2 Hari 1 Malam bersama The butterfly Project X Traveloka di The KL Journal
2 Hari 1 Malam bersama The butterfly Project X Traveloka di The KL Journal
1:38 PMThe Kuala Lumpur Journal |
The Kuala Lumpur Journal bahagian lobi khas untuk kaki Instagrammer |
I sampai roughly dalam pukul 10 pagi sebab I dah packed pakaian I dalam luggage 2 days before, I takut kalau lambat packing takut tercicir macam-macam. hehe. Sekarang ni I memang praktis pergi mana-mana mesti sampai ON TIME sebab laki aku dok bising orang yang selalu datang lambat ni macam tak ada etika, huhuhu kau rasa tak #sentap ke bila orang dok cakap kau selalu lambat, boleh jatuh reputasi gitu, sama la macam blogging, mesti ada durasi kan, so kena lah tepati baru lah boleh jadi insan yang cemerlang, terbilang dan gemilang. heheh.
My Roomate dan Jiran Roomate I Aiin Baharom & Rosni |
Big Boss The KL Journal |
The KL Journal ni adalah sebuah hotel butik yang dikatakan sangat bergaya dan berlokasi di kawasan yang sangat strategik didalam Kuala Lumpur. Direka dengan suasana dan konsep yang menarik untuk mengimbau kembali kenangan lama, kalau you all masih setiap tingkat dalam The KL Journal ni mesti ada gambar-gamba yang menarik dari zaman 90 an lagi. Kalau malam-malam korang nak lepak kat area Bukit Bintang, korang jalan kaki tak sampai 3 minit je dah sampai kot. Malam-malam pun kedai masih buka. Kedai cenderahati pun buka sampai 24 jam. Banyak tawaran istimewa dari The KL Journal, ada 'open mic' korang boleh menyanyi, ada hub, ada bar, ada tempat makan, ada gym, ada kolam, semua adalah, dan paling best view memang cantik dan menarik ! So memang I rekomen sangat korang stay sini kalau nak akses segala kemudahan. Walaupun saiz bilik yang kecil tapi dekorasi buat mata tak jemu memandang di setiap sudut.
Guna aplikasi Traveloka untuk percutiaan lebih indah |
Dalam web Traveloka korang boleh book dengan mudah just cari destinasi atau nama hotel yang korang nak pergi nanti dia akan bagi recommendation yang mana paling murah dan korang boleh buat perbandingan harga.
Traveloka juga ada buat plan untuk Maybank Installment, mungkin sesuai untuk mereka yang nak travel tapi kena bayar bulan-bulan lah. Untuk I tak rasa I boleh committed untuk bayar bulan-bulan hehe. Selain itu korang boleh bayar secara kad kredit, kad debit, Internet banking atau 7-Eleven tanpa upah transaksi.
Kenapa korang kena tempah dengan Traveloka ?
Sebab harga yang ditetapkan termasuklah cukai dan yuran bayaran, Traveloka akan memastikan hari-hari harga tetap rendah dan juga Deal ekslusif yang baik punye dalam aplikasi mudah alih. Traveloka juga mempunyai review yang original seramai lebih dari 2juta dari hotel guests dimana ianya akan membuatkan korang lakukan tempahan dengan keputusan yang tepat. Traveloka menawarkan jaminan untuk tinggal di hotel, dan jika berlaku permasalahan dalam tempahan anda, Traveloka akan rekomen hotel yang lebih kurang tanpa kos tambahan atau memulangkan kembali wang anda.
Setiap sudut Ruang The KL Journal khas untuk kaki Instagrammer !
First thought I tengok The KL Journal ni wow kecilnya tak semegah hotel lain sekali bila masuk setiap sudut memang menarik, kreatif dan I pasti kaki Instgrammer memang suka swafoto di setiap sudut, tapi paling best I dapat discovered hampir semua fasiliti yang disediakan. Kecil tapi worth sebab kau melangkah sekejap je dah sampai doh !
Kalau Level Lobi tu, ada prop The KL Journal dan bahagian makan-makan (breakfast, lunch dan dinner)
Level 1 ada meeting studios, business center, Gallery A&B dan Terrace Bar dan Grill, bahagian yang paling berlangsungnya aktiviti The Butterfly Project x Traveloka.
Level 10 ada gym manakala level 11 ada Infinity Swimming Pool !
I hafallah sebab I dengan Kak Aiin pergi gym Sabtu dan Ahad Pagi kot hihihi !
Makan-makan ringan di Level 1 |
Makan-makan bahagian Restoran The KL Journal Level bawah sekali |
Sesi bergaya sakan di Kedai Kopi The Journal |
'T' Time untuk ladies ! Kenapa Grace kat belakang tu haha ! |
Sila diam ketika ada meeting ya ! |
Level 1 Terrace Bar & Grill tempat lepak yang aku rasa bergaya doh dengan susunan bantal kuning biru. |
Lepas tu ada game elektrik apa tah, hahah yang ni kelakar gilos, sape sebaris dengan Tammy awal-awal memang kurang luck doh ! Tapi bila kitaorang exchanged lines baru barisan dorang menang 2x. Hahahha ! Apa pun memang syoklah game macam ni barulah masing-masing tak bawa diri semua bekerja dalam pasukan.
Tart isi coklat memang favorite doh ! |
Ais Krim Potong pun ada ! |
Makanan sihat-sihat macam buah-buahan ni memang Kupu-kupu konpem makan ! |
Coklat fountain yang menggoda ! |
Menu Lunch I Marshmellow, nachos, keropok, salad, dan jeruk bawang. |
Signature Grill Beef Wagyu Burger |
Bergaya di setiap sudut dalam The KL Journal bersama Signature Grill Beef Wagyu Burger |
Sesi melepaskan kupu-kupu ke angkasa !
Kupu-kupu yang cantik ni sebenarnya memang sayang nak lepas sebab cantik sangat-sangat |
Pengasas TBS melepaskan semua kupu-kupu ni biar depa terbang ke udara huhuh |
Satu kupu-kupu melekat pula, maknanya I bakal jadi da bomb ke in da future ? |
Reka bentuk kad akses bilik yang elegan bersama kupu-kupu menanti hayat terakhir |
Kelas WORKSHOP Black Milk Project
Suka tengok Welcoming Sign ni sangat cantik ! |
Black Milk Project ialah komuniti yang membantu seseorang untuk mengasah bakat kreativiti setiap artis tempatan dan juga peseni kraf dimana anda boleh berkoloborasi, bereksperimentasi dan berkenalan antara artis -artis lain. Ianya merupakan satu platfom untuk mempertengahkan inspirasi, imaginasi yang perlu diteroka dan juga kemungkinan tanpa batas.
Antara hasil seni yang dihasilkan dengan menggunakan Warna Air |
Dan kenapa mesti black milk projects sebab komuniti sangat sukakan benda yang aneh dan pelik. 10% susu dan 90% keseronokan, komuniti ni menjual seni dan bukannya susu, and semuanya sangat cool dowh ! haha comelnya komuniti ni punya visi. heh.
Kalau korang nak tahu Black Milk Project ni diasaskan oleh Wei Tieng semenjak dari tahun 2013 lagi, semua hasil seni yang dihasilkan merupakan padang kreatif dimana Wei Tieng ni mempunyai kawan imaginasi yang boleh datang ke dunia realiti dan unikorn warna warni yang boleh terbang, sounds creepy dowh tapi awesome sangat !
Black Milk Project juga mempunyai pasukan yang suka bermimpi tentang keindahan iaitu :
Tom ( The Strong Man ), Flora ( The Miniature ), Liyana ( The Happy Pill ) dan juga Min Yang ( Studio Directory). Kalau korang nak kenal lebih lanjut pasukan Black Milk Project korang boleh pergi ke blackmilkproject.com tau !
Sentiasa bajet macam aku yang lukis |
Belajar teknik asas sebelum buat rekaan |
Not bad rupanya tak susah tapi sebenarnya stress juga nak dapatkan warna lembut dan gabung warna |
Hasil lukisan I haha, Okay cantik juga sebagai pelajar yang masih baru dengan warna air |
Free TIME !
Lepak dekat GYM 20-30 minit sebelum Dinner |
Walaupun GYM ni kecil tapi aku dapat bakar kalori memang seronok je bila terasa lemak dah macam cair je bawah kulit tu. Hahaha
View Bukit Bintang Dari GYM The KL Journal ! |
Baru lepas pergi GYM pun masih nampak gemok, apa pun tak boleh :( |
Menu makanan I sangat rekomen korang try yang soup tu ! Memang sedap ! :) |
Sesi Tukar Hadiah ! Thanks Kak Aiin kasi makanan kesihatan ;) |
Bahagian wajib untuk tangkap gambar kalau di The KL Journal ni ( abaikan kaki gebus gebas tu ) |
Bilik 307
Bilik I dengan Kak Aiin, masa nak masuk duh pintu tak boleh buka duh, lepas tu kitaorang jadi panik nape tak leh buka pintu, sampai Intan siap mejerit kat kitaorang, ' macam tak pernah tinggal hotel,' sentap siot tapi memang pintu tu ketat sampai 'house keeping' pun cakap kat kitaorang pintu bilik ni memang ketat sikit time tu I dah berdoa la, biasalah masuk bilik hotel kita mana tahu kan apa yang menghuni dalam bilik tu, dan-dan je jadi cerita hotel seram pula dah haha ! Tapi lepas dah dapat buka pintu dapat tengok bilik rasa lega dowh !
Ada buku 555, haha a.k.a buku kutip hutang |
Almari boleh nampak dalam nampak simple dan moden ! |
Katil deluxe kitaorang I tidur mengadap wardrobe, Kak Ain megadap pemandangan |
Malam-malam benda ni la kitaorang dok lagha haha |
Dah ada jam pun tidur lewat bangun lambat ! Hi hi hi |
Aku dok rajin panaskan air, hihih biasalah kena minum air suam banyak nak maintain cantik |
Level 3, gambar stamp zaman dulu kala ! |
Seronok sangat berborak sampai tak hingat dunia, lepas tu I ngan Kak Aiin pun keluar berjalan-jalan ke Bukit Bintang bersama-sama dengan Berry dan Farah tapi tak lama pun sebab Farah dan Berry kurang selesa berjalan lewat malam. Depa seram tengok manusia yang melepak dekat Bukit Bintang tu huhuhu. Jadi I ngan Kak Aiin pun decided nak singgah bilik dulu huhuh.
Dah tiba masa tidur, dah tertidur sekejap tapi tak tahu nape aku terjaga la pula lewat pagi tu lebih kurang 2-3 pagi sebab aku terdengar bunyi pintu tertutup dengan bunyi dinding, jadi aku seram doh, apa lagi aku pun kejut Kak Aiin, haha ! Nasib baik Kak Aiin pun layan je la, dia siap youtube Tae Yang dowh ! Hahahah sampai lah pukul 4 pagi masing-masing tidur tak sedar diri. Lepas tu masing-masing bangun kol 8 pagi, Subuh pun kelaut. Hahhaha ! Tapi aku saspek ramai je kupu-kupu bangun lambat konpem malam-malam pergi cucuk bintang !
Final Cek Kolam Renang Infiniti level 11 ( time ni pukul 11malam tak leh mandi sebab dah tutup ) |
Seperti yang dimaklumkan, I dengan Kak Aiin masing-masing bangun pukul 8 pagi ! Haha terror tak kitaorang? Once dua-dua dah bangun dua-dua mandi sepantas flash ! And then kitaorang turun bawah and makan breakfast. Bila dah lapar semua jadi sedap hihihi.
Keju tapi ni Kak Aiin punya breakfast hehe |
I makan salad only hehe heheh |
Staycation kali ni memang seronok sebab I banyak gunakan masa untuk Me Time, relaxing sambil menikmati pemandangan di Kuala Lumpur. Korang kalau dah baca blog I memang mesti rasa nak pergi The KL Journal, Kalau nak tempah bilik kat sini jangan lupa tempah melalui aplikasi Traveloka tau !
Aktiviti untuk hari terakhir, berenang sambil melihat pemandangan Bukit Bintang Kuala Lumpur di kolam renang Infiniti, ketinggian 1.2 m. Sesuai lah untuk kanak-kanak di atas 120 cm berenang dan pastikan kanak-kanak di bawah pengawasan ibu bapa tau ! :)
Relaxing dalam air sambil melihat angkasa biru. Waktu ni memang enjoy dan dapat lepaskan stress, tapi I suggest nak mandi dekat kolam renang ni mohon sebelum pukul 11, sebab tengahari terik better jangan ambil risiko nanti kulit terbakar haha !
Dah habis berenang tak habis lagi nak selfie, so sebelum keluar dari The KL Journal ni memang swafoto habis-habisan sebab Big Bos cakap kalau gambar korang menarik nanti dia bagi lagi hadiah staycation untuk yang kreatif dalam Instagram tau, hopefully ada rezeki menang hihih !
Amacam, best tak cerita I tentang 2 Hari 1 Malam bersama The butterfly Project X Traveloka di The KL Journal. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai aktiviti, tempat dan komuniti ni sila klik pada link tau.
Komuniti The Butterfly Project :
Website : http://www.butterflyproject.my/
Facebook : https://www.facebook.com/ButterflyProjectMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/butterflyproject.my/
Traveloka :
Website : https://www.traveloka.com/
Facebook : https://www.facebook.com/TravelokaMY/
Instagram : https://www.instagram.com/travelokamy/
The KL Journal :
Website : http://www.kljournalhotel.com/
Facebook : https://www.facebook.com/thekljournal/
Instagram : https://www.instagram.com/thekljournal/
Black Milk Project :
Website : https://www.blackmilkproject.com/
Facebook : https://www.facebook.com/BlackMilkProject/
Instagram : https://www.instagram.com/blackmilkproject/
Till we meet again guys !
Syafiera