Mary Jardin - Produk dari Alam Semulajadi

10:03 PM


Produk Mary Jardin ni semakin dikenali ramai, mula-mula I ingat Mary Jardin ni produk jual perabot sebab selalu lalu di Star Avenue tu, memandangkan dekat dengan rumah sepupu husband di Subang Bestari. Rupa-rupanya Mary Jardin ni sejenis produk penjagaan kulit  yang diperbuat dari alam semulajadi. Diasaskan oleh seorang doktor perubatan iaitu Dr Maryam Aziz.

Mary Jardin ni macam produk asas untuk kulit iaitu Minyak wajah, sabun, Serum dan Clay Mask. I dapat sample dari Kak Yuyue Stevenson sebab dia yang perkenalkan I produk ni. So far I guna I paling suka yang mask dia sebab ada macam aroma lavender sebagai terapi penenang untuk diri sendiri.

Katanya produk ni organik tapi tak pastilah yang pasti produk ni diperbuat dari alam semulajadi. Harap ianya berkesan untuk semua masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan sebagainya. Selalunya kita ni rajin dok tonyoh muka dengan bahan kimia jadi apa kata kita relax-relax kan wajah kita dengan produk dari Mary jardin ni.



Mula-mula I ingat Mary Jardin ni produk yang mahal tapi bila cek balik harga woops tak sampai ribu raban pun, harga mampu milik you alls.

Basic Skincare Mary Jardin benda yang I selalu buat, cuci muka, lembabkan muka, pakai masker dan serum.



Handcrafted Luxury Facial Soap




Sabun ni diperbuat dari bahan real food yang selalu I consume iaitu seperti Susu kambing, madu , minyak zaitun, oat, minyak kelapa sawit, tanah liat bentonite dan minyak kelapa. See bahan-bahan ni ada dekat dalam dapur I, creative kan terus jadi sabun. So far I pakai sabun ni memang tak banyak buih dia cukup-cukup untuk wajah, aroma pun bau macam nak makan hehe.


Cuci wajah adalah asas penting untuk dapatkan kulit yang bersih, sihat dan liang pori bebas dari kotoran memandangkan I jenis yang suka pakai makeup tebal, I kena remove makeup I dulu baru guna sabun ni.

Handcrafted Luxury Detox Clay Mask




I paling suka Detox Clay Mask ni sebab entahlah I rasa Pores I macam halus sedikit berbanding before. dan dia memang membantu untuk membersihkan kulit secara mendalam. Macam pakai Mask yang tanah liat tu tapi yang ni best sebab lembut je kat kulit, pakai sampai kering pada wajah lepas tu cuci dengan air suam, simple steps kan ? I ingat mahal rupanya hanya RM80 boleh pakai banyak kali kot.




Mary Jardin Detox Clay Mask ni bagi perlindungan pada kulit engan 2 aksi yang berkuasa :
  1. Membantu untuk membersihkan liang pori secara mendalam dan pengelupasan kulit yang lembut
  2. Memperbaiki dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru
  3. Melembab dan mengurangkan iritasi kulit yang sensitif
So far I suka sangat sebab bau lavender tu tak tahan lebih-lebih lagi ianya gunakan bahan alam semulajadi dan boleh dikatakan organik gitu bahan aktif yang ada dalam Mary Jardin Detox Clay Mask adalah seperti activated charcoal, tanah liat bentonite, french green clay, ekstrak betik, Zinc Oxide dan juga lavender buds !

Handcrafted Luxury Face Oil




Mary Jardin Handcraft Luxury Face Oil umpama posyen khas untuk merawat masalah kulit yang diformulasikan dengan minyak botanikal yang natural untuk melembabkan kulit disamping menjadikan kulit nampak lebih awet muda. I masih muda tapi nak pakai kan ? Of course la selain merawat ianya berfungsi untuk mencegah juga, so I boleh sapu pada bahagian garisan halus dan kedutan bawah mata. I punya  kedutan bawah mata ni agak ketara pada usia yang muda (nanges)

Siapa sangka minyak wajah dari Mary Jardin ni dapat membantu juga membersihkan liang pori dari bintik hitam dan bintik putih dan boleh jadikan kompleksi kulit lebih berseri gitu. Alamak nampaknya I kena dapatkan saiz yang besar la I tengok harga lebih kurang RM60 je sebotol. Bau pun macam aroma Lavender. 


Bahan utama dalam Mary Jardin Handcraft Luxury Face Oil adalah seperti Minyak Argan, minyak rosehip, minyak avacado, minyak bunga matahari, minyak kastor, minyak jojoba, minyak lavender yang penting, mintak tea tree, minyak buckthorn laut dan juga vitamin E.

Memandangkan PRODUK macam handcraft aku rasa stok akan diperbaharui mengikut permintaan supaya kualiti produk terjaga. Dekat bawah ni aku attached kan maklumat mengenai Mary Jardin.






So disebabkan aku dah cuba sample, rasanya nak aim yang detox clay tu, so far memang wangi dan sweet je produknya.

Nak beli Mary Jardin boleh contact Sis Yuyue Stevenson ya

Bagi you all nak tahu lebih lanjut produk ni boleh contact agen yang sah Mary jardin :
Sila Dail : 0182490803

Atau dapatkan maklumat mengenai mary jardin di sini :
https://www.maryjardin.co/

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸