Kerusi Urut DeSpace Star bantu bebaskan Stress untuk Kehidupan yang sihat

8:34 PM

DéSpace Star dari Siri Kerusi Urut UFO
DéSpace Star dari Siri Kerusi Urut UFO yang baru dilancarkan, menjanjikan elemen yang unik seperti fungsi Moon Hand Grasp. Bebola urut direka secara khusus untuk menyediakan urutan mirip urutan tangan sebenar. Terdapat juga 4D Reflex Spa yang menyediakan sesi refleksologi yang lengkap melibatkan terapi memanaskan betis dan lutut, meliputi kesemua 27 titik akupuntur. Revolusi teknologi kerusi urut GINTELL menyediakan alternatif terbaik kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menjalankan aktiviti fizikal tambahan. Ia boleh digunakan mengikut keselesaan anda di rumah.

DéSpace Star dari Siri Kerusi Urut UFO
Menurut Program Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015, kelembaman fizikal dikatakan menjadi faktor risiko yang keempat mortaliti. Ia menyumbang sebanyak 6 peratus punca kematian secara global. Ini diikuti dengan tekanan darah tinggi (13%), penggunaan tembakau (9%), dan tahap glukosa tinggi darah (6%). Walaubagaimanapun, tanggungjawab pekerjaan yang mendesak telah menyebabkan kekurangan aktiviti fizikal yang mengakibatkan stres dan gangguan kesihatan.

Pameran kesihatan dan kesejahteraan dari Gintell
Gintell sebagai jenama terkemuka Malaysia menyambut musim perayaan kali ini dengan menganjurkan pameran kesihatan dan kesejahteraan untuk meningkatkan kesedaran gaya hidup yang sihat di kalangan rakyat Malaysia. Pameran ini telah dianjurkan di IOI Mall, Puchong bersama dengan perasmian kerusi urut GINTELL yang terkini iaitu DéSpace Star Massage Chair. Perasmian ini telah disempurnakan oleh pelakon dan pengacara terkemuka, Datuk Jalaludin Hassan bersama dengan Ketua Pegawai Operasi GINTELL, Encik Simon Hue.

Ketua Pegawai Operasi GINTELL, Encik Simon Hue
Ketua Pegawai Operasi GINTELL, Encik Simon Hue berkata,”Dengan kebangkitan teknologi dan permodenan, sesetengah rakyat Malaysia mengabaikan kesihatan yang menyebabkan gangguan kesihatan. Alasan yang biasa didengari adalah kekurangan masa. Jadi, kami di GINTELL telah merevolusikan kerusi urut kami untuk menyelesaikan masalah tersebut.”

“Dengan kerusi urut GINTELL DéSpace Star, anda mendapat kelebihan melakukan aktiviti fizikal dengan hanya berehat di kerusi urut. Dengan cara ini, jadual kerja yang tidak terduga tidak akan menjadi beban kepada kesihatan lagi!”, tambah Encik Simon Hue lagi.

Pengacara dan personaliti kesihatan, Jojo Struys
GINTELL membuktikan komitmen kepada kesihatan rakyat Malaysia dengan menganjurkan program bual bicara kesihatan bertajuk “Breathing Well with Yoga” yang dihoskan oleh pengacara dan personaliti kesihatan, Jojo Struys. Sementara itu, Datuk Jalaludin menghiburkan para peminatnya dalam sesi beramah mesra ekslusif.

Promosi pameran kesihatan GINTELL akan diadakan sepanjang musim perayaan ini sehingga 1 Januari 2018, di mana para pembeli dapat menikmati rebat tunai istimewa sebanyak RM 2,000 dengan setiap pembelian kerusi urut DéSpace Star.

 “Breathing Well with Yoga"

Tentang Gintell (M) Sdn Bhd

GINTELL adalah stor rantaian produk kesihatan dari Malaysia, menawarkan produk kesihatan yang lengkap seperti kerusi urut, katil urut, peralatan kesihatan dan pelangsingan badan. Sehingga kini, GINTELL mempunyai lebih 100 buah cawangan di kompleks beli-belah utama di seluruh negara dan melayakkannya untuk diiktiraf oleh Malaysian Book of Records sebagai

‘Stor Rantaian Produk Kesihatan Terbesar’.
Untuk maklumat lanjut tentang tawaran & produk terbaru GINTELL, 
sila layari www.gintell.com atau hubungi 1-800-88-6332.

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸