Derita Kemurungan Pt1

4:52 PM


Ayda bukan nama sebenar berkahwin dengan seorang lelaki yang disangkakan akan memberi kebahagiaan sehingga tua, selama beberapa tahun berkahwin namun semua harapan musnah hancur luluh melihat sikap sang suami yang semakin lama semakin pemalas, apabila ditegur diajuk kembali percakapannya, mempunyai 3 orang anak dan ketiga-tiganya boleh dikatakan agak degil, nakal dan buas sampai si Ayda tidak tahan dengan kehidupannya sehingga timbul rasa penyesalan berkahwin pada usia yang sepatutnya dia menghabiskan masa untuk bekerja seperti rakan-rakannya semasa belajar masa dahulu. Sang suami pula kerap tiada wang kerana mengatakan si Ayda mempunyai nafsu buas apabila membeli-belah di 'shopping mall.'

Melihat kepada ekonomi pada zaman Najib yang tidak seberapa dengan harga makanan mentah tak masuk akal memberikan impak yang besar kepada kehidupan seharian Ayda dan anak-anaknya. Bekerja dari pagi sehingga ke malam, malam ke lewat pagi, umpama kais pagi makan pagi, kais malam makan malam, kais tengah malam ke awal pagi sehingga Ayda menjadi hilang tumpuan, 'panic attack, mengalami kemurungan dan menghidapi darah tinggi malahan kekurangan nutrisi kerana sukar untuk menggunakan masa menjamu pemakanan yang sihat dan menghidapi tekanan dengan perangai anak-anaknya termasuklah dengan sikap suami yang sukar membantu untuk menguruskan anak-anak.

Apabila menyuruh sang suami yang sibuk menghadap TV dan telefon pintar di tangan untuk membersihkan najis anak-anak selalunya sang suami akan bersikap endah tak endah walaupun si Ayda sudah menyuruh sang suami  dengan keadaan santun pada awalnya sehingga Ayda menjadi kurang waras menggunakan kekerasan pada sang suami dengan mengetuk kepala sang suaminya agar sedar dari lamunan dunia penuh khayalan sang suami. Apa lagi sang suami pun membalas dengan menyiku sekuat hati kepala Ayda sehingga meninggalkan kesan lebam dan trauma pada Ayda namun atas dasar sayang Ayda tidak berkeputusan untuk merepot keadaannya pada  keluarga terdekat, tok kadi apatah lagi polis. Kehidupan Ayda semakin lama semakin mendatangkan tekanan mental dan kemurungan, Ayda mencuba cari jalan untuk keluar dari kehidupan yang disangkakan akan memberi kebahagiaan tetapi masih buntu, Ayda tertanya apakah akan terjadi pada anak-anaknya jika dia berkeputusan untuk meninggalkan suami yang pemalas dan sukar untuk dibawa berbincang kerana sang suami menyangka Ayda miliknya dan pasti yang Ayda tidak akan mampu meninggalkannya.

Terkongkong, hilang arah tujuaan tidak tahu kemana menjadikan Ayda semakin lama semakin penat untuk menjadi seorang surirumah dan kadang-kadang menyakitkan diri sendiri dengan menghentakkan kepalanya ke dinding sehingga berdarah. Ayda merasa puas setiap kali melakukan perbuatan tersebut, kadang-kadang jika anak-anak menganggu Ayda, Ayda hanya mengurungkan dirinya di dalam bilik dan terbaring ke atas katil sambil melihat permukaan siling berwarna putih tanpa mengelipkan mata sambil membiarkan anak-anak menangis tanpa rasa belas kasihan.

Kipas siling yang sekian lama berhabuk tidak dibersihkan sejak berbulan-bulan yang lalu, lantai dipenuhi dengan rambut yang keguguran, bilik air dipenuhi dengan kulat dan fungus yang tidak disental menjadikan lantai licin, Ayda mengalami kecederaan apabila memandikan anak-anak yang gemar bermain air. Sakit jatuh di dalam bilik air terutamanya bagi wanita yang telah melahirkan anak adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya pada bahagian rahim, nyilu namun Ayda tetap gagahkan diri menghadapi keperitan kehidupan.

Walaupun terjatuh akibat lantai licin, Ayda tidak terfikir untuk menelefon sang suami kerana tahu suaminya akan berada di ofis dan tidak akan melayan akan kerenah dan aduan si Ayda. Jadi Ayda hanya menanggung kesakitan yang dialami dan tidak mengharapkan apa-apa bantuan dari sang suami. Pilu tapi apakan daya dengan siapa lagi untuk diadu.

Kemurungan semakin bertambah apabila Ayda tiada tempat untuk mengadu.. kehidupan seperti tiada erti.. seperti hidup di dalam penjara dunia.. bernyawa tetapi akal dan mental tidak mampu berfikiran secara waras..

*bersambung*

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸