Rideasy - sewa kereta secara terus dari pemilik

3:38 PM


Hi semua,
semalam I berkesempatan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Rideasy iaitu sebuah platform yang dapat membantu golongan muda terutama milenium untuk memilih dan menyewa kereta tanpa ada komitmen yang besar untuk membeli kereta kerana penyusutan nilainya.

Melihat pada ekonomi masa kini I rasa tak ramai golongan muda mampu untuk memiliki kenderaan sendiri jadi dengan adanya platform rideasy sedikit sebanyak membantu untuk kami ni menyewa sebuah kenderaan mengikut kemampuan.

Rideasy bertujuaan untuk memenuhi keperluaan ini dengan menyediakan kenderaan atas permintaan sama ada dalam tempoh jangka masa pendek atau untuk tempoh masa yang lebih lama sementara bebas daripada perlu menanggung kos pemilikan bersekutu seperti sewa beli dan penyelanggaraan.



Majlis pelancaran Rideasy telah berlangsung di APW, Bangsar dimana majlis kali ini telah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan tinjaun yang telah diadakan sepanjang bulan September hingga Oktober oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rideasy, Nizran Kudus dan rakannya, Rizal Mukti.



Pemenang hadiah utama iaitu Puan Salawati Binti Usoh, (44) memenangi perjalanan berbayaran penuh ke Hard Rock Hotel, Pulau Pinang termasuk perjalanan mereka dari Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Omar Hatmi, MD Active Telematics, rakan kongsi telematika Rideasy menerangkan secara ringkas mengenai Rideasy dan juga video korporat syarikat utama.

Rideasy ialah sebuah syarikat Malaysia yang telah bermula pada bulan Ogos 2016 yang menawarkan platform mesra pengguna, selamat dan komprehensif bagi pengguna untuk berkongsi dan meminjam kereta daripada ahli komuniti mereka.

Bagi yang memiliki kenderaan sendiri, platform Rideasy adalah pilihan yang terbaik untuk anda mencari pendapatan tambahan dan bagi peminjam ianya adalah platform pengakutan alternatif yang sangat sesuai untuk anda yang ingin bebas daripada komitmen kewangan untuk memiliki dan mengekalkan kereta.



Terdapat pelbagai pilihan jenis kenderaan seperti sedan, MPV, SUV dan kenderaan mewah, semuanya boleh disewa dengan harga yang berpatutan sehingga 30% lebih murah daripada harga pasaran biasa. Jadi kalau kononnya you all nak ada romantic dinner ke bolehlah sewa limusin bawa orang tersayang meronda 1 KL. huhuh.


Pengguna juga tidak perlu risau kerana semua urusniaga akan dikotrakkan dengan perjanjiaan perkongsiaan dan melalui perkongsian strategik dengan Allianz Insurance, kenderaan yang dikongsi akan dilindungi dengan 24/7 bantuan kerosakan seluruh negara dan liputan kemalangan peribadi.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Rideasy atau ingin mendaftar, sila layari maklumat :
Website : www.rideasy.my
Facebook : www.facebook.com/rideasy.my/
Dail Talian : 03-20119878


You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸