Majlis Pelancaran WidWid Youth Serum

1:45 PM

Puan Widyatulila Basuni Pengasas Widwid Serum

Hi you all baru-baru ni I berpeluang mengikuti sendiri majlis Gold and glitters yang berlangsung di Kelab Royal Shah Alam berikutan pengenalan produk WidWid Serum edisi terhad. Produk Widwid ni sebenarnya dipasarkan semenjak dari Januari 2016 yang lalu lagi dan telah mendapat permintaan yang menggalakkan. 



Disebabkan permintaan dari ramai orang, pengasas Widwid serum ini iaitu Puan Widyatulila Basuni telah mendapat keyakinan bahawa produk Widwid serum ni mampu mencapai sasaran jualan.

Produk Widwid telah berjaya menerima testimoni memberi maklum balas yang positif mengenai produk ini dan I salah seorang pengguna yang baru menggunakan Widwid serum ni, lebih kurang 2-3 hari pun dapat merasai kulit menjadi sangat anjal walaupun serum ini terlalu kaya yang membuatkan muka terasa a bit sticky namun kesan ketara pada garisan halus dan liang pori nampak lebih halus than before.


Btw, semasa majlis Puan Wudyatulila telah mengumumkan berita baik untuk stokis, ejen dan pengedar iaitu dengan menawarkan percutian ke Thailand dan juga London tapi kena berjaya jual Widwid serum mengikut jualan sasara.


Tak silap I, I dengar untuk pergi ke Thailand kena jual 300 unit untuk1 tiket manakala nak ke London kena jual 850 unit untuk ke London. I teruja dengar sebab dengan tawaran macam ni akan membuatkan ejen bersungguh-sungguh untuk mantapkan jualan masing-masing.


Sebenarnya I pun tertanya macam mana nak meningkatkan jualan dan lebih yakin berhadapan dengan pelanggan.. rupanya you all jangan risau  tak silap Widwid akan memberi  tunjuk ajar pada ketua untuk mengajar ahli-ahli baru.

Haritu I ada pos gambar serum ni dekat Facebook wall I, kakak I dia kerja bahagian apa tah tapi dia cakap dia ada terima sample produk Widwid ni. I tak tanya banyak la pula, kalau I tanya banyak mesti dia akan share kot. Sebab kakak I ni kerja kat makmal pegawai kerajaan. Nanti I tanya dia balik.







Majlis Pelancaran Penjagaan Kulit Widwid ni berlangsung dengan meriah apabila ada penyanyi yang agak popular dengan lagu 'Jampi' iaitu Hael Husaini dan juga kehadiran instafamous, bloggers, rakan media, ejen dan stokis Widwidserum.

Untuk maklumat lanjut mengenai Widwid serum, sila layari :
Instagram : @widwidskincarehq





You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸