Hanya bahan Organik di dalam produk HARO

12:20 AM


Kecantikan memang sudah lama sinonim untuk wanita era masa kini eh bukan zaman ni je dari zaman Cleopatra lagi, Cleopatra siap pakai emas dan susu sebagai rahsia kecantikannya tapi kita pula mampu ke nak beli susu dan emas lebih-lebih lagi bukan murah lagi semua bahan-bahan tu, kiranya  orang zaman dulu lagi kaya dari orang zaman sekarang kot haha.

Tapi semakin lama semakin banyak kesedaran menegnai bahan yang terkandung di dalam produk kecantikan yang kita pakai hari-hari. Baru-baru ni pun sudah banyak kes kulit jadi rosak akibat bahan dalam sesuatu produk menghakis kulit sebab ada kandungan seperti merkuri, hidrokunin, parabem dan sls semua tu, dan I masih tak faham kenapa nak gunakan bahan-bahan macam ni. Adakah bahan-bahan ni mempercepatkan proses untuk cantik segera ? Buat apa cantik segera tapi in the future terpaksa merana ? Baik kita fokus pada pemakanan yang sihat dan bahan-bahan yang tak datang kan manfaat pada diri kita sendiri kan ?

HARO ? Kenapa nama jenama ni HARO, yang ni sebenarnya ialah nama singkatan nama pengasas Hanim Roslan. Masih muda and lagi muda dari I dan I dah lama followed pengasas HARO ni rasanya sejak pos viral mengenai anti-vaksin dan pro-vaksin ketika I mencari maklumat mengenai bahan dan kesan sampingan vaksinasi. Dari situlah agaknya I kenal setelah I sertai kumpulan Masyarakat Kena Tahu( Based on pro-choice parent & ahli homepati) dan bukan kumpulan MKT(Ori) ye. Pengasas HARO ni kalau korang follow memang banyak kongsikan maklumat mengenai bahan beracun dan organik, eh macam-macamlah perkongsiaan yang korang boleh gunakan maklumat tu untuk apply pada diri sendiri, jadi jangan lupa follow dia. Bagi yang lelaki maaf pengasas HARO sudah berkahwin ya.

Dan baru-baru ni I berpeluang untuk menggunakan sendiri produk dari HARO ni. Sebenarnya banyak seleksi pilihan produk HARO tapi yang I teruja nak cuba ialah yang skrub kunyit tu, ramai testimoni yang gunakan kunyit kongsi kebaikan kunyit pada kulit boleh nampak perubahan kulit tu. Jadi jom I intro dekat you all mengenai HARO.

HARO Coffee Scrub


Penggunaan kopi pada wajah semakin digemari oleh para gadis dan wanita selain daripada minum sebab banyak sangat rahsia kebaikan yang tersembunyi dalam kopi tu. Tapi tu la tak semua orang minum kopi sebab ada kandungan kafein gitu. Tipulah I cakap I tak minum kopi I curi-curi juga minum kopi sebab kopi punya aroma tu memang sangat relaxing dan setiap kali I hirup kopi rasa macam segar dan bertenaga je,  tapi ikut time juga, kalau minum kopi dan perut masih kosong, phew bergetar je saraf jadinya. huhu. Addicted dengan kopi tapi memang kena kurangkan pengambilan kalau mengikut I punya badanlah.

Mengikut Cikgu Hailmi 7 kebaikan minum Kopi yang tidak pernah diceritakan adalah :

  1. Hidup lebih lama sebab mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi malahan mampu mengurangkan ketagihan merokok.
  2. Mencegah penyakit dimana kopi boleh mencegah kanser payudara dan memnatu mengelakkan risiko diabetes janji korang tak minum dengan gula berlebihan.
  3. Minum kopi sebelum bersenam dimana selepas pengambilan kopi badan akan mengeluarkan hormon endorfin yang membantu meningkatkan tenaga.
  4. Kemampuan kognitif lebih baik dan mampu mencegah penyakit Alzheimer, wow I harap lepas ni minum kopi akan bertambah baik short term memory lost I huhuh.
  5. Kesihatan yang lebih baik sebab kopi ada 1,000 anti-oksidan yang baik untuk menyingkirkan toksin penyebab kanser.
  6. Pencegah Strok bagi penggemar kopi, eh I hope it works.
  7. Mencegah penyakit Gout sebab Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!
  • Nak tahu kajian saintifik sila picit pada nama Cikgu Hailmi ya.
Bahan yang ada di dalam HARO Coffee Scrub :
  • Organic Rabusta
  • Organic Cane Sugar
  • Organic Virgin Coconut Oil
  • Organic Castor Oil
  • Organic Glycerin
  • Organic Sea Salt
Haa puas hati tak semuanya organik ? So korang janganlah expect produk HARO ni murah tapi tak adalah sampai ratusan ringgit pun. So far I rasa mesti korang mampu bagi yang sudah bekerjaya untuk memiliki produk dari HARO ni.



I pagi-pagi tadi bangun terus grab HARO coffee scrub tak basuh muka macam rutin biasa, letak air sikit dengan HARO coffee scrub terus sapu dekat muka, memandangkan muka jenis kulit berkombinasi supposedly baik cuci wajah dulu baru sapu HARO scrub coffee ni, apa lagi I massage slow-slow scrub ni jangan kasar-kasar tau sebab kopi ni tekstur dia bukan lembut macam teh, eh sambil massage sambil termasuk pula dalam mulut, manis je rasanya sebab ada organic sugar cane, so far sedikit sebanyak agak membantulah juga tolong singkirkan sel kulit mati yang lama dah bertahta dekat kulit I yang mengerutu tu, lepas tu I biarkan 10 minit baru bilas, and walaah kulit wajah I so far lepas pakai HARO coffee scrub rasa lebih lembut dari sebelumnya. Bau pun rasa macam nak minum je.

HARO Clay Mask


Clay Mask atau lebih dikenali topeng tanah liat, kalau nak tahu ni rutin kecantikan bagi mereka yang nak detox kulit yang selalu pakai makeup, usually digalakkan pakai 2x seminggu sahaja, ada sebabnya kenapa tak boleh pakai hari-hari, sama seperti skrub wajah, tanah liat ni umpama menyingkirkan sel kulit hidup yang telah mati dan membantu pembentukan sel kulit baru.

I ada buat research sedikit di google, terkejut ada pula Do and Don't dengan clay mask :

  1. Don't simply apply any clay mask on your skin maknanya korang kena pastikan apa-apa produk berasaskan tanah liat sesuai untuk kulit kalau tak habis nanti tak sesuai pengasas juga dipersalahkan kalau boleh pastikan korang kena kenal jenis kulit korang baru lah boleh apply any skin care untuk rawat masalah kulit korang. 
  2. Lepas sudah pakai topeng tanah liat kena hidrat dan lembabkan kulit wajah untuk kekalkan kelembapan pada kulit sebab clay mask ni selain daripada detox ianya juga boleh keringkan kulit sebab dia serap kadar lebihan minyak pada kulit.
  3. Jangan gunakan clay mask terlalu lama, maaf I terpakai sampai merekah clay mask, I pun tak pasti kenapa tak boleh gunakan clay mask terlalu lama mesti sebab ianya mengeringkan wajah mungkin tapi it's normal kan ? Tapi lebih digalakkan menggunakan clay mask dalam tempoh tertentu di antara 10-15 minit. Kulit dah serap pun nutrisi dari clay mask tu.
  4. Sila cuci wajah terlebih dahulu, mana-mana topeng muka memang digalakkan bersihkan wajah dahulu dari kotoran sebab topeng wajah ni dia akan berikan nutrisi, taknak lah kulit kita serap kotoran nanti tak berkesan clay mask tu nanti.


Bahan dalam HARO Clay Mask :
  • Pure Bentonite Clay
  • Activated Charcoal
  • Organic Ylang Essential OIL
  • Organic Peppermint Essential OIL
  • Organic Lavender Essential OIL
Semua kebaikan yang dalam bahan I listkan di atas korang boleh google. Lepas I pakai HARO Clay Mask, kulit I nampak lebih bersih especially bahagian liang pori I yang besar, a bit dry tu sebab kena pakai pelembab afterwards, I pakai minyak organik MJ, fuh memang Da Bom kombinikasi kedua-dua tu, terasa kulit jauh lebih segar dan tak berat sebab sel kulit mati dah disingkirkan. Memandangkan I baru 2-3 hari dalam tempoh PERIOD, jadi hormon tak sebegitu stabil, usually before period memang jerawat kecil- kecil yang mengerutu tu akan naik dan seketul 2 ketul jerawat bernanah tu pun nak timbul juga, Dulu tak cukup ilmu memang selalu gak picit jerawat guna kuku tapi sekarang I biarkan je dia naik sebab dah memang selalu dia naik sebelum PERIOD, jadi kita dah faham badan kita berfungsi macam mana kan. 

Clay Mask ni pun sangat membantu detox bahan chemicals yang selalu kita dok sapu kat wajah especially macam I yang kerap pakai makeup kalau nak pergi events. Jadi kena detox balik supaya bahan kimia kat kulit tak lama-lama terperap bawa kulit. Eh apa pun honestly I rasa macam lengkap pula skin care routine bila ada clay mask macam ni.

HARO Turmeric Scrub


Kunyit bukan sahaja digunakan dalam masakan, malahan untuk kulit pun sangat bagus tak silap I terdapat agen anti bakteria yang tinggi dalam kunyit ni tu kalau anak-anak selesema boleh sapu sikit pada telapak kaki dan atas hidung tapi kalau mengikut kajian saintifik mesti disangkal oleh para doktor PW, omg haha. Di negara India pula kunyit dijadikan sebagai penawar pada beberapa penyakit seperti demam, selesema dan macam-macam lagi manakala di Indonesia kunyit pula dijadikan sebagai bahan asas untuk jamu dimana pengambilan setiap pagi sebelum sarapan. Kalau nak tahu I pula ambil kunyit waktu pantang haritu, memang mak mertua kisar sampai lumat kunyit lepas tu terus telan sangat bagus untuk merawat balik luka peranakan tau. Lagi satu kunyit ni tak sah kalau tak dimasukkan dalam ikan singgang tau, eh rasa macam nak buat ikan singgang pula memalam ni. Hi hi hi.

Guna bahan seperti kunyit pada wajah tak silap dah ramai yang shared dalam facebook kumpulan the power of makeup, kononnya sebagai skincare routine untuk pastikan kulit bebas jerawat. Ada yang kongsi pakai kunyit ni mampu mengecutkan jerawat secepat mungkin.

Banyak sebenarnya kebaikan Kunyit untuk badan kita jadi kita manfaatkan bahan anugerah Ilahi ni sebagai pengganti ubat sekiranya korang ada masalah alergik pada ubat, hati-hati sekarang ni dah ada 2 kes spenyakit svenson ape tah yang kulit melepuh akibat alahan dari ubat.


Bahan yang ada di dalam Haro Turmeric Scrub :

  • Turmeric Powder
  • Brown Rice
  • Cinnamon Powder
  • Sea Salt
  • Cane Sugar
  • Virgin Coconut Oil
Macam biasa campur sedikit air lepas tu terus sapu pada wajah, tak tipu I memang tak pakai lama, sebab bahagian kulit I yang ada jerawat memang terasa pedih oh, bila cek bahan lah padanlah ada gabungan kulit kayu manis, ha ha ha, I tahu rasa kulit kayu manis tu, kalau atas kulit memang bahagian yang bermasalah dia akan pedih, tapi tak tipu jerawat memang cepat kecut. Rasa pedih tu mungkin sebab bakteria atas kulit rasa panas hati tu. Eh tapi I tahan lah juga 5-6 minit Skrub kunyit ni pada wajah I, lepas dah cuci, memang rasa liang pori bergerak-gerak, selalunya bila liang pori bergerak ni maknanya liang pori terasa dalam keadaan bersih bebas dari kotoran yang tersumbat dalam tu. So far I suka sebab bahan yang ada mostly organik. Tapi I mungkin akan pakai 2 x seminggu tengok juga kekerapan I pakai makeup pada wajah.

Bagi yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai produk organik HARO, Korang boleh direct terus ke pengasas di :

Facebook : https://www.facebook.com/hanim.roslan
atau layari laman web : www.harobeauty.com

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸