It's Crunch Time ! Gaya, Konsep dan Menu Terbaru di Texas Chicken

10:51 AM

Sebagai seorang peminat tegar makan ayam goreng yang empuk dimasak ranggup. Texas Chicken adalah oulet fast food nombor 1 pilihan I dan husband I. Dia cakap ayam Texas Chicken memang sedap dan kurang berminyak. Outlet Texas Chicken di KLCC merupakan yang ke 42 dan paling besar dan merupakan 'flagship' untuk jenama ini dan telah menambah Tex Cafe yang menyediakan hidangan minuman panas, lagi sedap dan berkrim serta pemanis mulut.

Miss Sally yang kegirangan melihat makanan yang sedap setelah balik dari Korea

Kek lava coklat ni memang favorite dari dulu lagi

Kek Karamel ke ni ?
Kek butter ni kan sedap tau ada coklat chips dah


Kek muffin coklat chips dan red velvet tapi I paling suka Red Velvet !

Tex Cafe dah ada air coklat, americano, latte dan kopi.

Neyra menikmati minuman dari Tex Cafe


Maha lagila memang favorite dia makanan dari Texas Chicken ni

Kek muffin memang pilihan I

Texas Chicken Signature food

Burger yang nampak biasa tapi pedas berbisa

Mashed potato

Coleslaw 
Dah tu masa untuk makan lah !

Orang kuat Texas Chicken

Memandangkan Rakyat Malaysia memang gemar makan makanan yang manis jadi Tony Moralejo iaitu Naib President Bisnes antarabangsa untuk Texas Chicken menyatakan bahawa jenama ini meningkat laju dalam pasaran yang mempertingkatkan lagi budaya makanan yang kuat dan lagi bersemangat gitu.

Tex cafe telah menyediakan minuman yang lazat seperti kapucino, latte, ekspresso, coklat panas, americano dan pelbagai lagi. Paling menarik pelbagai pilihan kek cawan seperti Red Velvet dan Chocolate chips bakal menjadi kegemaran rakyat Malaysia, bertabahlah masing-masing.

Texas Chicken juga semakin prihatin dengan menambah lagi dengan pelbagai menu makanan namun makanan signature tetap dikekalkan eperti Double-breaded and hand-battered Original & Spicy Chicken, Scratch-made Honey-Butter Biscuits, Mexicana Burger or Wrap, Jalapeno Cheese Bombers dan termasuklah Tex Cafe yang sudah hampir 20 tahun meyediakan makanan yang berkualiti dan enak.

Apa lagi sat lagi I nak singgah Texas chicken bawa husband, mak, abah, pakcik dan makcik semua.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
www.TexasChickenMalaysia.com

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸