Nak cantik macam Fazura Boleh ke Tak ?

12:21 PM

Baru-baru ni kan ada event Nutox dekat One Utama tak silap aku, alamak cam dah lama je tapi rasanya bulan 10, time tu ada Fazura dia seorang duta jenama Nutox, betulkah Fazura guna Nutox untuk nampak kan kulit dia cantik jelita macam anak dara, masalahnya dia memang anak dara lagi, aku masih muda lagi dari dia tapi aku rasa dia macam adik aku dah, eh stress bestnya Fazura. Nutox kali ni guna slogan ' Selamat Tinggal Kulit Kusam & Katakan Hello kepada kulit cerah. Aku masih belum mencuba lagi produk Nutox ni, tapi tak lama lagi aku akan cuba sendiri sebab aku nak cantik macam Fazura, haritu aku tak sempat tanya macam macam dekat Fazura sebab fans dia ramai berebut nak selfie ngan dia jadi aku hanya sempat selfie sajalah dengan dia. haha.



Jom layan Video ni :

Selangor – Tanyalah mana-mana wanita akan matlamat utama mereka untuk kulit. Jawapan
mereka sudah pasti kulit yang “cantik berseri dan sentiasa nampak muda”.

Kajian pengguna mendapati wanita Malaysia mahukan kulit yang kelihatan cantik secara
semula jadi, yang boleh ditakrifkan sebagai kulit tampil berseri dan segar, dan ini fenomena ini bukan di Malaysia sahaja! Malah Korea hingga ke Jepun mahupun negara China, wanita Asia sentiasa mencari kaedah untuk mendapatkan seri wajah semula jadi tanpa perlu menggunakan produk mekap.

Kami sedar bahawa kulit kusam merupakan masalah kulit biasa yang dihadapi oleh wanita Asia. Tahukah anda bahawa kulit kusam juga merupakan salah satu tanda awal penuaan?

Apabila umur kita meningkat, tanda-tanda seperti kekusaman, kedut dan kehilangan
keanjalan mula kelihatan. Ia disebabkan oleh pengurangan keupayaan untuk
memperbaharui kulit secara semula jadi. Oleh itu kita perlu membantu kulit untuk
memperbaharui semula secara lembut tetapi berkesan.

Secara ideal, kitaran pembaharuan semula kulit secara semula jadi berlaku setiap 28 hari.
Pada akhir tempoh kitaran, sel kulit yang lama atau yang telah mati beralih keluar dan
diganti dengan sel kulit yang baru. Apa yang diperlukan oleh kulit adalah beberapa produk utama yang terus bertindak secara lancar dalam semua fasa kitaran pembaharuan kulit dan pada masa yang sama membantu meningkatkan keupayaan pembaharuan semula kulit. Apa yang penting adalah proses ini perlu berlaku secara lembut tetapi berkesan.

Kini anda boleh memiliki dan mengagumi kulit anda dengan rangkaian penjagaan kulit
Renewing Treatment daripada Nutox.

Produk penjagaan kulit Nutox Renewing Treatment menampilkan teknologi proprietari yang dikenali LumiNes, menggabungkan dua ramuan utama – Lumiskin dan Actistem Gold Nest – untuk hasil yang kelihatan berseri dari dalam yang diingini oleh wanita. LumiNes mengaktifkan sel dasar kulit yang tidak aktif dan meningkatkan tekstur kulit agar kulit berseri secara semula jadi apabila digunakan secara kerap.

Rangkaian Nutox Renewing Treatment terdiri daripada 3 produk: Renewing Treatment
Lotion, Renewing Treatment Essence dan Renewing Treatment Cream.
 

Renewing Treatment Lotion (150ml, RM59.90)
Berikan tenaga baru kepada kulit anda dengan losen yang lembut tetapi penuh dengan kebaikan ini direka khas untuk menyediakan kulit bagi menerima kebaikan daripada Renewing Treatment Essence dan Cream dengan sepenuhnya. Mengandungi LumiNes, toner ini melicinkan dan menanggalkan bendasing untuk kesan yang lebih berseri. Losen ini turut menggantikan lembapan jauh ke dalam lapisan kulit. 
Penggunaan: Selepas pembersihan, letakkan pada tapak tangan dan sapukan pada muka dan leher. ATAU Selepas pembersihan, letakkan pada pad kapas dan sapukan pada muka dan tengkuk. 

Renewing Treatment Essence (30ml, RM75.90)
Serlahkan keserian semula jadi kulit anda dengan esen yang lembut dirumus dengan teknologi proprietari LumiNes miliki Nutox. Esen yang melembap jauh ke dalam kulit ini membantu melindungi kulit daripada kekusaman kulit akibat kerosakan UV dan pencemaran, selain mempercepatkan kitaran pembaharuan permukaan kulit
untuk seri wajah yang berkekalan. 
Penggunaan: Pamkan sebanyak 2 hingga 3 kali pada hujung jari dan sapu rata pada muka dan leher menggunakan pergerakan arah ke atas. 
Renewing Treatment Cream (30ml, RM49.90)
Manjakan kulit anda hari ini agar anda kekal cantik untuk hari-hari yang akan datang.
Dirumuskan dengan LumiNes, Renewing Treatment Cream menyediakan kebaikan jauh
ke dalam kulit untuk memulihkan, menyegarkan dan memperbaharui penampilan kulit. Tekstur yang tidak melekit ini diserap pantas bagi memberikan kemasan yang semula jadi. 
Penggunaan: Urutkan produk sebesar butir kacang pada kulit menggunakan pergerakan
bulatan arah ke atas sehingga ia diserap sepenuhnya.

“Rawatan penjagaan kulit Renewing Treatment daripada Nutox memenuhi semua keperluan bagi membantu wanita mencapai seri semula jadi untuk kulit mereka,” kata Christine Law, Pengurus Pemasaran Penjagaan Kulit Tohtonku Sdn. Bhd. “Kami memahami bahawa wanita mahu mengelakkan kekusaman dan pada masa yang sama mahukan kulit yang kelihatan jelas berseri secara semula jadi. Rangkaian penjagaan kulit ini memberikan tiga kebaikan menerusi pendekatan tiga serangkai: Memulihkan, Membaharui, Menyerikan.”


“Memulihkan dengan Renewing Treatment Lotion, yang melicinkan dan menanggalkan sel kulit yang mati dan bendasing daripada permukaan kulit. Selepas itu, Membaharui dengan Renewing Treatment Essence, yang mempercepatkan kitaran pembaharuan semula permukaan kulit. Akhir sekali, Serikan kulit dengan Renewing Treatment Cream, yang menyegarkan kulit dan meningkatkan tekstur kulit secara keseluruhan.”

Nur Fazura, duta Nutox dan aktres terkenal Malaysia, menjelaskan kepentingan melindungi kulitnya daripada cabaran luar. “Saya sering berada di luar sewaktu di lokasi rakaman, dengan memakai lapisan mekap di bawah sinaran matahari. Oleh sebab stres dan kurang berehat, kulit saya mudah menjadi kusam dan tidak bermaya. Itulah sebabnya saya memilih penjagaan kulit Nutox Renewing Treatment sebagai amalan. Sejak menggunakannya, saya tidak perlu menggunakan mekap yang banyak, terutama sekali pada hari saya tidak bekerja. Renewing Treatment Lotion membantu menanggalkan mekap yang tertinggal serta kotoran lain selepas seharian bekerja, dan menjadikan kulit saya lembut dan halus! Produk kegemaran saya ialah Renewing Treatment Essence, kerana ia melindungi kulit saya daripada kekusaman,” kata Fazura.

Duta Nutox dan aktres Hong Kong, Nancy Wu turut berkongsi pengalamannya
menggunakan rangkaian penjagaan kulit Renewing Treatment yang baharu. “Saya kini
sedang merakamkan siri baru televisyen, Deep in the Realm of Conscience, dan saya perlu pastikan saya kelihatan cantik sepanjang masa di depan kamera. Kekusaman boleh dilihat jelas pada kamera tetapi saya tidak mahu menyembunyikan kulit saya dengan menggunakan lapisan mekap yang tebal. Saya gembira apabila Nutox memperkenalkan rangkaian Renewing Treatment. Saya suka dengan Renewing Treatment Cream kerana membawa perubahan besar kepada wajah saya. Kulit saya kelihatan berseri dan anjal secara semula jadi, seolah-olah saya mendapat tidur yang secukupnya pada malam sebelumnya. Walaupun dengan gaya hidup yang aktif, saya tidak perlu risau tentang penampilan kulit saya!”

Tentang Nutox
Dilancarkan pada 2006, Nutox merupakan perintis asal penjagaan kulit Bird’s Nest di Malaysia. Jenama ini percaya bahawa umur hanyalah sekadar nombor. Visi ini dibuktikan menerusi duta jenama mereka – aktres terkenal Hong Kong Nancu Wu dan selebriti popular Malaysia Nur Fazura yang masing-masing berumur 30an. 
Sebagai personaliti yang hebat dalam industri hiburan, mereka mewakili wanita Nutox yang anggun, tidak makan usia dan selesa dengan diri mereka sendiri. Sebagai seorang wanita, kemudaan tidak perlu selari dengan umur fizikal. Nutox memberi tumpuan dalam mengutamakan pencapaian anda dan di mana anda berada pada hari ini. Kekalkan penampilan muda anda dengan Nutox!
Jadi inilah rahsia kecantikan Miss Fazura, dahlah cantik dan jadi kegilaan jejaka diluar sana, nak kata jeles tak boleh sebab Fazura bukan jenis sombong tau, siap cakap we all ni macam spice girls tau. Eh lepas ni harap dapat jumpa Fazura lagi boleh tak?


Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Facebook : https://www.facebook.com/NutoxStayYoung/
Instagram : http://www.instagram.com/nutox_MY

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸