Pakej Perkahwinan di The Space Shah Alam

5:39 PM

The Space Grand BallRoom

Bukan mudah sebenarnya untuk mencari lokasi yang strategik dan murah untuk sesebuah majlis perkahwinan. Mencari sesuatu yang luas dan selesa juga adalah penting untuk meraikan 2 merpati sejoli disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara tetamu yang hadir. Bagi yang masih tertanya-tanya dan tercari-cari pakej yang lengkap di sekitar area Shah Alam I boleh rekomen anda untuk membuat tinjauan di The Space Shah Alam dimana ialah boleh dikatakan sebagai Dewan Perkahwinan Ekslusif.

Surau di The Space Shah Alam boleh dijadikan ruang untuk pengantin menggunakannya sebagai tempat akad nikah sebab surau di situ memang sangat cantik kerana dikelilingi dengan air terjun buatan 'which is' memang tempat menarik dan boleh dijadikan kenangan ketika bergambar atau video. Manakala tetamu yang datang ke dewan ini berpeluang untuk membeli belah sebab ianya bersambung dengan pusat beli belah Space U8, lepas dah habis majlis apa lagi 'time for shopping' tak pun boleh tengok wayang juga.

Dewan Yang Luas mampu memuatkan 600 tetamu dalam 1 masa


Parking yang luas yang boleh memuatkan hampir 600 kenderaan dalam satu masa. Dewan juga boleh menampung sekitar 600 tetamu, mempunyai hawa dingin, audi visual dan sistem projektor, surau, tandas serta wifi percuma jadi senanglah untuk akses- mengakses photos antara satu sama lain jika kamera ada option untuk wifi.

The Space Grand Ballroom Shah Alam tidak terhad untuk majlis perkahwinan sahaja malahan ianya boleh ditempah untuk majlis korporat, pameran, konvokesyen, ekspo dan sebagainya dimana kemudahan yang ada di ruangan ini ditawarkan mengikut kesesuaian majlis anda.

Pilihan jenis nasi : Nasi minyak, hujan panas, nasi serai


Mengenai makanan pula, hidangan seperti 'nasi serai' ialah menu utama dimana anda boleh memilih menu ini untuk dihidangkan pada para tetamu selain daripada nasi beriani dan hujan panas.  Keunikan nasi serai adalah menu istimewa yang dicipta kerana ianya amat unik bukan sahaja pada warnanya bahkan ianya mempertengahkan konsep aroma tradisi yang digandingkan dengan daging dendeng istimewa dan menjadikan nasi serai bertambah enak untuk dinikmati. Menu kali ini dicipta khusus untuk majlis istimewa anda dari Katering Enak Rasa.

Ayam Goreng Berempah

Daging Kurma

Ayam masak merah

Kuih Muih Tradisi

Antara Tetamu yang hadir untuk menikmati makanan yang dihidangkan

Menu Utama The Space Shah Alam

Semua menu akan disediakan dan dimasak oleh Katering Enak Rasa. Anda boleh memilih pilihan jenis nasi, lauk pauk dan makanan sampingan seperti acar buah, papadom, buah-buahan, air kordial dan air mineral which is memang akan disediakan. Antara lauk yang anda boleh pilih :
  • Nasi Minyak / Beriani / Hujan Panas / Serai (80%)
  • Nasi Putih (20%)
  • Ayam Beriani / Masak Merah / Madu / Goreng Berempah / Daging Kurma / Rendang Minang / Palembang / Dendeng / Sambal Sotong / Fish Fillet (50%)
  • Dalca Pisang Muda dan Mangga / Dalca Sayur
  • Acar Buah
  • Papadom
  • Buah-buahan (3 jenis)
  • Air kordial
  • Plain Water
Menu Makan Beradab

Untuk Merpati dua sejoli dan ahli keluarga, anda dapat menikmati makanan yang istimewa dari selain menu pilihan seperti :
  • Ikan Siakap / Bawal Masam Manis / Tiga Rasa
  • Udang / Sotong Goreng Tepung Berhias
  • Ayam Golek / Percik
  • Gubahan Buah-buahan
  • Fruit Punch / Air Mineral
Andaman dari Rins Suzana Wedding & Event

Andaman
Pakaian pengantin sentuhan daripada Rins Suzana Wedding & Event akan diberikan 1 kali make up, sepasang busana pengantin lelaki dan wanita.

Dekorasi Dewan ( Sedia Ada)
Anda tidak perlu pening lalat lagi mengenai dekorasi sebab dewan ni memang akan diberikan sentuhan oleh Rins Suzana Wedding & Events khas untuk pelamin pilihan anda siap sekali dengan entrance arch deco dan walkaway termasuklah dekorasi meja makan beradab. 

Kelengkapan Katering
Anda akan diberikan 4 VIP Dome, peralatan sajian lengkap dan pramusaji beruniform selain daripada makanan.


Untuk maklumat lanjut atau nak book, anda boleh tengok dekat website, Facebook atau Instagram The Space Grand Ballroom, The Space U8 Shah Alam.

The Space Grand Ballroom
A1-1-G, Space U8,
No. 6, Persiaran Pasak Bumi,
Tmana Bukit Jelutong, Seksyen U8,
40150 Shah Alam, Selangor
info@thespace.com.my
019-250 7770 / 019-250 7779

Cik Nurul Afni 0122374867
Tuan Haji Aidil 0162580734
Puan Hajjah Salmi 0102250734

Landmark
Space U8 Shopping Mall


You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸