Bengkel Pengalaman Luar Biasa dari Anmun Materna

2:14 PM


Awal bulan Januari 2018 yang lalu I sempat untuk hadiri Bengkel Pengalaman Luar Biasa dari Anmun Materna, eh memang permulaan tahun 2018 yang I rasa sangat best dapat ilmu baru lagi mengenai kehamilan walaupun dah beranak 2 orang anak. Sebenarnya pengalaman hamil dan melahirkan tu berbeza-beza yerlah kalau sama tak de la luar biasa kan ? 

Dalam hanya tempoh 40 minggu bagi seorang wanita yang hamil korang akan dapat merasai sendiri pengalaman bayi membesar dalam kandungan. Waktu tu badan korang akan take time untuk menyuasaikan diri untuk menampung another one life iaitu bayi yang akan  melalui proses perkembangan yang pantas; bermula daripada sekelompok sel hinggalah menjadi bayi yang lengkap dengan jantung yang berdegup, wajah yang lengkap serta anggota-anggota lain yang berfungsi.


Wanita yang hamil sebenarnya banyak pantang larang juga, eh ingat lepas bersalin je ke wajib kena pantang ? Antara pantang larang ketika hamil anda tidak digalakkan mengangkat barangan yang berat kalau nak angkat barangan yang berat kena pastikan posisi mengangkat barang tu kena betul supaya nanti tak adalah mengadu sakit-sakit sengal belakang.



Bayi di dalam rahim akan melalui fasa- fasa perubahan seperti saiz yang makin besar dan berat badan semakin bertambah. Gambar di atas tu contoh je macam mana bentuk bayi korang dalam kandungan tau. Tapi tak adalah bayi dalam perut korang bentuk macam tembikai tu cuma berat lebihh kurang ala-ala buah tu, time tu memang korang dah sabar nak suruh bayi korang keluar, time tu memang dah terasa sakit sangat tulang belakang. 

Bayi dalam kandungan membesar pada kadar yang sangat pantas. Pada minggu keempat, anak yang sedang membesar daripada sekelompok sel kepada embrio sebesar benih kaskas – di mana ia adalah 10,000 kali lebih besar daripada saiz pada waktu mula-mula hamil (konsepsi) 4 . Pada masa yang sama, 3 bahagian otak utama akan terbentuk.

Pada minggu ke-6 hingga ke-7, jantungnya sudah mula berdegup dengan kadar denyutan yang tetap, dua kali lebih pantas berbanding orang dewasa 7 . Bukan itu sahaja, deria sentuhannya sudah mula terbentuk pada minggu ke-lapan. 


Pada minggu ke-10, wajah anak mula menjadi lebih ketara dan mempunyai ekspresi muka yang berlainan dan mungkin tersenyum pada minggu yang berikutnya. Pada minggu 26, corak cap jari anak yang unik akan terbentuk. Kira-kira pada bulan ke-4 hingga bulan ke-5, si manja dalam kandungan sudah berupaya mengepam lebih daripada 28 liter darah sehari.


Antara perubahan yang paling ketara bagi seseorang wanita hamil adalah peningkatan berat badan, yang disebabkan oleh peningkatan dalam jumlah cecair badan untuk melindungi bayi dalam kandungannya. Bagi seorang wanita dengan berat badan yang sihat, berat badannya akan meningkat secara purata antara 11.5kg hingga 16 kg sewaktu hamil. Selain daripada berat janin, peningkatan berat badan ibu hamil juga disebabkan oleh peningkatan jumlah darah sebanyak kira-kira 30% hingga 50% atau 1.5 hingga 2 liter untuk membekalkan oksigen dan nutrien kepada janin yang sedang membesar.


Dengan peningkatan jumlah darah ini, jantung ibu perlu bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ini menyebabkan degupan jantung ibu hamil meningkat sebanyak 10 hingga 20 degupan seminit walaupun semasa berehat. Ibu hamil juga memerlukan anggaran 20% lebih oksigen untuk diri sendiri dan juga anak dalam kandungan. Kadar pernafasan ibu juga turut meningkat.


Ha macam ni la gayanya bila korang hamil nak dekat 40 minggu, nampak gemok kot haha tak ada istilah nampak kurus tapi time ni korang akan rasa agak special, kalau kemana-mana mesti orang pandang dan bagi tempat duduk juga. Rambut pun cantik time hamil tau sebab hormon time tu memang very good ! :)


Dalam upacara pelancaran rumusan baharu bersama dengan para ibu hamil baru-baru ini, Irene Cheah, Pengurus Pemasaran di Fonterra Brands Malaysia, berkata bahawa rumusan Anmum Materna dengan Mind-Q Connect™ membekalkan nutrien-nutrien penting sewaktu kehamilan. Nutrien-nutrien penting ini termasuk Folat dan Kalsium yang memenuhi 100%^ keperluan nutrisi yang disyorkan sewaktu hamil dengan dua gelas sehari; dan Probiotik DR10™, sejenis probiotik unik berpaten yang telah diuji secara klinikal bagi membantu meningkatkan kesihatan usus yang baik. .

“Penyerapan nutrien yang baik penting untuk wanita hamil untuk menyokong perubahan yang mengagumkan yang dialami oleh si manja dalam kandungan. Oleh itu, amatlah penting untuk wanita hamil untuk mempunyai persekitaran usus yang sihat bagi membantu penyerapan nutrien yang baik. ,” Cheah menjelaskan.

Cheah menambah bahawa berat badan yang berlebihan sewaktu hamil juga merupakan salah satu kebimbangan di kalangan ramai wanita hamil. Berat badan berlebihan juga merupakan salah satu faktor risiko bagi Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Justeru itu, ramai wanita hamil akan menjaga pemakanan mereka, terutamanya dalam segi pengambilan gula. Anmum Materna baharu dirumus tanpa gula tambahan*, rendah lemak dan antara jenama susu pra-natal yang mempunyai kalori terendah dalam setiap hidangan.

“Sebagai peneraju pasaran dalam segmen susu pra-natal, Anmum Materna bangga menjadi
jenama pertama yang melancarkan rumusan Tanpa Gula Tambahan* (untuk perisa biasa)
dan Rendah Lemak serta manfaat tambahan dengan 100%^ kandungan Folat dan Kalsium
serta Probiotik DR10™ dalam menyokong keperluan nutrisi ibu hamil dan perkembangan
janin,” tambahnya lagi.


Ibu yang sibuk dan aktif juga akan menghargai pek stik baharu, yang membolehkan mereka menikmati segelas Anmum Materna dengan mudah di mana-mana sahaja mereka berada. Aktres dan hos televisyen Jihan Muse sangat berpuas hati dengan rumusan baharu Anmum Materna yang mengurangkan kerisauannya tentang pengambilan nutrisi dan kenaikan berat badan sewaktu hamil.


“Saya rasa gementar ketika hamil. . Saya mahu memastikan pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk si manja dalam kandungan dan juga diri saya. Ada kalanya sukar untuk mendapat hidangan yang berkhasiat disebabkan jadual kerja yang sibuk. Sebagai selebriti, saya perlu mengekalkan imej badan dan kesihatan fizikal yang baik.


“Dengan adanya rumusan baharu, saya cuma perlu menambah dua gelas Anmum Materna dalam pemakanan harian saya, untuk saya mendapat nutrien-nutrien penting yang diperlukan untuk menyokong tumbesaran bayi saya! Susu ini juga enak rasanya. Saya juga suka dengan rumusan Tanpa Gula Tambahan + Rendah Lemak – ini membolehkan saya menjaga dan mengawal pengambilan tahap gula dengan senang supaya penampilan saya sebagai seorang ibu tetap menarik!” kata Jihan sambil ketawa.

Ng Kar Yoon, seorang hos radio serta selebriti, juga merupakan peminat pek stik serba-mudah Anmum Materna. 

“Kehamilan tidak menghalang saya untuk kekal aktif – Saya masih sibuk dengan jadual harian saya serta masih aktif dalam perjalanan. Saya cuma pastikan saya sentiasa ada sekurang-kurangnya dua pek stik Anmum Materna dan satu bekas berisi air di dalam beg tangan untuk memperoleh nutrien yang penting di mana-mana dan pada bila-bila masa supaya si manja saya turut membesar ketika ibunya sedang sibuk bekerja!


Makanan yang sihat untuk ibu hamil. Anmum Materna boleh didapati dalam pek serba mudah yang mengandungi tujuh stik pek bersaiz 36g (perisa biasa) dan 42g (perisa coklat). Setiap pek dijual pada harga RM19.90.

Selain daripada pembungkusan stik pek baharu tersebut, jenama ini juga boleh didapati dalam format kotak dalam perisa biasa dan coklat, saiz 650g pada harga RM42.00. Dapatkan Anmum Materna baharu dengan formula yang dipertingkatkan di Lazada sekarang dengan diskaun 15% (gunakan kod N15MUM) yang ditambah atas diskaun yang sedia ada. Promosi berakhir 31 Januari 2018.


Susu formula Anmum Materna baharu yang telah dipertingkatkan kini boleh didapati di pasaraya terkemuka di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang rumusan baru Anmum Materna serta produk-produk lain, sila layari www.anmum.com.my.


You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸