belif tawarkan produk berkualiti dan selamat untuk masalah kulit berminyak

8:53 AM


belif - salah satu jenama produk yang dah lama I teringin nak pakai sebab produk ni diformulasikan dengan bahan yang sangat 'powerful' tapi selamat untuk digunakan, jenama produk yang memastikan bahan yang digunakan sangat efektif, berkesan dan boleh digunakan tanpa ragu-ragu. Itu sebab nama jenama produk ni belif.


Wujudnya belif semenjak dari tahun 1860 lagi dimana seorang herbalist dari British iaitu Duncan Napier telah menemui kaedah dan pengetahuaan mengenai herba bagaimana untuk menjadikannya sebagai produk kosmetik yang mengandungi bahan yang 'superb' dan dapat berkesan pada setiap kulit wanita lebih-lebih lagi I ni yang tergolong dalam kategori wanita Asia, beliau juga telah membuka klinik dan kedai herba di Endiburg, Scotland. Formula dari herbalist ini masih diguna pakai sehingga hari ini walaupun sudah 150 tahun berlalu kerana masih ada lagi yang menghargai pengorbanan beliau untuk mengekalkan ilmu dalam dunia herba.


Bahan semulajadi dalam belif akan menjadikan seseorang tu dapat mengekalkan kondisi kulit yang ideal selain dapat memberikan ketenangan pada minda dan badan dengan menggunakan teknik pengekstraktan yang selamat.


belif lebih mengutamakan nilai kejujuran dalam menghasilkan produk kosmetik yang sangat bagus untuk setiap kulit dengan menggunakan bahan yang efektif, berkesan, selamat dan mampu memberikan keyakinan yang tinggi bagi setiap pengguna.


Dengan menggunakan 3 ayat keramat falsafah dari belif

REAL (benar), SIMPLE (Ringkas) SINCERE (ikhlas)




belif adalah benar
belif yakin bahawa dengan mengurangkan pembungkusan dan pengiklanan yang tidak diperlukan hanya dengan mencadangkan bahan herba asli dan keberkesanannya untuk mejadikan seseorang setia kepada bahan kosmetik yang asli

belif adalah ringkas
dengan menyingkirkan bahan sintetik yang berbahaya untuk memastikan kulit dalam keadaan yang selamat dengan hanya menggunakan bahan yang semulajadi dan berkesan untuk kulit

belif adalah ikhlas
gabungan tradisi dan sains telah menjadikan bahan di dalam produk kosmetik di dalam belif sangat selamat untuk masuk ke dalam kulit, belif yakin bahawa produk mereka sangat berkesan dan selamat


Lima janji belif
True Quality, True Value
| True Ingredients | True Formula | True Safety | True Benefit | True Timelessness |


Sempena bulan Krismas ni, you all jangan lupa untuk singgah butik belif untuk menikmati harga dan promosi yang awesome dari belif, dan baru-baru ni I dah dapatkan belif krismas gift yang terdapat lebih kuran 4 jenis produk penjagaan kulit yang bernilai RM601 untuk set ni.


4 Jenis produk penjagaan kulit dari belif yang I dah cuba iaitu :

  • belif cleansing oil free
  • belif oil control moisturizer fresh
  • belif aqua gel oil
  • belif tinted moisturizer basic B.B ( SPF30+/PA+++)
belif Cleansing Oil



belif cleansing oil fresh ni bebas dari minyak mineral, wangian tiruaan, pewarna sintetik, pengawet sintetik atau pun bahan dari haiwan.

Bagi I yang jenis suka memakai makeup yang tebal di siang hari ataupun ke majlis, belif cleansing oil fresh ni adalah pilihan yang terbaik dan menepati jenis kulit I dimana ianya sangat sesuai untuk kulit yang berminyak dan kulit berkombinasi which is sangat mudah untuk mendapat jerawat dan bintik-bintik halus pada kulit wajah. Jadi dengan adanya belif cleansing oil ni ianya sedikit sebanyak agak membantu untuk menbersihkan makeup disamping menyingkirkan bintik-bintik hitam pada kulit I.

Paling menarik kandungan dalam belif cleansing oil ni akan memberikan kulit lebih bersih, lembut dan terasa kesan halus setiap kali I pegang kulit muka I. Bahan seperti Soapberry dan Sweet Flag dapat membantu mencegah breakouts jika kulit dan pemakanan di jaga dengan baik.

belif cleansing oil

Picit 1-2 pam belif cleansing oil dan urut pada wajah ketika kulit masih kering
Bagi pengguna makeup, I usually pam 1-2 picit belif cleansing oil pada tangan I dan terus urut wajah dengan makeup-makeup tu sekali, trust me it works on waterproof mascara juga ! Lepas dah buat urutan penuh pada keseluruhan wajah, I cuci dengan air suam. lepas tu I keringkan wajah dan picit lagi 1-2 pam untuk bersihkan lagi wajah I, sebenarnya sekali urutan pun dah memang muka rasa bersih, tapi faham-fahamlah, I memang akan ambil masa bersihkan makeup seperti mana I guna masa yang lama untuk pakai makeup. hehe. Untuk I wajib bagi you all I don't know.

Fuh FEELING fresh and bersih !
Once dah cuci bersih dengan air suam, I dapat rasa kulit I tersangatlah bersih lebih-lebih lagi bahagian liang pori tu. dah tak terasa 'stuffy' atau tersumbat dengan kotoran, minyak dan makeup pada wajah I. Memang sangat fresh and I am Super HAPPY ! No wonderlah belif ada users yang setia sebab bahan nya sangat efektif !

belif oil control moisturizer fresh


Sebagai wanita Asian yang tinggal di negara yang mempunyai cuaca panas dan lembab, mungkin ini juga adalah faktor kenapa kulit selalu menghasilkan minyak yang berlebihan, selain tu banyak lagi faktor yang mengakibatkan kulit berminyak seperti cara pemakanan yang tidak teratur, kurang meminum air dan macam-macam lagi. Fuh kalau nak describe memang berjela-jela faktornya.

Wujudnya belif oil control moisturizer fresh ni sedikit sebanyak membantu lah juga untuk kurangkan penghasilan minyak berlebihan pada kulit tapi pada masa yang sama mengekalkan kelembapan kulit. Dulu I dengar cerita yang kulit berminyak sebenarnya disebabkan kulit kering. Hmmph.

Pelembab bebas minyak

Urut urut sampai meresap wee



Efek glowing masih ada maknanya pelembab masih belum menyerap ke dalam kulit, kena urut lagi pelembab ni sampai kulit nampak matte a bit. belif oil control moisturizer fresh ni memang sangat sesuai untuk kulit berminyak, dia bagi finishing yang very light tanpa lebihan kilatan sambil tu ianya membantu untuk melembabkan kulit. Kaya dengan ekstrak rosehip di dalam vitamin dan 'tannins,'  kandungan bedak yang dapat mengawal lebihan minyak sekali gus menjadikan liang pori semakin mengecil dan memperbaiki ketahanan kulit pada persekitaran dan radikal bebas. Lepas dah pakai belif oil control moisturizer fresh ni muka nampak semakin bersih, lembut dan lembab. I love it !

belif Aqua Gel Oil


Kandungan Passiflora caerulea di dalam Aqua Gel Oil sangat membantu untuk menjadikan kulit lebih sihat dan melambatkan proses penuaan sebab ianya kaya dengan kebaikan seperti anti-oksida, menenangkan dan juga anti- blemish dengan Formula asli Napier. Formula Lembapan Napiers lagi sangat menarik sebab ianya sangat membantu untuk mengawal dan menyerap lebihan minyak tanpa mengeringkan kulit tapi dia bantu seimbangkan air-minyak di dalam kulit manakala Formula Aqua Napiers adalah bahan penjagaan lembapan yang akan memberikan kelembapan dan mineral serta meningkatkan lagi keanjalan kulit.

1 -2 pam Aqua Gel Oil mencukupi

Menjadikan Kulit bebas minyak tapi kulit still terasa lebih berhidrasi


TO BE HONEST ! I suka sangat Aqua Gel Oil dari belif ni, sebab apa ? Sebab ianya sangat berkesan, efektif untuk kurangkan masalah minyak pada kulit lebih-lebih lagi masalah kulit yang alami macam large pores, minyak berlebihan dan mudah naik jerawat. Sebelum pakai Makeup I prefer sapu aqua gel oil sebab ianya boleh dijadikan sebagai skin primer. Kalau nak buat natural makeup agak membantu lah juga sebab dia lembutkan kulit dan dapat singkirkan masalah kulit mati hee. Tapi yang ni based on my skin exp ya. Tak pasti you all, cuma I paling tak suka time I berpeluh.. dia jadi licin pula dah. Malaysia waktu tengahari panas you all. :(

belif Tinted Moisturizer Powdery B.B.


Kenapa I baru tahu produk ni wujud ?  Tercari-cari dari dulu, I memang suka benda liquid turns to powder sebab I pasti kalau produk yang boleh bertukar ke 'powdery effect'  sebab sebenarnya ianya akan hasilkan wajah yang tak nampak berat dari produk. Nampak lebih smooth dan light.

Paling best tinted moisturizer powdery B.B dari belif ni bebas dari bahan berasaskan binatang, bahan pengawet dan pewarna, wangian sintetik dan juga bebas dari mineral oil. Bahan bahan ni memang sangat bahaya pada kulit which is I pernah baca in a blog about these bahan yang boleh membuatkan kesan sampingan yang buruk dalam jangka masa yang panjang. O.o. I hope these bad ingredients tak jadi penyebab kanser. Just feel lucky that belif bebas dari bahan-bahan ni.

1 amaun kecil ni dah cukup untuk 1 muka uii..

Light coverage- medium coverage- letak banyak sikit dapatlah cover lubang-lubang di muka haha.

Jangan jadi macam I tempek banyak sebab I nak cover my flaws gitu haha

Nampak tak beza hihihi sebelah putih sebelah gelap kan tapi tunggu lama sikit nanti dia ikut kale kulit ooo
Susah juga nak cakap yang dia boleh jadi matte tanpa nampak kehadiran minyak pada kulit, tak 100% lah sebab kulit I tetap menghasilkan minyak berlebihan cuma tinted moisturizer powdery B.B sedikit sebanyaklah mengurangkan masalah yang I alami. Bahan seperti Canna dari Caribbean tu yang membantu cegah kehadiran kulit berminyak, so far not bad lah I suka formulasi tinted moisturizer powdery B.B sebab kasi kulit I segar bugar gitu. Paling best tinted moisturizer powdery B.B boleh dijadikan sebagai 'sunblock' juga sebab ada SPF43/PA+++ <-- agak tinggi juga dia protect, yeaaaa memang dah macam 3-in-1 tinted moisturizer powdery B.B ni ! :) Love love lovee it !

So far memang banyak PRO's dari CON's produk dari Belif ni. Yang set I dapat ni I agak memang belif memahami masalah kulit Asia, berminyak berjerawat tu dah macam masalah biasa terjadi untuk golongan remaja dan dewasa mungkin banyak faktor diambil kira. So far bagi I belif terbaiklah juga sebab I suka inisiatif mereka jadikan produk hampir selamat untuk digunakan untuk semua orang. Huhu.

Look at the #matte effect you all

No wonderlah jenama belif wujud. Kena yakin herba juga adalah bahan yang sangat efektif dan selamat berbanding penggunaan steroid ( don't kecam me wahai doktor sekalian ) hehe.


Sempena Krismas 2017 ni, belif ada buat promo produk which is you guys can grab okay. Enjoy the benefits guys !



Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website : http://belif.com.my/
Facebook : Belif Malaysia @belifmalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/belifmalaysia/

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸