Ephyra Lips Cream-to-matte kaya dengan Vitamin E dan Minyak Jojoba

3:17 AM



Bagi peminat lip matte anda mungkin akan meminati keluaran produk terbaru dari Ephyra khas untuk bibir iaitu Epyhra Lips, terdapat 10 warna yang menarik dan terdapat 2 warna yang terbaru. Kali ni I berpeluang untuk mencuba 5 jenis warna berteksturkan cream-to-matte dari Epyhra yang bakal menjadi lip matte kegemaran anda. So far pemilihan warna-warna yang terang dan berani telah menjadi warna kegemaran untuk trendy masa kini. I percaya kebanyakan wanita yang berada di dalam zaman era canggih masa kini berani untuk menggayakan warna-warna yang terang dan pekat sebegini. Tapi jangan risau ada juga warna nude a.k.a warna natural bolehlah dipakai pada waktu santai gitu.


Kelima-lima tona warna Ephyra Lips yang I cuba ni memang I boleh cakap setanding jenama antarabangsa dengan lip matte yang dulu I suka pakai yang kini dah ada meluas di dalam Malaysia, I ucapkan tahniah pada Puan Amiza dan OceanLife sebab sekarang mengorak langkah untuk ke arah kosmetik pula selepas penjagaan kulit dan dalaman. So far kebanyakan produk dari Epyhra memang tak pernah mengecewakan dari minuman berkolage, sabun dan juga serum. Sekarang ni Epyhra lips pula lagi buat I rasa sangat impressive dengan formulasinya. So far packaging dia sangat elegan dan sangat comel sebab bentuk dia ala-ala petak yang bercurvy. 


Ephyra lips kaya dengan Vitamin E dan minyak jojoba dimana cream-to-matte tekstur ni walaupun ianya matte tapi bibir tak rasa bibir kalau atas bibir I lah tapi bibir orang lain I tak pasti. Warna dia memang tahan lama cuma kalau makan sup dan makanan berminyak tu hilanglah juga sikit-sikit.  

Setiap kali pemakaian mesti cream-to-matte ephyra lips ni akan membantu cover I punya fine lines dan hitam-hitam dekat bibir I so far ramai kata ianya wudhu' friendly, kalau I tetap akan remove kalau nak solat ke, sebab I rasa ianya macam water proof, wudhu' friendly tu tak berapa pastilah, if korang bawa solat mungkin boleh lah kot, masa nak ambil wudhu tu I rasa better remove dulu lepas dah ambil wudhu' baru sapu balik mungkin ye la, sebab formulasinya tak ada benda meragukan yang tak boleh bawa solat. 

Antara 5 warna yang I dah cuba sendiri adalah :

744 Red Kiss


Warna red kiss ni sangat daring you all macam warna merah mak ngah, ianya sangat sesuai digayakan untuk I sebab I rasa warna kulit I setiap kali sapu benda warna merah pada bibir mesti nampak lebih cerah dan enchance kan warna kulit I. I kalau kemana-mana I tetap berani bawa warna merah macam ni sebab warna merah macam ni buat muka I nampak lebih muda. Hihih perasan je tapi itu yang I rasa lah.

742 Cranberry Quiin


Warna ni agak pretty rare untuk I, sebab warna ni macam ungu campur coklat nak kata macam warna kranberi pun ada, I rasa warna ni sangat sesuai untuk anda yang mempunyai warna kulit sawo matang atau warna kulit gelap sebab kalau you all pakai ni buat korang nampak romantik. Tapi tak salah untuk I cuba warna ni I boleh gayakan kalau pergi majlis ada tema ala-ala gothic dan masquarade gitu. hehe.


748 Taffy Pink





Omg warna ni buat muka I nampak Innocent tau. Pink sememangnya sinonim dengan sifat perwatakan yang lemah lembut eh rasa macam nak berlakon dalam drama Korea bawa watak gadis pendiam tapi cover sweet all the times. Warna pink ni juga sesuai digayakan untuk ke majlis cocktail dan boleh juga pakai kalau pergi ke kelas juga at least tak ada lecturer tak berkelip mata pandang korang kalau pakai warna bold macam red kiss tadi hehe.

751 Lolly Peach


Warna natural as known as warna nude. Huhu, warna ni sangat trendy kot, I tengok artis-artis ramai suka gayakan bibir dorang dengan warna ni, I kalau warna nude not really my color sebab muka I nampak pale tapi ada cakap I sesuai dengan warna nude, kakak ipar I lah yang cakap dia cakap I nampak lebih natural kalau dengan warna macam ni. Tapi mungkin jiwa I bukan dengan warna nude, kalau pakai pun I mesti nak campur warna merah sikit buat ala-ala ombre. Huhu buat macam ada 2 warna pada bibir I ala-ala Kpop pulak dah. Btw Okay juga warna ni bila I tengok dalam gambar ni.

745 Scarlett Plum


Warna Ungu pekat, lagi pekat sedikit dari Cranberry Quiin tadi ha yang ni memang warna nampak macam buah anggur ungu hitam tu. Eh I tengok ramai MUA suka kenakan warna lipstick macam ni kalau I attended event soft launch mana-mana. Mungkin sebab warna ni buat nampak BOLD DAN GARANG, Kalau bercakap dengan orang mesti orang dok pandang bibir tu dah macam Marilyn Manson pun ada juga. So far nak gayakan warna lipstick macam ni dalam COSPLAY not bad juga. hehe . Anyway I rasa warna ni pretty cool juga lah I suka I suka I suka.


So far kelima-lima warna dari Ephyra Lips ni seeloknya kan kena pandai digayakan kalau tak pandai gayakan memang korang akan nampak weirdo lah tapi jangan risau warna-warna cream-to-matte ni tetap akan nampak cantik pada bibir korang walaupun tak pakai mekap, sebab malam tadi I tak pakai mekap masa nak keluar dekat restoran dekat-dekat ni tapi faham-fahamlah bibir I tanpa apa-apa memang akan nampak tua sebab I ada fine lines.

Memandangkan Ephyra lips ni ada kandungan vitamin E dan minyak jojoba at least sambil I pakai tu sambil bibir I dapat meresap nutrisi dari Ephyra Lips ni.

Kalau korang nak tahu juga I dengar Ephyra Lips ni dikeluarkan bulan May yang lalu terjual lebih dari 5000 batang woah selepas tak sampai 10 hari, I just wanna say WOW je, of course lah ramai nak Grab sebab warna-warna cream-to-matte dia memang sangat awesome ! I rasa macam nak order jer warna lain sebab nak try sendiri ! ;)


8 warna lama :
  1. Whisper Nude
  2. Madly Brown
  3. Summer Blaza
  4. Pink Peony
  5. Amber Rose
  6. Cranberry Quinn
  7. Scarlett Plum
  8. Red Kiss


2 warna terbaru :

  1. Lolly Peach
  2. Taffy Pink
1 batang Ephyra Lips cream-to-matte berharga RM30 tidak termasuk postage tau.
Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai produk keluaran Ephyra sila layari :
Website : https://oceanlife2u.com/ephyra-cosmetics/
Facebook : https://www.facebook.com/ephyracosmetics/
Instagram : https://www.instagram.com/ephyracosmetics/

Terimalah video happy saya setelah memakai kelima-lima warna Epyhra Lips Cream-To-Matte :





You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸