AISAN TOP TEAM SOFT - makanan untuk rambut

5:21 PM


Hampir 2-3 hari I cuba produk Aisan Top Team ni, walaupun rambut I panjang tapi I tetap ada masalah rambut seperti rambut gugur, rambut mengerbang, friizy sana sini, nak katakan I warna rambut ? Tak juga unless produk yang baru-baru I reviewed I ada sikit kaler rambut I bahagian hujung je. hehe sebab laki I marah tengok bini dia punya rambut kaler-kaler kot, dah la family belah suami I agak sensitif sikit. hehe.

But but sebenarnya I ni suka gak dok Iron rambut hampir setiap kali I keluar nak pergi majlis, walaupun tak warna rambut tapi benda panas macam hair dryer tu buat rambut lagi kejung kot. Nak pergi salon buat treatment so far salon yang I reviewed worth RM100+ jugaklah, rawatan rambut usually kena 2x sebulan huhu mana lah nak cekau extra money especially I ni banyak komitmen kot nak handle itu ini. Rawatan rambut murah sama ada buat sendiri kat rumah atau salon yang tawarkan harga rawatan yang murah RM40 tapi faham-fahamlah nak murah of course lah produknya pun belum tentu dia nak bagi berkualiti kan ?

Sebab banyak sangat perkara yang merumitkan keadaan jadi penjagaan rambut tu I ambil sambil lewa je, janji dah cuci rambut letak perapi selesai. Haha.

To be honest, banyak juga syampu rambut dari tak organik ke organik juga la I pakai kat rambut ni, last time before I've been introduced mengenai produk AISAN TOP TEAM ni pun. I memang dah nampak insta famous rambut panjang gilos pakai syampu ni, Mula-mula tak kisah lah kan sebab memang normal insta famous duduk promot produk kan. So I just scroll saja lah. Tapi once dah tengok video pasal syampu ni, tak pasti kenapa IG dok promote lagi orang lain yang pakai syampu ni. Hangin I tau.

Betullah orang kata kalau buat marketing kena berterusan, kalau sekali saja lalu tak jalan, banyak kali lalu baru atau benda tu asyik timbul kita pun apa lagi dok mencari lah kan?

Sekali tu terjumpa kawan baru insta famous juga dekat event makan-makan.. mula-mula masa tengok dia I aim rambut dia kot sebab lebat dan nampak lebih terurus walaupun seorang lelaki gitu. Nampak lebih kemas and clean look. Lol. Borak-borak je dengan dia, bila nak balik I pun dok follow IG dia later. Dah kenal tu stalk lah IG dia, tengok dia dok promot syampu, paling terkesan bahagian gambar yang ada FAKE tu, warning awal-awal jangan pakai fake produk nanti kalau rambut botak sape yang susah kan ? Lol. Dari situ I tak sangka dia jual syampu ni. Nak tahu siapa tu, ni IG dia : @ismailroslyy

And FINALLY Aisan Top Team dekat tangan I, weohhh...


AISAN TOP TEAM Diamond Flower Essence Shampoo (500ml)



Syampu ni masa I sapu dekat rambut formula dia sangat lembut, tak kasar and kasi tenangkan rambut I yang kejung tu, 1 pam sahaja dah boleh hasilkan buih penuh untuk satu kepala. Syampu ni ada ekstrak bunga ros asli yang membantu untuk membina balik folikel yang lebih sihat untuk rambut yang rapuh malahan menggalakkan lagi rambut yang macam dah tak bernyawa tu menjadi lebih kuat, sihat, lebih lembut, nampak bermaya dan mudah untuk diurus. Guna jari pun boleh katanya. Hehe. Freddtt Not, I also use this syampu kat rambut anak-anak I, sebab organik katanya jadi tanpa segan silu I cuci rambut dorang dengan syampu ni... fuh memang rambut anak I nampak lebih cantik kot than before, plus my son and daughter rambut memang panjang dan bentuk rambut macam helmet, orang lain dah start bising suruh potong lak rambut anak I kan, memang tak lah kan, fuh dengki la tu, Lol !

Cara nak pakai syampu ni senang je, 1 pam pun dah cukup especially rambut I panjang sampai paras tot tot, I tak boleh imagine berapa lama syampu ni boleh bertahan untuk kepanjangan rambut I sebab I pakai 1 pam je kot dah bersih 1 kepala dari kelemumur dan excess sebum tu. I saspek kalau harian I guna 1 pam mungkin boleh tahan sebulan ke 1 bulan, mana taknya I dapat je produk ni I pakai non stop kot lately, hari-hari nak cuci rambut pakai syampu ni sebab boleh nampak kesan positif kat rambut I, sangat mudah di urus dan rambut mengerbang macam langsuir dulu pun  kini dah tak nampak ketara hehe. Lepas dah urut rambut dengan syampu ni biarkan selama 3 minit then just rinse dengan air sampai bersih.

Bahan yang ada dalam syampu ni (Untuk rujukan pastikan anda tiada alergik dengan mana bahan-bahan dalam syampu ni ) :


Syampu ni rasanya sangat sesuai untuk semua jenis rambut dan membantu merawat masalah rambut seperti  :
  1. Rambut berkelemumur
  2. Rambut rosak setelah diwarnakan
  3. Rambut mengerbang macam langsuir
  4. Rambut bercabang
  5. Kulit kepala gatal-gatal
Paling best syampu ni sebenarnya anti-alergik dan rendah dari segi sensitiviti serta sangat membantu membantu kuatkan rambut - jadi bagi you all yang nak rambut panjang, lebat dan bebas dari sebarang masalah rambut boleh dapatkan syampu ni tau ! Dah beli syampu ni mestilah kena ada kombinasi seperti perapi. Jom tengok apa yang menarik pasal perapi rambut Top Team pula.

AISAN TOP TEAM Submissive Nursing French


Perapi rambut ni Terdapat kandungan seperti Butyrospermum parkii (vitellaria paradoxa), rosa rugosa (ekstrak bunga), minyak avakado, protein gandum dan juga intipati revitalizing.

Seperti yang kita ketahui, protin adalah salah satu sumber yang sangat bagus untuk rambut dimana ianya adalah makanan untuk rambut. Dengan adanya kandungan protein gandum ianya akan membantu untuk menjadikan rambut lebih halus dan sihat. Umpama badan kitalah kena makan makanan yang berkhasiat untuk pembentukan sel yang baru.

Esktrak bunga-bungaan pun boleh menjadikan rambut lebih harum dan nampak lebih bermaya.

So far rambut I memang sangat mudah bercabang, solusi yang diberikan orang salon ialah trim bahagian hujung-hujung untuk pastikan rambut tumbuh dengan lebih cepat. tapi last time, tukang trim rambut I dia trim banyak gila rambut I, jadi pendek kot, dia dengki dengan rambut I, siap suruh I potong sampai paras bahu I, fuh. :(

Tapi lepas pakai AISAN TOP TEAM Submissive Nursing French so far rambut yang bercabang dan putus putus semakin berkurangan, rambut I jadi sangat lembut kot.

semasa pemakaian produk

Setelah rambut dicuci
I suka I suka produk rambut ni, memang sangat puas hati, rambut pun tak rasa berat, tak rasa berminyak, tak rasa nak potong dah rambut ni, sebab produk ni kasi rambut lebih senang diurus, frizz-free, detangle-free. Nak ikat rambut pun tak payah ketat ketat hehe.


Cuba tengok Glossy gila rambut I lepas kering

Nampak lebih lembut dari sebelum dan lebih ringan, selembut sutera
Mana korang nak dapatkan produk ni ? I dapatkan dari >> @shampoobyir <<

Harga AISAN TOP TEAM Diamond Flower Essence Shampoo (500ml) : RM88
Harga AISAN TOP TEAM Submissive Nursing French (0.70 KG) : RM118

Pastikan Harga yang korang beli dalam lingkungan harga I tempek ni, sebab ada yang jual murah takut bukan original je, kalau rambut botak jangan salahkan orang lain ye. hehe.

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸