Oh!MostWanted Look Beauty Inspired by Nora Danish

4:25 PM

Packaging Oh!MostWanted Look so trendy, macam Pop Art dan Cute !

Bagi peminat makeup dan menjadikan Nora Danish sebagai sumber inspirasi dalam dunia kecantikan, ada berita baik untuk anda di mana Oh!MostWanted Look Look telah berada di pasaran hasil daripada pengalaman Nora melancong ke luar negara dan aspirasinya terhadap perkara-perkara yang cantik, youthful, cute dan sangat feminis.

I tak sangka finally I dapat meluangkan masa I dengan Nora sebab dari I sekolah menengah dulu I suka sangat menonton rancangan Puteri tu, I rasa dari situ kot Nora Danish ni popular, and time tu pun Sosial media paling famous pun Myspace sekitar I form 3 waktu tu 2005 kot. Time tu teringat kawan I dok jeles ngan dia haha ! Kelakar betul. Tapi memang kenangan jugalah lebih-lebih lagi time tu belajar dekat area Kajang. Lols. Cepat betul masa berlalu.

Oh!MostWanted Look Look bakal memasuki tahun ke 3 dipasaran dimana team Oh!MostWanted Look telah bertungkus-lumus melakukan kajian pasaran, market validation dan R&D selama 2 tahun dimana tahun 2018 merupakan tahun yang amat sesuai untuk fasa 'commercialization.'

Bagi I Nora merupakan seorang wanita yang bertuah kerana memiliki iras wajah seperti 'baby face' namun Nora tetap menjaga kecantikan wajahnya sejak dari kecil lagi no wonderlah wajah yang dimiliki semakin lama semakin tampak lebih muda dan 'cute' walaupun tengah hamil anak yang kedua.

So far Formula Produk Oh!MostWanted Look tidak mengecewakan !

Dan I pula sebagai seorang yang gila akan 'makeup' dan dunia kecantikan I tidak ketinggalan untuk menyaksikan sendiri majlis pengenalan produk Oh!MostWanted Look di Play Up Advance, Fahrenheit Kuala Lumpur. I berjaya mencuba kesemua rangkaian produk yang baru released ni kecuali Pout-fect lip cream #01, #02 dan #03. I perasan kod warna tu dalam instagram @OhMostWantedLook tapi tak pe la mungkin kalau dijual di Play Up I akan cuba dapatkan warna-warna yang I termissed tu.

Waktu acara pengenalan last time, I dapat mencuba 4 produk seperti Magic Wand, Magic Blender, 3 warna Pout-fect Lip Cream dan juga Magic Foundation with SPF 50. Beza antara yang mencuba dan tak mencuba tu memang banyak beza lah. Nanti I cerita one by one produk Oh!MostWanted Look I dah cuba ni.

Orang kuat produk Oh!MostWanted Look

Kalau korang nak tahu produk Oh!MostWanted Look ni mempunyai kandungan yang diformulasikan oleh 2 orang rakan perniagaan Nora iaitu Dr Aina dan Dr Azri yang merupakan doktor aesthetic (kecantikan) dari Klinik Hana yang meletakkan produk keluaran syarikat Nora dalam kategori Cosmeuceutical atau lebih dikenali sebagai kosmetik dan farmasutikal itu sebablah produk Oh!MostWanted Look dikatakan mempunyai keunikan tersendiri untuk kegunaan harian. So sebagai duta kepada produk penjagaan kulit dan kecantikan selama 2 thaun Nora lebih banyak terlibat secara langsung di belakang tabir kerana masih terlibat dengan beberapa kontrak sebagai duta kepada produk penjagaan kulit dan kecantikan.

Magic Wand Oh!MostWanted Look ( RM139 )


Magic Wand 'roll and rejuvenate' ni merupakan produk aksesori Oh!MostWanted Look, mula-mula I kurang pasti apa fungsinya, I'm feeling Lucky yang Nora sendiri explained dekat I ianya berfungsi untuk re-shaping balik bentuk muka wajah tapi kena buat selalu. Cannot skip. Golek-golek je pada wajah, dan the best result kalau simpan magic wand dalam peti then rolling pada wajah.


Direka dengan 30 'massaging stones' yang membantu untuk mengurangkan masalah sembab pada mata dan dagu berlapis serta menjadikan kulit lebih anjal dan kelihatan awet muda. So far I baru cuba sekali, I rasa I kena beli satu untuk I sebab nak tengok sendiri kesan lepas golek-golek magic wand pada wajah I. Magic Wand ni boleh merangsangkan perjalanan darah dan menggalakkan penghasilan kolagen bawah kulit. Kulit kita ni sebenarnya kita kena stress kan sikit untuk kasi kolagen tu bawah kulit buat kerja kalau tak dia duduk diam je tu sebab kulit makin cepat berkedut sebelum usia. Tapi I taknak over-claimed just kasi pendapat je.


Nora cakap wajah I dah ada shape and then dia cakap kalau I golek lagi Magic Wand ni pada muka hari-hari nanti muka I nampak lebih cantik bentuknya. Magic Wand tak terhad penggunaan pada wajah tapi korang boleh golek-golek magic wand dibahagian lain seperti pipi, tangan, leher, tulang selangka, bahagian lengan, bahu dan bahagian priavate. Boleh juga untuk pecahkan lemak yang tersumbat bawh kulit pokok pangkalnya korang kena rajinlah golek-golek waktu korang rehat-rehat tengok movie tu. Kalau tak rajin memang tak jalan dan takkan nampak hasilnya pun. Nak cantik nampak awet muda korang kena rajin... faham tak.

Pout-Fect Lip Cream ( RM39 -RM117 )

Nora pegang set 2 (04,05,06) Dijual dengan RM117 satu set ada 3 
Pout-Fect Lip kalau beli satu hanya RM39 beli 3 RM117 ( Tri-Angels) -  bagi I produk ni packaging dan formula berkualiti tinggi yang ada dalam satu batang lip matte ni I 'considered' harga yang agak mampu dimiliki untuk para pelajar dan wanita tulen diluar sana, pemilihan warna pun dari natural sehinggalah warna yang mengancam pun ada kot. Kod #01 (salmon), kod #02 (Sakura), Kod #03 (Cherry), Kod #04 Marsh-mallow, Kod #05 Cinnamon dan kod #06 Plum.

Susunan Swatch I berbelit, Yang top #04, tengah #06, bottom #05
Masa I sapu Pout-fect lip cream ni I glide so easily guys, sangat lembut bila atas bibir, warna yang sangar 'pigmented,' rasa macam lemak berkrim sebab bau dia macam coklat, haha. Lepas dah sapu keseluruhan pada bibir Pout-fect lip cream ni bibir tiba-tiba nampak seksi macam Angelina Jolie. Paling best bibir nampak besar macam kena suntik, plumpy bouncy semua ada, paling menarik hati I kan  Pout-fect lip cream ni I dah pakai nak hampir 3 hari dah selama 3-7 jam juga, lepas I balik dari majlis pengenalan produk ni I terus pergi travel, memang duduk sapu je la  Pout-fect lip cream ni kat bibir. So far memang tak mengecewakan lah, sebab bibir tak jadi hitam, tahan lama selagi tak makan makanan berminyak atau gomol kisses lelama, senang nak cuci - bila nak cuci dia jadi macam ketulan kecil-kecilan tanpa tinggalkan kesan stain atau residue pada bibir I. Adik ipar I pun cakap bibir I nampak cantik pakai  Pout-fect lip cream hehe and terkejut I cakap sebatang  Pout-fect lip cream ni RM39, lepas tu dia siap cakap packaging ala-ala benefits. Huhuh. Apa-apa pun bibir memang TAK KERING langsung pakai  Pout-fect lip cream based on my lip la kalau bibir korang I enggak tau dong sebab bahan utama dalam  Pout-fect lip cream ni adalah Vitamin E yang sangat bagus untuk melembabkan bibir, Argan Oil untuk memberikan nutrisi pada bibir dan hasil 'finishing'  Pout-fect lip cream adalah MATTE ! Bahan lain dalam Pout-fect lip cream ni adalah seperti Hydrolyzed Candelilia Wax, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Hydrogenated Polyisobutane, Petrolatum, Cyclohexasiloxane, Silica, Titanium Dioxide, Tocopheryl Acetate, Collagen, Argan Oil, BHT, Flavor, CL 77491, CI 42090 and CI 77891. Sila pastikan bahan yang ada dalam Pout-fect Lip Cream ni sesuai untuk kulit you all ya, sila google macam mana nak tahu kulit jenis alergik.

Kod #04 Marsh-Mallow
Kalau you student I prefer you pakai kod #04 sebab warna ni korang boleh hasilkan Nude face dan sangat sesuai untuk pergi ke kelas. Warna ni nampak sangat 'innocent' dan lecturer tengok tak sakit hati depa tengok haha. Kalau korang salah cara pakai warna macam ni boleh buat korang nampak macam tak sihat dan pucat jadi pandai-pandailah menggayakan warna Oh!MostWanted Look ni ye. Haha.

Kod #05 Cinnamon
Warna coklat keoren-orenan ni memang macam warna kayu manis no wonder lah nama dia cinnamon, tak silap pemilihan nama warna  Pout-fect lip cream berdasarkan contest dalam IG @OhMostWantedLook kot. Anywhere tahniahlah pada pemenang yang bagi nama untuk Pout-fect lip cream ni. Kalau tengok gaya semua kod warna Pout-fect lip cream memang masuk dengan warna kulit I so I memang tak ada masalah nak gayakan kod warna Pout-fect lip cream pada bila-bila masa dan dimana-mana jua. So far warna ni nampak macam I boleh pergi tengok wayang dan dating with my big boss. Haha ! Nampak sweet pula guna warna ni. Huhuh. Good Luck la pada you all yang nak guna warna ni. Rasanya tak ada masalah kot guna kod warna #05 cinnamon ni pada semua jenis warna kulit sebab 1 dunia boleh makan cinnamon ! Oh yang tak sesuai orang yang tak makan cinnamon je, hi hi hi.

Kod #06 Plum
 Nora cakap dia suka warna Plum ni. Warna seakan-akan warna ungu yang buat bibir nampak macam buah pelam. Kalau korang nak tahu lepas I sapu Pout-fect lip cream Kod #06 Plum ni I memang pakai sampai lewat malam sebab sayang pula nak removed Pout-fect lip cream ni time majlis pengenalan haritu. Bagi I kod warna ni sangat sesuai untuk digayakan oleh wanita yang berani dan mempunyai karisma yang 'sassy' gitu. Bukan wanita je malahan lelaki yang urban dan trendy pun boleh cuba warna ni untuk nampak lebih classy dan bergaya ! Sangat sesuai digayakan untuk majlis parti tema ROCK ! ataupun pergi ke mana-mana majlis koktail, kalau korang pandai gaya dengan kod warna #06 Plum Pout-fect lip cream ni, hasilnya boleh nampak romantik dan jiwang gitu ! I dah cuba kot that's what I felt la. Hihih.

Magic Word untuk Pout-fect lip cream ialah itsealandheals, sambil buat bibir nampak cantik ianya juga bolehlah juga membantu merawat bibir supaya nampak sihat all the times. :)

Oh!MostWanted Look Magic Foundation ( RM 79 )


Kalau sesiapa pernah cuba formula produk ala-ala 'mousse' tu I rasa Oh!MostWanted Look Magic Foundation lebih kurang macam jenis tu la. Ada 2 warna kod Natural 01 dan Natural 02. Ada SPF50 kot maknanya dah tak payah nak guna 'sunblock' sebab Oh!MostWanted Look Magic Foundation ni bolehlah bantu 'prevent' muka korang dari terbakar akibat sinaran UV yang berbahaya pada kulit walaupun tak 100%, selain tu I ingat produk dari Korea je yang suka gunakan asid hyaluronik rupanya produk made in KL ni pun ada kandungan ni, Asid hyaluronik ni adalah kandungan yang boleh lambatkan proses penuaan sebab AH ni dia galakkan penghasilan kolagen dan serat elastin. AH ni sangat mudah meresap ke dalam permukaan bawah kulit sebab mempunyai molekul yang sangat halus untuk merawat dan memperbaiki kulit secara mendalam. Haritu I belajarlah juga mengenai Asid Hyaluronik ni kalau nak tahu ada lebih kurang 3-6 jenis jugalah. Setiap sapuaan Oh!MostWanted Look Magic Foundation ni boleh membentuk lapisan kedua untuk kulit dimana ianya bertindak meningkatkan kelembapan dan mengembalikan keseriaan wajah untuk kompleksi kulit yang lebih lembut dari sebelumnya.


2 warna kod Natural 01(Light) dan Natural 02(Mocha)
Penggunaan Titanium Dioxide (SPF 50) didalam Oh!MostWanted Look Magic Foundation ni boleh menapis UVA dan UVB yang tinggi serta merupakan pelindung matahari yang sesuai untuk masalah kulit sensitif sebab sejenis formula yang lembut formulanya. Bertindak juga untuk mencegah penuaan serta pigmentasi akibat dari sinaran cahaya matahari yang berlebihan.

Oh!MostWanted Look Magic Foundation ada kandungan vitamin C 100% organik iaitu Ascorbyl tetraisopalmitate merupakan kandungan anti-oksida yang tinggi untuk melawan radikal bebas serta mencegah penuaan sel dengan menghalang 'cross-linking' kolagen, pengoksidaan protein, dan pembentukan lipid.

Dalam Oh!MostWanted Look Magic Foundation pun ada ekstrak Chamomile atau nama saintifiknya Bisabolol sejenis bunga yang mempunyai kandungan antikongestan yang kuat untuk menenangkan dan mengurangkan iritasi pada kulit dan ianya sangat bagus untuk kulit yang sensitif lebih-lebih macam kulit I yang banyak parut jerawat, kemerah-merahan dan cepat berpeluh !

Kandungan anti mikrobial seperti Alkyl Benzoate mampu merawat dan mencegah pertumbuhan jerawat yang banyak manakalan asid stearic sangat bagus untuk menyingkirkan kotoran, mengurangkan peluh dan sebum yang berlebihan.

Hasil Makeup I menggunakan Oh!MostWanted Look Magic Foundation Kod Natural 02
Kandungan formula yang I rasa sangat 'impressive' as a new user, ada 2 warna Natural 01 dan Natural 02 tapi warna kulit I lebih kepada 02 sebab 01 bagi I terlalu cerah dan I rasa sangar sesuai untuk yang berkulit cerah ala-ala chinese, but fret not, Natural 01 tu korang boleh guna as a highlight mode tapi kena pandai blend la kalau tak konpem nampak macam opera cina doh, haha ! Kalau tangkap gambar nampak macam tergantung je warna tu, tu sebab I ambil kod warna natural 02 sebagai warna selamat la, at least bila tangkap gambar tak adalah nampak pakai topeng. Hi hi hi But I harap ada lagi warna kod lain untuk semua jenis warna kulit. Tak semua sesuai dengan warna yang ditawarkan I rasalah but btw Natural 02 ni masuk pula dengan warna kulit I so far formula Oh!MostWanted Look Magic Foundation ni macam mengikut pula warna kulit lepas dah lama-lama dalam 30minit ke 1jam waktu tu muka dah start pecah minyak mungkin meresap kandungan Oh!MostWanted Look Magic Foundation tu.

So far bagi I memang not bad lah Oh!MostWanted Look Magic Foundation, trust me I memang pakai sejak dari hari pengenalan tu, travel pun memang sapu Oh!MostWanted Look Magic Foundation pada wajah I setiap kali lepas mandi pakai toner, pelembab dan serum. So far memang menganggumkan lah. Memang tak berminyak tapi I memang lock juga Oh!MostWanted Look Magic Foundation dengan loose powder supaya dia stay kekal. Memang boleh nampak kesan flawless, lepas tu liang pori nampak macma halus lah dari sebelum, memang I suka I suka and rekomended sangat untuk sesiapa yang nak mencari bedak asas yang ringan tapi very good coverage ! :)

Oh!MostWanted Look Magic Sponge ( RM25.00 )


Tak nak tipu you all yang I sebenarnya paling tak suka span macam ni walaupun I ada memiliki original beauty blender yang I hanya pakai sekali dua kali tiga kali boleh bilang dengan jari, tak tahulah kenapa, sebab I still prefer blending any liquid foundation guna yang jenis silikon, entahlah tak pasti kenapa tapi memang I suka silikon sebab dia tak menyerap bedak asas tu masuk ke dalamnya mungkin sebab I ni bukan MUA yang sejati, I percaya yang kebanyakan MUA memang suka pakai span jenis ala-ala tear drop ni. Tapi jangan korang terkejut yang Oh!MostWanted Look Magic Blender ni OK untuk menjadikan aplikasi bedak asas dan bedak loose powder nampak sekata dan 'well-blending' tanpa kesan capuk. Bila baca description dia cakap span ni boleh membantu untuk mengurangkan pembaziran  makeup. Fuh sebab kes I, I masih belum cuba lagi Oh!MostWanted Look Magic Blender ni sebagai aplikasi untuk Oh!MostWanted Look Magic Foundation. Okay nanti I cuba lah untuk tengok hasilnya Oh!MostWanted Look Magic Blender.

Tapi memang bila picit-tekan Oh!MostWanted Look Magic Blender ni memang rasa macam marshmallow je sangat fluffy dan boleh dijadikan alat sebagai latihan untuk tangan pam darah ke jantung. Huhuh.

Merah atau Biru, you marah I  you :)

Bagi I reka bentuk 'teardrop' Oh!MostWanted Look Magic Blender ni dah common macam span-span lain dari murah ke mahal cuma warna nya sahaja yang menyerlah biru dan merah. Reka bentuk 'teardrop' memang sangat sesuai untuk sapuan bedak asas pada pipi, yang hujung kecil untuk bahagian bawah mata, bahagian bawah bulu kening, untuk buat shading hidung, dan boleh tutup bahagian jerawat yang baru nak tumbuh.

I rasa kalau you all nak cari beauty blender tapi tak mampu beli yang harga original yang mahal korang boleh cuba sendiri Oh!MostWanted Look Magic Blender, memang sangat berbeza dengan yang fake beauty blender lain. Lagipun harga ni sangat mampu dan murah juga lah I rasa hanya RM25 which is korang boleh pakai sampai hancur mungkin up to 1 month gitu.

Dari segi packaging I rasa memang sangat TRENDY ! Dah macam ala-ala pop art je warna yang ceria ni. I rasa ianya lebih memberikan 'attraction' untuk gadis remaja instead of wanita yang berumur. Tapi kalau yang masih berjiwa muda memang I sangat rekomen Oh!MostWanted Look inspirasi dari dunia fantasi yang comel Nora Danish. Once again Tahniah untuk Kosmetik Line yang sangat awesome ni !

Lepas ni akan keluar item produk yang lain seperti Pro-FACE-sional Power Powder iaitu sejenis bedak yang mempunyai SPF35 mampu memberikan coverage pada kulit dengan kemasan satin.  Pro-FACE-sional : Fault-Less foundation kandungan SPF50 sejenis bedak asas yang buat muka korang akan nampak camera-ready so kalau ada Papparazzi tangkap gambar korang, korang tetap nampak macam retis dan juga I mist you & Make-up Poofer, I rasa ni macam setting sprat sebelum dan selepas korang makeup untuk buat makeup korang tahan lebih lama. Produk baru ni akan keluar seawal Januari 2018 jangan lupa nantikan tau !

Aksi preggy mom Nora Danish tetap nak nampak cantik walaupun hamil

Play Up advance telah menyenaraikan Oh!MostWanted Look sebagai produk kecantikan sebaris dengan 10,000 produk antarabangsa yang lain dan I dengar cerita yang Nora Danish tengah mengintai peluang untuk mengeksport Oh!MostWanted Look ke Indonesia, Thailand, Filipina dan beberapa negara Eropah dengan kerjasama rakan niaga strategik di sana.

Bagi korang yang teruja nak mencuba produk dari Oh!MostWanted Look inspirasi dari Nora Danish, korang boleh dapatkan Oh!MostWanted Look di farmasi yang terpilih, cawangan Play Up Advance, kedai online seperti MySmink, Beauty Browse dan PinkBoxCereal, rakan pengedar seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei atau di laman web rasmi www.ohmostwanted.com



Bagi pelajar, surirumah atau sesiapa yang nak jana income boleh juga jadi sebahagian team Oh!MostWanted Look !

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website : http://www.ohmostwanted.com/
Instagram : https://www.instagram.com/ohmostwantedlook/
Facebook : https://www.facebook.com/ohmostwantedlook/


You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸