Kempen #High5forhandwashing untuk tunjukkan tangan bersih anda

4:04 PM

Sudahkah anda mencuci tangan anda dengan sabun?

Selalu tak kita masa kecil-kecil, mak ayah kita suruh basuh tangan sebelum makan atau basuh tangan setelah buang air ? Kalau korang nak tahu selalunya kanak-kanak dorang ni memang suka buat aktiviti cuci tangan ni sebab cuci tangan mesti dapat main sabun tau. Sabun ni memang common thing dorang suka main sebab boleh hasilkan bubbles. Bubbles ni buat dia curious dan boleh tingkatkan lagi skill permotoran dorang. Tak percaya ? You will never know the joy.

Okay berbalik pada kempen #High5forhandwashing ni Lifebuoy terajui usaha mengajar cara betul mencuci tangan sempena tangan Hari Mencuci tangan sedunia untuk mengubah tabiat menjaga kebersihan tangan.


Lifebuoy telah bekerjasama dengan lebih 140 selebriti dan tokoh pemimpin penting untuk menonjolkan mesej mencuci tangan dan lebih 5,000 kakitangan Lifebuoy telah melawat sekolah-sekolah untuk mengajar kanak-kanak cara mencuci tangan dengan betul. Kempen #High5forhandwashing juga dikabarkan telah emmecahkan rekod dunia Guiness bagi bilangan 'High 5' terbanyak. Lifebuoy bertekad untuk mengajar tabiat baik yang boleh menyelamatkan nyawa- iaitu mencuci tangan dengan sabun- kepada lima kanak-kanak untuk setiap gambar yang dimuat naik ke media sosial dengan #High5forHandWashing. Lifebuoy berhasrat untuk mengumpul 200,000 'High 5' untuk mencuci tangan kata Vincent Chong, pengarah pemasaran Unilever ( Malaysia ) Holdings Sdn.Bhd.

Lifebuoy mengendalikan program perubahan tabiat menjaga kebersihan yang terbesar di dunia dan telah mencapai lebih 379 juta orang di seluruh dunia sejak 2010. Kempen ini berpacukan Pelan Kehidupan Lestari Unilever (ULSP) yang memberi penekanan kepada usaha mewujudkan tempat tinggal lestari menerusi perubahan tabiat. Pelan ini telah dilancarkan untuk meningkatkan kesan sosial positif menerusi inisiatif Unilever sambil mengurangkan separuh daripada kesan orginisasi ke atas alam sekitar.

Teknik Basuh Tangan dengan betul

Hari mencuci tangan sedunia merupakan hari peringatan sedunia tahunan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya amalan mecuci tangan dengan sabun sebagai cara, mudah, berkesan dan termampu untuk mencegah masalah kesihatan berkaitan dengan penjagaan kebersihan. Hari mencuci tangan bertujuaan untuk :


  • Memupuk dan menyokong budaya mencuci tangan dengan sabun secara global dan tempatan
  • Memperlihatkan amalan dan tabiat mencuci tangan di seluruh dunia
  • Meningkatkan kesedaran tentang manfaat mencuci tangan dengan sabun
Hari Mencuci tangan sedunia diasaskan oleh Global Public-Private Partnership for Handwashing dan dirayakan pada 15 Oktober setiap tahun, ialah peluang untuk mengilhamkan, menguji, dan mengulangi cara kreatif untuk menggalakkan orang ramai mencuci tangan mereka dengan sabun pada waktu penting.



Lifebouy, sabun kesihatan yang agak terkenal dunia dilancarkan pertama kali pada 1894 untuk menyokong mereka yang mencari cara lebih baik untuk menjaga kebersihan diri. Lifebuoy sentiasa memperjuangkan usaha menjaga kesihatan menerusi kebersihan dan telah berjuang selama 110 tahun. Sabun antibakteria Lifebuoy dengan keupayaan membersihkan kulit yang cemerlang sesuai digunakan seisi keluarga untuk menjauhlan jangkitan kuman. Kini, lebih 200 juta orang percaya dengan Lifebuoy bahawa ia dapat memberikan perlindungan tambahan daripada ancaman kuman untuk diri mereka sendiri dan keluarga mereka.


Lifebuoy berfomulasikan 'activ silver' mampu menghapuskan hampir 99.9% bakteria jahat dan melindungi kulit dari jangkitan kuman berbahaya. Sebagai ibu bapa kita seharusnya menunjukkan contoh tabiat ini terlebih dahulu sebelum menyuruh anak-anak membasuh tangan sebab apa yang kita lakukan di rumah kanak-kanak ni pasti akan memerhati terlebih dahulu.

Cara nak basuh tangan adalah dengan membasahkan tangan, pam sabun kemudian ratakan keseluruhan sabun pada tangan sehingga berbuih.




Pastikan di bahagian celah-celah jari juga diberi perhatian.


Urut juga di bahagian permukaan atas tangan.


Pastikan kuku juga dibersihkan sebab dekat situ kotoran senang melekat.


Basuh sehingga bersih dan keringkan tangan dengan tuala.


Jangan lupa sertai kempen #High5ForHandwashing dengan memuat naik gambar anda di dalam instagram menggunakan hashtag yang dinyatakan.

Untuk maklumat lanjut tentang Lifebuoy, termasuk inisiatif tanggungjawab korporat dan warisannya, sila ke laman www.unilever.com ATAU www.facebook.com/lifeBuoyMalaysia

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸