Protasco melancarkan pusat membeli-belah De Centrum

3:22 PM

Ahad yang telah berlalu PROTASCO Bhd telah melancarkan Pusat Membeli belah De Centrum di Bangi pada 8 Oktober 2017 yang merupakan pembangunan di Kajang di dalam Bandar De Centrum yang berkeluasan 100 ekar baru-baru ini bersebelahan dengan Uniten dimana para pelajar dan para pengunjung yang berdekatan mempunyai akses yang mudah untuk membeli barangan keperluan harian hanya perlu berjalan kaki dan  tanpa menaiki kenderaan.



Majlis pelancaran berlangsung secara meriah termasuklah sesi upacara menandatangani LOI, potong reben, tarian singa dan persembahan Dinosour serta pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran pelakon tempatan @elfiraloy.

Dato' Sri lr Chong Ket Pen iaitu pengarah urusan dan naib pengerusi eksekutif kumpulan Protasco berkata memandangkan Kajang adalah sebuah bandar yang semakin membangun dan populasi semakin padat jadi ini merupakan salah satu peluang yang tinggi buat pemaju Protasco Bhd untuk menjadi salah satu bahagian dalam komuniti yang semakin berkembang secara pesat sebagai pemaju koridor Selatan Lembah Klang yang akan lebih dikenali dari semasa ke semasa.





Terdapat 3 'retail outlets'yang memenuhi kedai-kedai di dalam De Centrum Mall seperti kedai barangan IT, kedai peralatan dan barangan kegunaan untuk rumah, pusat kecergasan termasuklah restoran dan kafe yang akan memberikan pilihan yang banyak kepada para pengunjung.

KFC dan Pizza Hut adalah pilihan orang ramai manakala untuk pembelian barangan runcit , pengunjung boleh singgah Super Seven Cash dan Carry Grocery atau boleh beli makanan ringan di 7-Eleven.

MR DIY

SPP BOOK AGENCY

Kedai Barangan Elektrik

Untuk body-builder you all boleh singgah Raw House Gym, untuk ulat buku you all boleh singgah SPP Bookstore yang menyediakan barangan untuk persekolahan.

Protasco Bhd juga mempamerkan projek terbaru mereka seperti Kondominium De Centrum Unipark untuk Blok C dan D dan termasuk 2 lagi projek iaitu Pusat Bisnes Sentrio, pembangunan komersial baru di Pasir Gudang, Johor dan D'Perdana iaitu sebuah projek kondominium di Telipot, Kelantan.

Protasco Bhd juga akan melancarkan sebuah hotel 3 bintang pada tahun 2020 di Bandar De Centrum, Kajang untuk memudahkan urusan bisnes pengunjung di dalam kawasan manakala keluarga yang mempunyai anak belajar di Universiti berdekatan boleh stay sementara ketika sesi melawat.

Hotel itu merupakan hotel pertama Park Inn oleh Raddison dalam Malaysia dimana nanti akan ada kolam renang dan lounge bahagian atas bumbung, gimnasium, kafe dan restoran masakan cina. The Park Inn oleh Raddison ialah salah satu jenama di bawah naungan dalam Kumpulan Hotel US Carlson Rezidor termasuklah Raddison dan jenama Park Plaza.

Majlis Menandatangani LOI

Jangkaan sebanyak RM30 juta, Protasco Bhd akan membaik pulih kembali 9 tingkat bangunan asrama pelajar dimana pembinaan akan bermula pada tahun 2018 yang di miliki secara penuh oleh anak syarikat Protasco Development Sdn Bhd.

Bandar De Centrum merupakan bandar yang semakin maju yang akan dipenuhi dengan ofis, kedai runcit, kediaman, rekreasi, hospital dan tempat menuntut ilmu yang lebih kurang hanya 11km dari Putra Jaya dann 33 km dari KLIA.

Dengan adanya pembangunan yang membangun dengan pesat ni, harap ianya akan memberikan kemudahan setiap orang untuk menikmati keselesaan tanpa STRESS.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸