-kanak Friso Gold ® .

Friso Gold ® mengambil kebaikan alam semula jadi dan mempertingkatkannya dengan sains untuk menghasilkan susu tepung rumusan bermutu tinggi bagi kanak-kanak di seluruh dunia.

“Nutrisi semula jadi. Mudah dihadam agar kuat dari dalam – ini merupakan janji Friso Gold ® , memastikan hanya yang terbaik digunakan bagi setiap produk untuk memenuhi keperluan dan cita rasa para pengguna di lebih daripada 25 buah negara di seluruh dunia.

“Di Royal FrieslandCampina, lembu baka Frisian tulen merupakan sumber produk susu kami yang amat baik, dilayan seperti keluarga sendiri. Kami sememangnya syarikat tenusu yang unik kerana 20,000 peladang kami, yang terlibat secara langsung dalam penjagaan lembu dan pengurusan ladang, memiliki syarikat ini. Oleh itu, mereka memastikan penjagaan rapi alam semula jadi bermula dari kualiti baik lembu hingga ke setiap titisan susu yang digunakan untuk penghasilan rumusan Friso Gold ® sebelum dihidangkan untuk si manja anda,” kata Saw Chooi Lee, Pengarah Urusan bagi Dutch Lady Malaysia.

“Kami memberikan yang terbaik dalam penjagaan alam semula jadi dan menambah baik dengan sains di setiap rantaian bekalan kami bagi membekalkan susu yang kaya dengan nutrien agar si manja anda kuat dari dalam. Sebagai ibu bapa, ia adalah amat penting bagi kita untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita, dan Friso Gold ® dapat membantu anda mencapai matlamat ini,” tambahnya.
Dengan kepakaran lebih daripada 140 tahun dalam bidang tenusu, Friso Gold ® dapat menghasilkan persekitaran optimum yang diperlukan bagi menghasilkan susu berkualiti tinggi. Ia bermula dengan para peladangnya, yang berusaha keras dan berdedikasi dalam bekerjasama dengan alam semula jadi agar lembu-lembu dapat menghasilkan susu yang berkhasiat tinggi secara semula jadi.
Lembu-lembu kami diberikan makanan yang seimbang, terdiri daripada rumput rai dan jagung, dan dipantau secara individu menggunakan tanda dan rantai elektronik untuk memastikan kesihatan mereka berada di tahap optimum.
Friso Gold ® menggunakan sistem pemerahan susu automatik, yang membolehkan lembu untuk memilih waktu mereka mahu diperah. Dengan bantuan sistem ini, membolehkan mereka menghasilkan susu yang lebih baik.
Apabila susu dihasilkan, peladang-peladang kami menggabungkan kepakaran dan pengalaman yang terkumpul bergenerasi lamanya, dengan sistem pemantauan dan pemerahan susu yang berkualiti tinggi membolehkan mereka untuk memastikan kebersihan dan kualiti susu kekal konsisten sepanjang proses ini.
Sewaktu penghantaran, pemandu trak akan memastikan bahawa susu miliki warna dan bau yang betul. Susu tersebut disimpan pada suhu tidak lebih daripada 4 darjah Celsius untuk mengekalkan indeks kesegarannya yang tinggi.
Di kilang, susu yang semula jadi dan kaya dengan nutrien ini, dipertingkatkan lagi menggunakan sains.


Friso Gold ® menggunakan teknologi inovatif yang dikenali sebagai LocNutri TM – proses yang menggunakan haba sederhana untuk memastikan nutrien dalam susu tidak terlalu panas waktu pemprosesan. Susu segar diproses secara perlahan menggunakan haba sederhana untuk memelihara nutrien hampir kepada struktur yang asal, agar ia mudah dihadamkan oleh kanak-kanak. Teknologi ini memastikan kebaikan nutrisi semula jadi susu dipelihara apabila diproses untuk menghasilkan susu tepung rumusan. Bagi tujuan keselamatan dan kualiti, produk diperiksa semula sebelum dibungkuskan bagi tujuan penghantaran.
Oleh itu, nutrisi asal setiap titisan susu Friso Gold ® dipelihara, seperti yang diatur dalam alam semula jadi.


Untuk mak
lumat lanjut tentang Friso Gold ® , sila layari 
www.frisogold.com.my

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸