Cantiknya Set Hadiah Minyak Wangi mini Enchanteur !

9:33 AM


Minyak wangi memang sangat sinonim untuk wanita yang gemarkan haruman. Memandangkan hari kekasih pada bulan Februari bakal muncul tak lama lagi, jadi inilah peluang keemasan untuk anda menghadiahkan set minyak wangi Enchanteur lagi pun harumannya kekal lama berbanding hadiah seperti coklat dan bunga. Set wangian adalah pilihan yang ideal. Minyak wangi ni sehari 2-3 kali semburan dan mampu bertahan sehingga 5-10 bulan mengikut cara pemakaian juga lah.


Bagi I set wangian Enchanteur memang sangat menarik lebih-lebih lagi design botol yang sangat elegan dengan penutup yang direka berbentuk reben dan bunga ros, eh memang nampak macam boleh gantikan coklat dan bunga kan ? Lagi satu minyak wangi Enchanteur ni membawa gabungan simbolik keintiman dan kemewahan. Bercakap mengenai kemewahan, nampak je minyak wangi Enchateur ni ekslusif tapi harga dia tak mahal lah. Rasanya ramai sahaja yang mampu untuk memiliki set wangian Enchantuer ni.

Yang set dekat I ni ialah set hadiah mini Echanteur ( Belle Amour & Romantic) - dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15 ml setiap satu.


Ianya di ilhamkan dari personaliti romantis si gadis, bagi I, I memang suka sangat haruman romantic ni sebab I suka sangat suasana romantik sebab dari situ boleh timbul rasa ketenangan dan membuatkan kasih sayang dan cinta pada seseorang lebih mendalam dan waktu tu menjadikan detik bersama insan tercinta terasa lebih berharga. Siapa sangka haruman dari minyak wangi boleh kasi feel sebegitu sekali kan ?


Warna cecair pun nampak sweet je dalam botol yang yang cantik ni, tengok botol je dah buat rasa seperti dipukau apatah lagi isi dalamanya. Apa lagi korang semua patut dapatkan Set hadiah minyak wangi dari Enchanteur letak dalam koleksi tak perlu risau minyak wangi ni makin lama disimpan makin sedap baunya tau. :) Sebenarnya ada lagi pilihan set hadiah minyak wangi Enchanteur ni, jangan lupa usha-usha ye.

Satu set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA.

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.




You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸