Koleksi Haruman Angeli dari Forestry Oudh |
Baru-baru ni I rasa bertuah dapat menghadiri sebuah majlis pelancaran minyak wangi Angeli dari Forestry Oudh. Koleksi Angeli ni terdiri daripada 10 produk yang I rasa korang mesti suka. I tak boleh resists dengan haruman dari Forestry Oudh ni sebab memang kena dengan jiwa I. I ni jenis suka haruman yang lembut dan menenangkan kepala otak I heh.
Angeli Autumn Sky 2017 Pour Elle ( EDP ) Angeli Autumn Sky 2017 Pour Homme (EDP) Saiz Poket |
Angeli Autumn Sky 2017 Losyen Badan dan Tangan |
Angeli Autumn Sky 2017 Bath Bomb |
Angeli Autumn Sky 2017 Bar Sabun |
Minyak Badan Angeli Autumn Sky 2017 |
Buatan minyak Esential pilihan sendiri |
Yang pertama I mixed :
80%, 10% creamy sandalwood, 10% white flower
Yang Kedua I mixed :
Fruits, Sweet Floral Sparkling Lavender
My Husband I tak pasti dia mixed dengan apa tapi memang ada bau maskulin la.
Tapi time tu ada 6 pilihan minyak esential untuk disebatikan seperti :
1. Fruits
2. Sweet Floral
3. Sparkling Lavender
4. White Flower
5. Vanilla
6. Creamy Sandalwood
Yang ini ialah Perfumer, Abdullah Al-Roman, so far beliau banyak membantu semasa I membuat pilihan haruman untuk diri sendiri. Cucu cicit generasi yang keempat dari Royal Perfumer untuk dinasti Moghul dimana telah dilatih untuk mengenali bahan alam semulajadi dan juga minyak esential yang asli sejak dari umur 10 tahun. Telah mempunyai pengalaman bekerja dengan beberapa jenis oudh dan haruman yang unik dimana sumber kebanyakannya telah menjadi kurang seperti ambergris, kasturi dan juga civet.
Sekitar Majlis Pelancaran Produk Angeli dari Forestry Oudh
Ada tarian ballet memang sangat lembut je tarian lemah gemalai ni |
Eshamael Rao Soosay Dass - Pengasas bersama Syarikat Kumpulan Forestry |
Eshamel juga mempunyai minat yang tinggi di dalam pertanian, penanaman semula serta pemeliharaan tanah telah menjadikan beliau mempunyai pengalaman selama 15 tahun di dalam pelaburan harta dengan pengurusan aset antarabangsa di United Kingdom, Kanada, Singapura dan juga Hong Kong sebelum mengasaskan Syarikat Kumpulan Frostery..
Dato' Dr Jalaluddin Harun, Ketua Pengarah Lembaga Industri Kayu Malaysia |
Kalau you all nak tahu pohon gaharu pada tahun lalu lebih kurang RM15 million dimana kayu dan produk kayu dibeli dengan jumlah RM14billion secara domestik dan juga eksport antarabangsa. Dengan harapan untuk meluaskan lagi empayar kayu gaharu ni semoga kumpulan Forestry dapat menyumbangkan lagi eksport gaharu melalui penjualan jenama produk Angeli.
Kayu gaharu adalah pohon yang dikatakan agak mahal lebih-lebih lagi bahan mentah yang dijual hampir $50,000 USD untuk 1 kilogram. Koleksi Angeli menggunakan minyak esential yang dituai dari pokok gaharu dari Malaysia.
Oudh tu dikenali sebagai bahan yang kaya dengan anti-oksidan, anti-penuaan, anti-stress, anti-mikrobial, anti asthmatic dan kebaikan aphrodisiac. Secara saintifik, minyak oudh adalah kekal dimana harumannya dikatakan boleh tahan lama pada kulit.
Pemain Muzik Saxophone menjadikan suasana lebih romantik |
Terdapat lebih kuran 17 produk penjagaan kulit yang dibuat secara buatan tangan dimana nama produk diberi sempena tempoh penuaian iaitu koleksi pertama Angeli Autumn Sky 2017.
Koleksi artisanal yang ekslusif termasuklah Oudh-based EDP untuk lelaki dan wanita, produk kecantikan dari alam semulajadi seperti bar sabun, gel mandian, bom mandian, minyak pelembab badan, semburan badan, losyen badan dan tangan serta skrub garam dan lumpur.
Bom mandian Angeli seperti Frankicense, Lavender dan Bergamot |
Gel Mandian dengan sebatian fougere dan limau purut |
Angeli Autumn Sky 2017 Pour Homme ( EDP ) Saiz Besar |
Losyen Badan dan tangan serta Semburan badan |
Gel Mandian dan Minyak Lembapan Badan |
Angeli Autumn Sky 2017 Skrub Garam |
Ariza Norhalim menegaskan bahawa Koleksi Angeli merupakan koleksi edisi terhad sebab minyak oudh ni menjadi matang dan berubah mengikut masa dan perubahan suhu badan tu sebablah minyak esential oudh ni sangat unik. Paling menarik produk Angeli ni bebas dari SLS dan Parebens iaitu sejenis makhluk kimia yang bahaya untuk kulit dan kesihatan. Kesemua produk Angeli dihasilkan secara buatan tangan sebab kalau pakai mesin dan proses panas akan menghilangkan semua kebaikan dalam minyak esential ni.
Angeli jenama produk minyak esential ni memang sangat manis dan unik, so far I memang suka minyak esential ni memang menepati citarasa I.
Produk Angeli boleh di dapatkan di www.angeliessentials.com.my harga dari RM35 sehingga RM350.