Kunci kepada Jantung yang Sihat adalah dengan Mencegah 3 TINGGI ini !

1:58 PM

3 TINGGI ? Apa maksudnya, ianya adalah berkaitan dengan menjaga kesihatan jantung setiap individu. Kini dengan formulasi terbaru dari Anlene ianya bukan sahaja menjaga tulang malahan dapat mengawal 3 TINGGI ini. 3 Tinggi ini adalah :

  • Kolestrol Tinggi
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Tahap Gula dalam darah Yang tinggi
Rata-rata rakyat Malaysia kebanyakan mengalami penyakit ini gara-gara tak menjaga pemakanan, kurang mengambil makanan berkhasiat dan paling teruk malas bersenam. Mengikut kajian statistik penyakit 3 TINGGI ni hampir kepada 73% ! Paling merisaukan bukan sahaja warga emas, malahan kalangan dewasa dan kanak-kanak juga mengalami penyakit 3 TINGGI ni sebab dah terbiasa diamalkan mengambil makanan berperasa.



Sebenarnya kalau kita mengambil pemakanan yang berkhasiat, elak makanan pelik-pelik dan bersenam mengikut penerimaan badan, Insha Allah boleh je elak 3 TINGGI ni tanpa minum Anlene. Tapi bagi yang jenis nak sihat tanpa buat pantang-larang mungkin Anlene boleh membantu. Huh ! Too bad breast feeding mom tak digalakkan minum Anlene, pfft Majok I. Hihihi !

Kalau nak tahu Ambassador Anlene Heart Plus ni ialah penyanyi veteran tanah air, teruja sebab 1st time dapat jumpa Dato' Shiela Majid, so small and cute and tengok pun macam baya 30-an gitu.


Menurut Professor Dr. Chee Kok Han, Pakar Kardiologi Hospital Universiti Malaya, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi serta tahap gula darah yang tinggi, yang dikenali sebagai 3 Tinggi adalah faktor risiko utama untuk penyakit tidak berjangkit, ia juga merupakan punca kematian lebih kurang 73% rakyat Malaysia. Penyumbang terbesar pada jumlah ini adalah penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok. 
Berkongsikan tip-tip penjagaan kesihatan jantung di majlis pelancaran, Dr. Chee berkata: “Hampir satu daripada dua rakyat Malaysia mempunyai kolesterol yang tinggi; 3 hampir satu daripada tiga mengalami tekanan darah tinggi; satu daripada enam mengalami diabetes Jenis 2;dan hampir satu daripada empat pesakit jantung berumur kurang daripada 50 tahun.”



“Oleh itu, golongan dewasa perlu lebih berwaspada dan menjaga 3 Tinggi ini menerusi tabiat serta gaya hidup sihat untuk kesihatan jantung yang lebih baik,” tambahnya lagi. Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia berkata, demi memenuhi keperluan gaya hidup sihat pengguna Malaysia, syarikat tersebut telah berinovasi untuk menghasilkan formulasi terbaharu bagi membantu menjaga kesihatan jantung serta menganjurkan kempen untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan jantung.
 
“Di Fonterra, kami fokus dalam menghasilkan produk tenusu yang bukan sahaja lazat tetapi meningkatkan tahap kesihatan pengguna. Sejajar dengan misi ini, peningkatan usaha kami beberapa tahun kebelakangan ini, membawa Anlene® menjangkau lebih daripada aspek pemakanan untuk tulang. Bermula dari tahun lepas , kami telah menambah MoveMax™ ke dalam formulasi Anlene® untuk menjaga bukan sahaja tulang, tetapi membantu menjaga aspek pergerakan seperti sendi dan otot. Tahun ini, produk terbaharu kami Anlene HeartPlus™ mengandungi MoveMax™ dan HeartMax™, yang mengandungi gabungan nutrien bagi membantu menjaga kesihatan jantung disamping juga menyokong pergerakan,” tambahnya lagi.

Gabungan nutrien HeartMax™ termasuklah Sterol Tumbuhan, Omega 3 (DHA & EPA), dan kalium, dengan kebaikan-kebaikan seperti berikut:
  1. Sterol tumbuhan membantu mengurangkan kolesteroldalam darah,
  2. Kalium membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan
  3. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa asid lemak Omega 3 mungkin membantu mengurangkan trigliserida atau lemak dalam darah.
Tambahan pula, formulasi Anlene Heart Plus ™ diuji mengandungi Indeks Glisemik yang rendah*. Pengambilan makanan dengan indeks glisemilk yang rendah adalah penting dalam membantu mengurus tahap gula dalam darah.
Bersetuju dengan nasihat daripada Dr. Chee, Karen berkata walaupun cara pemakanan yang betul merupakan permulaan yang baik, golongan dewasa Malaysia juga perlu melakukan aktiviti fizikal secara kerap untuk menjaga kesihatan jantung yang lebih baik.
“Oleh itu Anlene® memilih untuk bekerjasama dengan ratu jazz kesayangan Malaysia, Dato’ Sheila Majid, untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan jantung dan gaya hidup yang sihat,” kata Karen. Berkongsi dengan ramai, dua cinta dalam hidupnya, Sheila berkata: “Bukan mudah untuk kekal aktif setelah 32 tahun berkecimpung dalam industri muzik dan pada masa yang sama, memberi perhatian kepada keluarga saya, terutamanya dua orang anak saya yang aktif dan masih bersekolah. 

Untuk terus melakukan apa yang saya gemari, saya harus kekal aktif dan amalkan diet yang seimbang untuk kesihatan dan kesejahteraan diri saya.” “Oleh itu saya menyeru agar rakyat Malaysia, tua atau muda untuk mulamenjaga kesihatan jantung mereka dan menjaga 3 Tinggi. Lakukan senaman secara kerap, amalkan diet yang seimbang dan minum dua gelas Anlene Heart-Plus ™ setiap hari, anda akan terus melakukan apa yang anda gemari!” tambah Sheila lagi. 
Dr. Chee bersetuju dengan pendekatan Sheila untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menasihatkan mereka yang ingin mengekalkan jantung yang sihat. “Untuk mengekalkan kesihatan jantung yang baik, lakukan pemeriksaan jantung tahunan untuk menjaga tahap kolesterol, tekanan darah dan gula dalam darah,” kata Dr. Chee.
“Kekalkan berat badan yang sihat dengan menjaga indeks jisim badan (BMI) supaya berada di antara 18.5 dan 24.9 serta mengawal stres anda. Ini boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan kerap bersenam, yang juga dapat membantu menjaga 3 Tinggi anda!


So machine ni berfungsi nak tengok tulang kita katanya, nak tahu tulang kuat atau rapuh..



Okay lah tu tengok gaya dalam green tapi dah macam nak ke oren pun ada..


Akak ni suggested la tips untuk cegah 3 TINGGI tu..


Mnearik kan rangkaian Anlene ni tapi so sad tak digalakkan untuk ibu menyusu.. HUHU...

Anlene Heart-Plus ™ kini boleh didapati di kedai-kedai utama di seluruh negara. Untuk
maklumat lanjut mengenai Anlene Heart-Plus ™ dan tips menjaga jantung yang sihat, layari
Facebook Anlene Malaysia di www.facebook.com/AnleneMalaysia dan laman sesawang di

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸