Lebih RM100,000 berjaya di kutip untuk Rumah Kebajikan melalui Larian Amal Tahunan MRCA
7:28 AMAhli Persatuaan dan Penaja yang terlibat untuk menjayakan Larian amal MRCA |
Ahad lalu pada 26 November 2017 di One City, Subang Jaya I berpeluang untuk menyertai larian amal anjuran MRCA atau lebih dikenali sebagai Persatuaan Rangkaian Runcit Malaysia yang telah bekerjasama dengan McMillan Woods, Kementeriaan Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama dengan para peruncit utama telah berjaya mengutip wang amal hampir lebih daripada RM100,000 melalui Karnival Amal MRCA yang akan diserahkan kepada 10 rumah kebajikan yang terpilih.
Para peserta yang berjaya menghabiskan larian amal |
Terdapat lebih daripada 550 dari rumah anak yatim telah dijemput utuk menyertai keseronokan dan permainan di karnival tersebut. Artis tanah air Malaysia seperti Amber Chia, Carrie Lee, Debbie Loo, Amelia Lee, Janice Choong, Crystal Lee, dan juga Owen Yap turut hadir memeriahkan majlis dan sebagai duta untuk majlis amal tersebut.
Hasil sumbangan akan diserahkan kepada rumah kebajikan yang terpilih iaitu :
- Rumah Charis, Angel Homes,
- Good Kids,
- Juara Home,
- Ace Lighthouse Academy Bhd,
- Kiwanis Club of Kluang Mandarin,
- Home of Love,
- Rumah Sayangan,
- Persatuan Insan Istimewa Cheras, and
- Good Samaritan Homes.
Persembahan tarian Cheer Leading |
Ucapan dari Dato' Garry Chua, presiden MRCA |
Tetamu Kehormat Tan Sri Datuk Seri Dr M Kayveas, Penasihat Khas Menteri Pengakutan |
Terdapat 34 trofi dan hadiah yang bernilai lebih daripada RM40,000 yang telah berjaya di menangi oleh para peserta yang menyertai larian amal MRCA iaitu kategori :
- Terbuka untuk lelaki (10.8km)
- Terbuka untuk lelaki veteran (10.8km)
- Terbuka untuk wanita (10.8km)
- Terbuka untuk wanita veteran (10.8km)
Kategori Bukan untuk bertanding :
- Lelaki (5.3km)
- Wanita (5.3km)
Para pemenang Terbuka untuk wanita (10.8km) Terbuka untuk wanita veteran (10.8km) |
Para Pemenang Terbuka untuk lelaki (10.8km) Terbuka untuk lelaki veteran (10.8km) |
Larian amal MRCA dengan bangganya telah dianjurkan oleh MRCA dan McMillan Woods yang telah ditaja oleh Kementeriaan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Patriot Korporat MRCA, Maxis, Maybank, Fusionex dan Mastercard. Penaja lain yang terlibat adalah seperti Lotto, Seth Learning Garden Sdn Bhd, DCTK Corporation Sdn Bhd dan juga kumpulan Valiram.
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
IG : @mrcacharityrun
0 comments