MUA Sue Melati tawar kelas solekan dan perkenalkan Bedak Asas liputan penuh

9:51 AM


Ahad lepas I berpeluang untuk mengikuti kelas solekan Sue Melati di Hybrid Nutrilab untuk belajar teknik asas makeup supaya kelihatan seperti selebriti. Memandangkan I bukan artis jadi kena lah guna produk solekan yang sesuai untuk kasi kulit nampak bebas cela gitu.

Sue Melati  menggunakan produk yang diasas olehnya seperti Sue Melati 'Foundation,' Penaik Seri Wajah serta berus alat solek untuk pelajar yang hadir di dalam kelas nya.

Siapakah Sue Melati ?
Sue Melati ialah seorang pakar dalam solekan dan merupakan MUA Malaysia. Sue Melati tawar kelas kecantikan untuk membantu wanita di luar sana agar kelihatan lebih cantik, berkeyakinan tinggi, elegan dan bertaraf kelas dunia. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Sue Melati adalah seperti :
  1. Kelas Solekan Professional
  2. Asas ke 'advanced'
  3. Bimbingan secara persendirian atau berkumpulan
MUA Sue Melati selali kelihatan di beberapa rancangan TV di Malaysia seperti :
  1. Nona
  2. Wanita Hari Ini
  3. Mentor TV3
  4. Drop The Beats
  5. Clever Girl
  6. Anugerah Juara Lagu
  7. Muzik-muzik
  8. Hero Oven



Antara produk yang diasaskan oleh Sue Melati adalah seperti bedak asas Sue Melati, Penaik seri wajah dan juga berus solekan.



Sue Melati berkongsi tips dan teknik yang betul dalam asas solekan supaya solekan nampak lebih kemas, tidak bercapuk dan nampak lebih natural kepada pelajar yang hadir dalam kelas solekan Sue melati.





Sue Melati menggunakan teknik asas penjagaan harian kulit sebelum meletakkan bahan solekan ke atas model.


Model menggunakan penaik seri wajah untuk solekan nampak lebih berseri, bebas cela dan nampak lebih gebu. Minyak penaik seri wajah merupakan produk antibakteria, antibiotik kulit, anti oksidan, anti neuralgic dan anti inflamasi yang sememangnya sangat bagus untuk kulit. Kandungan minyak ini adalah seperti minyak argan, minyak roship, minyak habattus sauda adan juga minyak tatamu manakala minyak jalama berfunsgi untuk mengubati dan memperbaiki kulit yang rosak serta melembutkan dan menghaluskan kulit. Syarat nak pakai minyak penaik seri wajah jangan terus ke wajah tapi campurkan dengan bedak asas sue melati baru sapu dekat muka sebab minyak ni sangat kaya dan berpotensi untuk menutup liang pori yang boleh mengakibatkan jerawat. Bila nak pakai hanya setitik dua titik sahaja sudah cukup.


Bedak asas Sue Melati membantu memberikan kesan liputan yang penuh bagi menutup sebarang cela seperti jerawat dan liang pori besar pada wajah. Formula produk bedak asas Sue Melati adalah menggunakan formula sendiri (CFM) dan sama sekali tidak melakukan penjenamaan  atau pembungkusan semula produk yang sedia ada. Dengan setiap satu sapuaan solekan mampu bertahan sehingga 14 jam jika anda tidak mencuci wajah. Ianya berbau sangat harum dan mempunyai vitamin C dan E. Paling menarik bedak asas Sue Melati mengandungi ekstrak bunga sakura dan juga minyak pokok teh yang membantu untuk mengecutkan jerawat. Tekstur produk sangat ringan malahan tidak menjadikan solekan wajah bercapuk serta mengekalkan keremajaan kulit wajah.


Bedak asas Sue Melati mempunyai hanya 1 warna, bagi yang berkulit agak gelap sedikit, anda digalakkan untuk mencampurkan bedak asas Sue Melati dengan bedak asas berwarna gelap sedikit sehingga mendapat warna tona yang dikehendaki.


Kak Cheq Sempoi mencuba produk bedak asas Sue Melati yang dicampur dengan minyak penaik seri wajah.


Dan sebagai seorang blogger dan pelajar yang hadir ke kelas solekan Sue Melati, I dapat banyak informasi dan tipscara menggunakan solekan yang sesuai dan kulit tidak capuk.




Langkah dan teknik yang diajar oleh Sue Melati adalah :

  1. Semburkan keseluruhan wajah dengan apa-apa jenis 'water-based mist' untuk setkan wajah terlebih dahulu, produk mist yang I pakai adalah dari MAC Prep+Prime fungsi dia bantu haluskan liang pori terutamanya kulit I yang bermasalah dengan 'acne prone scar.'
  2. Guna 'Honey Bee Venom Multi Solution Cream True Island' untuk kasi kulit lembab dan lembut.
  3. Lepas tu sapu 'Ultra Correction' dari Vevious untuk kasi kulit lebih ready dilindungi dari bahan solekan.
  4. Bentukkan bulu kening terlebih dahulu lepas tu tutup rangka dengan bedak asas Sue melati.
  5. Kemudian pakai Bedak asas Sue Melati yang dicampur dengan minyak penaik seri dan sapu sebatian ke seluruh wajah tutup bahagian yang bermasalah.
  6. Gunakan PRO.conceal berwarna oren di bahagian bawah mata untuk tutup mata sembab dan lingkaran gelap bawah mata.
  7. Nude Concealer Base dari Nafurra disapu pada bahagian tengah antara kedua-dua bulu kening, bahagian batang hidung, atas kening bawah mata dan atas bibir. Cara sapuan mestilah secara garisan (menghala keluar)
  8. Set kan wajah dengan mengunci semua bedak asas dengan 'loose powder.'
  9. Lepas tu guna berus dan warna palette yang sesuai untuk shading kan hidung. Teknik mem'blending' sangat penting untuk buat hidung nampak mancung tak pesek kembang secara semulajadi.
  10. Penggunaan pembayang mata pula mestilah dengan warna 'matte' 'light' terlebih dahulu barulah warna shimmer.
  11. Teknik 'contouring' & 'Highlighting' juga diberikan penekanan untuk buat wajah nampak lebih V-shape dan tirus.
  12. Pemerah pipi pula berfungsi untuk menampakkan wajah nampak lebih berseri.
  13. Akhir sekali bibir di sapu dengan lip matte berwarna naturally brown dan pink.
  14. Yay akhir sekali bolehlah berselfie dengan makeup look yang dah siap belajar dari Kelas solekan Sue Melati.
Kelas solekan Sue Melati ni sedikit sebanyak agak membantu untuk blogger macam I ni untuk menggunakan teknik yang betul mengikut tema majlis. Lepas ni kalau pergi majlis tak adalah solekan pada wajah I nampak capuk dengan bedak asas yang tak rata pada wajah I. So far solekan menggunakan bedak asas Sue Melati sangat tahan lama dan muka tetap nampak gorgeous sehingga larut malam.

Untuk maklumat lanjut :
No. Tel : 018-2090617
FB Page : Sue Melati

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸