Koleksi Haruman Angeli dari Forestry Oudh |
Baru-baru ni I rasa bertuah dapat menghadiri sebuah majlis pelancaran minyak wangi Angeli dari Forestry Oudh. Koleksi Angeli ni terdiri daripada 10 produk yang I rasa korang mesti suka. I tak boleh resists dengan haruman dari Forestry Oudh ni sebab memang kena dengan jiwa I. I ni jenis suka haruman yang lembut dan menenangkan kepala otak I heh.
Angeli Autumn Sky 2017 Pour Elle ( EDP ) Angeli Autumn Sky 2017 Pour Homme (EDP) Saiz Poket |
Angeli Autumn Sky 2017 Losyen Badan dan Tangan |
Angeli Autumn Sky 2017 Bath Bomb |
Angeli Autumn Sky 2017 Bar Sabun |
Minyak Badan Angeli Autumn Sky 2017 |
Buatan minyak Esential pilihan sendiri |
Yang pertama I mixed :
80%, 10% creamy sandalwood, 10% white flower
Yang Kedua I mixed :
Fruits, Sweet Floral Sparkling Lavender
My Husband I tak pasti dia mixed dengan apa tapi memang ada bau maskulin la.
Tapi time tu ada 6 pilihan minyak esential untuk disebatikan seperti :
1. Fruits
2. Sweet Floral
3. Sparkling Lavender
4. White Flower
5. Vanilla
6. Creamy Sandalwood
Yang ini ialah Perfumer, Abdullah Al-Roman, so far beliau banyak membantu semasa I membuat pilihan haruman untuk diri sendiri. Cucu cicit generasi yang keempat dari Royal Perfumer untuk dinasti Moghul dimana telah dilatih untuk mengenali bahan alam semulajadi dan juga minyak esential yang asli sejak dari umur 10 tahun. Telah mempunyai pengalaman bekerja dengan beberapa jenis oudh dan haruman yang unik dimana sumber kebanyakannya telah menjadi kurang seperti ambergris, kasturi dan juga civet.
Sekitar Majlis Pelancaran Produk Angeli dari Forestry Oudh
Ada tarian ballet memang sangat lembut je tarian lemah gemalai ni |
Eshamael Rao Soosay Dass - Pengasas bersama Syarikat Kumpulan Forestry |
Eshamel juga mempunyai minat yang tinggi di dalam pertanian, penanaman semula serta pemeliharaan tanah telah menjadikan beliau mempunyai pengalaman selama 15 tahun di dalam pelaburan harta dengan pengurusan aset antarabangsa di United Kingdom, Kanada, Singapura dan juga Hong Kong sebelum mengasaskan Syarikat Kumpulan Frostery..
Dato' Dr Jalaluddin Harun, Ketua Pengarah Lembaga Industri Kayu Malaysia |
Kalau you all nak tahu pohon gaharu pada tahun lalu lebih kurang RM15 million dimana kayu dan produk kayu dibeli dengan jumlah RM14billion secara domestik dan juga eksport antarabangsa. Dengan harapan untuk meluaskan lagi empayar kayu gaharu ni semoga kumpulan Forestry dapat menyumbangkan lagi eksport gaharu melalui penjualan jenama produk Angeli.
Kayu gaharu adalah pohon yang dikatakan agak mahal lebih-lebih lagi bahan mentah yang dijual hampir $50,000 USD untuk 1 kilogram. Koleksi Angeli menggunakan minyak esential yang dituai dari pokok gaharu dari Malaysia.
Oudh tu dikenali sebagai bahan yang kaya dengan anti-oksidan, anti-penuaan, anti-stress, anti-mikrobial, anti asthmatic dan kebaikan aphrodisiac. Secara saintifik, minyak oudh adalah kekal dimana harumannya dikatakan boleh tahan lama pada kulit.
Pemain Muzik Saxophone menjadikan suasana lebih romantik |
Terdapat lebih kuran 17 produk penjagaan kulit yang dibuat secara buatan tangan dimana nama produk diberi sempena tempoh penuaian iaitu koleksi pertama Angeli Autumn Sky 2017.
Koleksi artisanal yang ekslusif termasuklah Oudh-based EDP untuk lelaki dan wanita, produk kecantikan dari alam semulajadi seperti bar sabun, gel mandian, bom mandian, minyak pelembab badan, semburan badan, losyen badan dan tangan serta skrub garam dan lumpur.
Bom mandian Angeli seperti Frankicense, Lavender dan Bergamot |
Gel Mandian dengan sebatian fougere dan limau purut |
Angeli Autumn Sky 2017 Pour Homme ( EDP ) Saiz Besar |
Losyen Badan dan tangan serta Semburan badan |
Gel Mandian dan Minyak Lembapan Badan |
Angeli Autumn Sky 2017 Skrub Garam |
Ariza Norhalim menegaskan bahawa Koleksi Angeli merupakan koleksi edisi terhad sebab minyak oudh ni menjadi matang dan berubah mengikut masa dan perubahan suhu badan tu sebablah minyak esential oudh ni sangat unik. Paling menarik produk Angeli ni bebas dari SLS dan Parebens iaitu sejenis makhluk kimia yang bahaya untuk kulit dan kesihatan. Kesemua produk Angeli dihasilkan secara buatan tangan sebab kalau pakai mesin dan proses panas akan menghilangkan semua kebaikan dalam minyak esential ni.
Angeli jenama produk minyak esential ni memang sangat manis dan unik, so far I memang suka minyak esential ni memang menepati citarasa I.
Produk Angeli boleh di dapatkan di www.angeliessentials.com.my harga dari RM35 sehingga RM350.
Jalur warna kuning tu tempat korang boleh cucuk ngan pisau heheh |
Hi sekarang tengah musim durian kan, ye ke ? Tak kisah lah janji dapat makan durian puaskan nafsu nak makan tu pun I dah rasa bersyukur sangat especially durian agak mahal di zaman Najib ni, kalau korang nak tahu ada durian yang 1 kelongsong nampak buruk sikit aku grab juga tapi dia kasi murah lah, ada haritu dia kasi RM2 Sebiji, lepas tu the next day pula ada gerai durian lain kasi RM 15 untuk 3 biji, bila tengok isi durian kampung memang kale pucat kan , tapi bila dah makan oh yeah sedap, 1 kelongsing tu sikit je ulatnya tapi isi dia banyak doh, jadi bagi aku sangat untung lah, boleh simpan buat tempoyak.
usually aku akan ambil durian kampung banyak sikit dan ambil satu durian yang mahal tapi bukan Musang King la, huhuh, durian 101 dan juga durian D24, isi pun kuning-kuning kan, jadi bila dah suka makan durian, aku sanggup doh beli janji dapat murah sikit dari harga asal dah rasa lega.
Kebun keluarga husband last year durian tak menjadi, mother in law aku cakap tahun ni bulan 8 Insha Allah durian berbuah, woah Aminnnnn harap banyaklah durian menjadi kali ni, best tu ! dapat merasa lah hehe.
Apa- apa pun Jom belajar cara nak kopek, kupas, potong atau buka durian khas untuk kaum wanita sahaja ! heehehhehe, korang boleh tengok video i pasted Okay :)
Actually ayat apa yang sesuai untuk korek durian ni, macam macam ayat aku guna pula kan.
Apa-apa pun tak semua orang dapat makan durian nowadays sebab haarga mahal sangat, kalau tak mampu nak juga makan durian boleh lah ambil yang orang kedai nak buang - itu lah yang berlaku pada aku sebenarnya, hahahah ! Lol ! Rezeki namanya ni.
Hari Ahad ni memang niat nak berjalan dengan family tapi hari yang agak panas ni buat hati meronta-ronta nak cari restoran boleh sejukkan jiwa dan raga, mula-mula dah lalu kat sini, husband tanya ada duit ke nak makan kat restoran ni nampak macam restoran agak mahal, hehe, tapi we all makan nasi depan kedai ni dulu dekat Pohon D'bamboo sebelum masuk sini.
Masa masuk memang menarik lah sebab dia punya restoran ala-ala kayu jati of course la menarikkan, dulu belum siap lagi jadi tak pergi singgah sini, tapi harini lalu lagi nampak dah siap so sis singgah tau !
Sebab apa nama dia Terra Pong, kalau ikut pemerhatiaan aku sebab di setiap penjuru restoran ni ada kolam ikan, dan belakang pun ada kolam ikan besar, jadi dalam kolam tu pun ada ikan lah, lol apa aku merepek ni, tu sebab lah restoran ni nampak terapung teringat aku dekat BABYLON tapi berhati-hati tau memang cantik dan menarik kolam ikan nya tapi anak aku jenis nak duduk je tepi kolam tu, aku pula fikir pasal makanan, nak makan tapi at the same time memang sangat risau anak aku terjun lak dalam kolam ikan tu, aku tanya staff kalau saiz badan aku memang dia boleh tenggelam nak tak nak. lepas order makanan, laki aku makan dulu dan aku makan kemudian, memang tak de istilah lah dapat makan sama-sama bersama husband, perangai budak-budak boleh mengspoilkan adegan romantik aku dengan husband, haha ! Fuh lega dapat released kan tekanan di sini.
Korang nak tengok gambar boleh click melalui album facebook ye, restoran ni open space jadi memang ada CCTV la, fuh mungkin aku termasuk dalam CCTV adegan aku cubit anak aku, lol, korang tahu tak dia kencing tak basuh lepas tu keluar dari bilik air dia tak pakai seluar, zzz, lepas tu dia baru terhegeh hegeh nak basuh tut tut dia, eh memang hangin terkena lah cubitan geram + manja nasib tak berbekas duh, ugh.
Aku rekomen kalau yang ada family nak makan-makan dan menikmati pemandangan yang cantik untuk makan kat sini tapi harga makanan dia mahal sikit lah mungkin harga untuk dekorasi restoran kot,
yang aku makan tadi
ABC : RM6
Keropok dan Kacang :RM5
Rojak Buah : RM6
Air mineral : Tak ingat harga
Air Kosong Ais sikit : tak ingat harga
Total semua tadi RM20 lebih untuk makanan ringan macam ni, tapi nak buat macam mana zaman Najib mana ada lagi makanan murah duh.
Dekorasi aku boleh kasi 5/5.
Makanan tak leh nak kasi rate sebab tak makan makanan heavy,
tapi yang ABC tu bukan taste aku sebab terlampau manis, lepas tu nampak tak menyelerakan :( Hmpph.
Kebersihan : Memang Bersih I kasi A
Security : Ada CCTV
Keselamatan yang lain : dapat anak yang jenis lasak memang ibubapa tak boleh nak mood honey moon ye sebab kena pastikan anak anak kecil sentiasa di sisi sebab kolam air tu takut anak korang dah tenggelam ditemani ikan je. hehehe.. so far kena gilir gilir tengok tengokkan anak.
Lagi satu I terkilan tengok kucing dalam sangkar, tadi cuaca sangat panas, I tengok kucing-kucing dalam sangkar tu macam terjelir lidah je, huhuh !
Apa pun rasa macam seronok tinggal dekat Hulu Langat dari Batu 9 sampai ke Gunung Nuang memang banyak kawasan yang menarik dan restoran yang sedap sedap ! Eh nanti nak kena buat TOP 10 restoran baik dalam area Hulu Langat.
Siapa taknak duit kan lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni ? Jadi sebenarnya banyak cara yang kita boleh buat untuk menjana ekonomi sendiri. Antara salah satunya ialah dengan menyertai contest. Contest apa ? Sebelum tu, jom kita ambil tahu mengenai produk yang I rasa agak menarik dan worth to try dari Wow Skin. I tengok dalam IG Timeline dah ramai user yang kongsikan mengenai set serum vitamin paling lengkap dalam Malaysia iaitu WOWSKIN ni.
Untuk I yang masih baru mengenali produk WOWSKIN ni I rasa agak teruja bila dapat tahu yang WOWSKIN ini ialah sejenis set serum yang mengadungi Vitamin A, B3, C, D dan E khas untuk menjadikan kulit lebih gebus gebas dan tidak kusam. Yang kenal I je tahu 'how much I addicted dengan sumber vitamins ni' sebab satu-satunya nutrisi yang sangat diperlukan oleh badan dan kulit. Kalau nak tahu sumber vitamins adalah sangat disarankan oleh pakar kulit termuka untuk diambil bagi setiap individu yang ingat sihat dan cantik.
Dalam 1 Kotak WOWSKIN ni terdapat 2 botol serum dimana 1 botol mempunyai kandungan sebanyak 15ml dan boleh digunakan sehingga 2-3 minggu mengikut kerajinan menyapu serum WOWSKIN pada kulit. Serum untuk siang dan serum untuk malam which I rasa sangat perfect untuk membantu merawat masalah kulit.
WOWSKIN Day Serum
Ianya mengandungi Vitamin B3, C dan juga E.Vitamin B3 ialah Anti-Redness yang sangat bagus untuk menghilangkan kemerahan akibat dari keradangan dan kulit yang berjerawat. Ianya juga adalah kandungan vitamin yang mampu menguatkan ketahanan sistem imun kulit wajah anda dan kaya dengan anti-oksida untuk mencegah kulit dari radikal bebas yang menjadikan kulit tidak sihat dan kusam. Kalau nak tahu pentingnya Vitamin B3 kulit adalah untuk menjadikan wajah tampak berseri secara semulajadi dan nampak lebih sihat.
Kandungan Vitamin C juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan penghasilan kolagen secara semulajadi dan memperbaiki tekstur kulit yang mengurutu malahan memastikan kelembapan kulit berada di tahap optimum.
Vitamin E pula membantu memudarkan kesan gelap pada wajah dengan berkesan, menegangkan kulit yang semakin kendur akibat faktor penuaan serta merawat masalah kulit terbakar akibat dari sinaran cahaya matahari yang terik.
WOWSKIN Night Serum
Night Serum ni pula mempunyai kandungan Vitamin A dan juga D dimana vitamin A sangat berkesan untuk melambatkan proses penuaan secara efektif, menjadikan kulit semakin lembut dan gebu, mencegah kekeringan dan mengurangkan kadar penghasilan sebum atau minyak pada kulit wajah,
Manakala Vitamin D memastikan sel kulit sentiasa diperbaiki pada kadar lebih optimumdan mengurangkan keradangan kulit yang dialami.
Antara 5 Sebab Kenapa Anda WAJIB Dapatkan DUIT PERCUMA Dari WOWSKIN :
- Modal dan Kos yang rendah serta boleh jana wang secara part-time atau full-time.
- Bebas bekerja dimana-mana yang penting anda hanya perlukan internet dan juga smart phone serta laptop. Hanya cari 'customer-target' especially gadis-gadis yang jenis suka menjaga kulit untuk nampak cantik dan gebus-gebas.
- Tidak perlu keluarkan duit yang banyak untuk mengambil order. Tapi anda umpama bekerja seperti perniagaan untung di atas angin dimana pembekal, penyimpan stok akan menghantar produk WOWSKIN kepada pembeli, jadi anda tak perlu pening kepala buat semua benda tu Memandangkan cara jualan lebih kepada 'dropshipping' jadi anda tak perlu untuk simpan stok, just jual secara online bagi details pelanggan serta 'submit order' kepada HQ..
- Boleh buat pada bila-bila masa dari pagi sehinggalah ke tengah malam yang penting kena rajin sahaja.
- Dapat duit boleh guna untuk membina empayar bisnes yang lebih besar, makin banyak korang submit order, lagi besar peluang untuk korang dapat jana wang secara percuma dari WOWSKIN!
Jadi bagi yang duduk rumah tidak bekerja, gunakan peluang ini sebaiknya untuk gain money, yang penting ianya halal, mudah dan tak banyak beban. Apa pun selamat berjaya ! :)
Kenapa mesti WOWSKIN ?
Memandangkan WOWSKIN kini dah banyak repeat-customer order sebab produk serumnya boleh dikatakan agak efektif dan berkesan. Antara testimoni yang berjaya mendapatkan kesan yang terbaik ialah :
A post shared by Serum No. 1 Malaysia (@wowskin.malaysia) on
DETAILS MENGENAI CONTEST #makeMONEYchallenge
Berikut merupakan details mengenai contest #makeMONEYchallenge ini.
Terma & Syarat CONTEST #makeMONEYchallenge :
1. WAJIB jual harga diskaun WOWSKIN (RM62 + RM8) = TOTAL RM70 per unit.
2. Wang RM70 WAJIB di transfer kepada HQ terlebih dahulu untuk memastikan tiada aktiviti yang tidak sihat seperti "MAIN HARGA".
3. Wang "SALES" peserta akan di pulangkan semula pada 30.01.2018.
4. RM8 postage yang di charge kepada pelanggan tidak akan di kembalikan kepada peserta.
5. Sales SAH bermula pada 01.01.2018.
6. Terbuka kepada semua warga negara Malaysia termasuk agen, dropship, dan stokis sedia ada.
7. Anda tidak perlu simpan stok, hanya submit order di sistem kami. HQ akan poskan serta update tracking no untuk anda.
8. Anda boleh promosi gunakan apa jua cara asalkan tidak menyalahi etika dan undang-undang.
9. Untuk video atau gambar WOWSKIN, anda boleh dapatkan di :
Website : http://www.wowskin.my/
Instagram : @wowskin.official
Fanpage: WOWskin HQ
#makeMONEYchallenge #wowskin #flawlesswithvitamins
10. Peserta harus mendaftar di link system OFFICIAL WOWSKIN : dropship.wowskin.my/register
11. Bagi yang pernah mendaftar dahulu, sila daftar semula pada link yang diberikan.
Packaging Oh!MostWanted Look memang sangat trendy, macam Pop Art dan Cute ! |
Bagi peminat makeup dan menjadikan Nora Danish sebagai sumber inspirasi dalam dunia kecantikan, ada berita baik untuk anda di mana Oh!MostWanted Look Look telah berada di pasaran hasil daripada pengalaman Nora melancong ke luar negara dan aspirasinya terhadap perkara-perkara yang cantik, youthful, cute dan sangat feminis.
I tak sangka finally I dapat meluangkan masa I dengan Nora sebab dari I sekolah menengah dulu I suka sangat menonton rancangan Puteri tu, I rasa dari situ kot Nora Danish ni popular, and time tu pun Sosial media paling famous pun Myspace sekitar I form 3 waktu tu 2005 kot. Time tu teringat kawan I dok jeles ngan dia haha ! Kelakar betul. Tapi memang kenangan jugalah lebih-lebih lagi time tu belajar dekat area Kajang. Lols. Cepat betul masa berlalu.
Oh!MostWanted Look Look bakal memasuki tahun ke 3 dipasaran dimana team Oh!MostWanted Look telah bertungkus-lumus melakukan kajian pasaran, market validation dan R&D selama 2 tahun dimana tahun 2018 merupakan tahun yang amat sesuai untuk fasa 'commercialization.'
Bagi I Nora merupakan seorang wanita yang bertuah kerana memiliki iras wajah seperti 'baby face' namun Nora tetap menjaga kecantikan wajahnya sejak dari kecil lagi no wonderlah wajah yang dimiliki semakin lama semakin tampak lebih muda dan 'cute' walaupun tengah hamil anak yang kedua.
So far Formula Produk Oh!MostWanted Look tidak mengecewakan ! |
Dan I pula sebagai seorang yang gila akan 'makeup' dan dunia kecantikan I tidak ketinggalan untuk menyaksikan sendiri majlis pengenalan produk Oh!MostWanted Look di Play Up Advance, Fahrenheit Kuala Lumpur. I berjaya mencuba kesemua rangkaian produk yang baru released ni kecuali Pout-fect lip cream #01, #02 dan #03. I perasan kod warna tu dalam instagram @OhMostWantedLook tapi tak pe la mungkin kalau dijual di Play Up I akan cuba dapatkan warna-warna yang I termissed tu.
Waktu acara pengenalan last time, I dapat mencuba 4 produk seperti Magic Wand, Magic Blender, 3 warna Pout-fect Lip Cream dan juga Magic Foundation with SPF 50. Beza antara yang mencuba dan tak mencuba tu memang banyak beza lah. Nanti I cerita one by one produk Oh!MostWanted Look I dah cuba ni.
Orang kuat produk Oh!MostWanted Look |
Kalau korang nak tahu produk Oh!MostWanted Look ni mempunyai kandungan yang diformulasikan oleh 2 orang rakan perniagaan Nora iaitu Dr Aina dan Dr Azri yang merupakan doktor aesthetic (kecantikan) dari Klinik Hana yang meletakkan produk keluaran syarikat Nora dalam kategori Cosmeuceutical atau lebih dikenali sebagai kosmetik dan farmasutikal itu sebablah produk Oh!MostWanted Look dikatakan mempunyai keunikan tersendiri untuk kegunaan harian. So sebagai duta kepada produk penjagaan kulit dan kecantikan selama 2 thaun Nora lebih banyak terlibat secara langsung di belakang tabir kerana masih terlibat dengan beberapa kontrak sebagai duta kepada produk penjagaan kulit dan kecantikan.
Magic Wand Oh!MostWanted Look ( RM139 )
Magic Wand 'roll and rejuvenate' ni merupakan produk aksesori Oh!MostWanted Look, mula-mula I kurang pasti apa fungsinya, I'm feeling Lucky yang Nora sendiri explained dekat I ianya berfungsi untuk re-shaping balik bentuk muka wajah tapi kena buat selalu. Cannot skip. Golek-golek je pada wajah, dan the best result kalau simpan magic wand dalam peti then rolling pada wajah.
Direka dengan 30 'massaging stones' yang membantu untuk mengurangkan masalah sembab pada mata dan dagu berlapis serta menjadikan kulit lebih anjal dan kelihatan awet muda. So far I baru cuba sekali, I rasa I kena beli satu untuk I sebab nak tengok sendiri kesan lepas golek-golek magic wand pada wajah I. Magic Wand ni boleh merangsangkan perjalanan darah dan menggalakkan penghasilan kolagen bawah kulit. Kulit kita ni sebenarnya kita kena stress kan sikit untuk kasi kolagen tu bawah kulit buat kerja kalau tak dia duduk diam je tu sebab kulit makin cepat berkedut sebelum usia. Tapi I taknak over-claimed just kasi pendapat je.
Nora cakap wajah I dah ada shape and then dia cakap kalau I golek lagi Magic Wand ni pada muka hari-hari nanti muka I nampak lebih cantik bentuknya. Magic Wand tak terhad penggunaan pada wajah tapi korang boleh golek-golek magic wand dibahagian lain seperti pipi, tangan, leher, tulang selangka, bahagian lengan, bahu dan bahagian priavate. Boleh juga untuk pecahkan lemak yang tersumbat bawh kulit pokok pangkalnya korang kena rajinlah golek-golek waktu korang rehat-rehat tengok movie tu. Kalau tak rajin memang tak jalan dan takkan nampak hasilnya pun. Nak cantik nampak awet muda korang kena rajin... faham tak.
Pout-Fect Lip Cream ( RM39 -RM117 )
Nora pegang set 2 (04,05,06) Dijual dengan RM117 satu set ada 3 |
Susunan Swatch I berbelit, Yang top #04, tengah #06, bottom #05 |
Kod #04 Marsh-Mallow |
Kod #05 Cinnamon |
Kod #06 Plum |
Magic Word untuk Pout-fect lip cream ialah itsealandheals, sambil buat bibir nampak cantik ianya juga bolehlah juga membantu merawat bibir supaya nampak sihat all the times. :)
Oh!MostWanted Look Magic Foundation ( RM 79 )
Kalau sesiapa pernah cuba formula produk ala-ala 'mousse' tu I rasa Oh!MostWanted Look Magic Foundation lebih kurang macam jenis tu la. Ada 2 warna kod Natural 01 dan Natural 02. Ada SPF50 kot maknanya dah tak payah nak guna 'sunblock' sebab Oh!MostWanted Look Magic Foundation ni bolehlah bantu 'prevent' muka korang dari terbakar akibat sinaran UV yang berbahaya pada kulit walaupun tak 100%, selain tu I ingat produk dari Korea je yang suka gunakan asid hyaluronik rupanya produk made in KL ni pun ada kandungan ni, Asid hyaluronik ni adalah kandungan yang boleh lambatkan proses penuaan sebab AH ni dia galakkan penghasilan kolagen dan serat elastin. AH ni sangat mudah meresap ke dalam permukaan bawah kulit sebab mempunyai molekul yang sangat halus untuk merawat dan memperbaiki kulit secara mendalam. Haritu I belajarlah juga mengenai Asid Hyaluronik ni kalau nak tahu ada lebih kurang 3-6 jenis jugalah. Setiap sapuaan Oh!MostWanted Look Magic Foundation ni boleh membentuk lapisan kedua untuk kulit dimana ianya bertindak meningkatkan kelembapan dan mengembalikan keseriaan wajah untuk kompleksi kulit yang lebih lembut dari sebelumnya.
2 warna kod Natural 01(Light) dan Natural 02(Mocha) |
Oh!MostWanted Look Magic Foundation ada kandungan vitamin C 100% organik iaitu Ascorbyl tetraisopalmitate merupakan kandungan anti-oksida yang tinggi untuk melawan radikal bebas serta mencegah penuaan sel dengan menghalang 'cross-linking' kolagen, pengoksidaan protein, dan pembentukan lipid.
Dalam Oh!MostWanted Look Magic Foundation pun ada ekstrak Chamomile atau nama saintifiknya Bisabolol sejenis bunga yang mempunyai kandungan antikongestan yang kuat untuk menenangkan dan mengurangkan iritasi pada kulit dan ianya sangat bagus untuk kulit yang sensitif lebih-lebih macam kulit I yang banyak parut jerawat, kemerah-merahan dan cepat berpeluh !
Kandungan anti mikrobial seperti Alkyl Benzoate mampu merawat dan mencegah pertumbuhan jerawat yang banyak manakalan asid stearic sangat bagus untuk menyingkirkan kotoran, mengurangkan peluh dan sebum yang berlebihan.
Hasil Makeup I menggunakan Oh!MostWanted Look Magic Foundation Kod Natural 02 |
So far bagi I memang not bad lah Oh!MostWanted Look Magic Foundation, trust me I memang pakai sejak dari hari pengenalan tu, travel pun memang sapu Oh!MostWanted Look Magic Foundation pada wajah I setiap kali lepas mandi pakai toner, pelembab dan serum. So far memang menganggumkan lah. Memang tak berminyak tapi I memang lock juga Oh!MostWanted Look Magic Foundation dengan loose powder supaya dia stay kekal. Memang boleh nampak kesan flawless, lepas tu liang pori nampak macma halus lah dari sebelum, memang I suka I suka and rekomended sangat untuk sesiapa yang nak mencari bedak asas yang ringan tapi very good coverage ! :)
Oh!MostWanted Look Magic Sponge ( RM25.00 )
Tak nak tipu you all yang I sebenarnya paling tak suka span macam ni walaupun I ada memiliki original beauty blender yang I hanya pakai sekali dua kali tiga kali boleh bilang dengan jari, tak tahulah kenapa, sebab I still prefer blending any liquid foundation guna yang jenis silikon, entahlah tak pasti kenapa tapi memang I suka silikon sebab dia tak menyerap bedak asas tu masuk ke dalamnya mungkin sebab I ni bukan MUA yang sejati, I percaya yang kebanyakan MUA memang suka pakai span jenis ala-ala tear drop ni. Tapi jangan korang terkejut yang Oh!MostWanted Look Magic Blender ni OK untuk menjadikan aplikasi bedak asas dan bedak loose powder nampak sekata dan 'well-blending' tanpa kesan capuk. Bila baca description dia cakap span ni boleh membantu untuk mengurangkan pembaziran makeup. Fuh sebab kes I, I masih belum cuba lagi Oh!MostWanted Look Magic Blender ni sebagai aplikasi untuk Oh!MostWanted Look Magic Foundation. Okay nanti I cuba lah untuk tengok hasilnya Oh!MostWanted Look Magic Blender.
Tapi memang bila picit-tekan Oh!MostWanted Look Magic Blender ni memang rasa macam marshmallow je sangat fluffy dan boleh dijadikan alat sebagai latihan untuk tangan pam darah ke jantung. Huhuh.
Merah atau Biru, you marah I ❤ you :) |
Bagi I reka bentuk 'teardrop' Oh!MostWanted Look Magic Blender ni dah common macam span-span lain dari murah ke mahal cuma warna nya sahaja yang menyerlah biru dan merah. Reka bentuk 'teardrop' memang sangat sesuai untuk sapuan bedak asas pada pipi, yang hujung kecil untuk bahagian bawah mata, bahagian bawah bulu kening, untuk buat shading hidung, dan boleh tutup bahagian jerawat yang baru nak tumbuh.
I rasa kalau you all nak cari beauty blender tapi tak mampu beli yang harga original yang mahal korang boleh cuba sendiri Oh!MostWanted Look Magic Blender, memang sangat berbeza dengan yang fake beauty blender lain. Lagipun harga ni sangat mampu dan murah juga lah I rasa hanya RM25 which is korang boleh pakai sampai hancur mungkin up to 1 month gitu.
Dari segi packaging I rasa memang sangat TRENDY ! Dah macam ala-ala pop art je warna yang ceria ni. I rasa ianya lebih memberikan 'attraction' untuk gadis remaja instead of wanita yang berumur. Tapi kalau yang masih berjiwa muda memang I sangat rekomen Oh!MostWanted Look inspirasi dari dunia fantasi yang comel Nora Danish. Once again Tahniah untuk Kosmetik Line yang sangat awesome ni !
Lepas ni akan keluar item produk yang lain seperti Pro-FACE-sional Power Powder iaitu sejenis bedak yang mempunyai SPF35 mampu memberikan coverage pada kulit dengan kemasan satin. Pro-FACE-sional : Fault-Less foundation kandungan SPF50 sejenis bedak asas yang buat muka korang akan nampak camera-ready so kalau ada Papparazzi tangkap gambar korang, korang tetap nampak macam retis dan juga I mist you & Make-up Poofer, I rasa ni macam setting sprat sebelum dan selepas korang makeup untuk buat makeup korang tahan lebih lama. Produk baru ni akan keluar seawal Januari 2018 jangan lupa nantikan tau !
Aksi preggy mom Nora Danish tetap nak nampak cantik walaupun hamil |
Play Up advance telah menyenaraikan Oh!MostWanted Look sebagai produk kecantikan sebaris dengan 10,000 produk antarabangsa yang lain dan I dengar cerita yang Nora Danish tengah mengintai peluang untuk mengeksport Oh!MostWanted Look ke Indonesia, Thailand, Filipina dan beberapa negara Eropah dengan kerjasama rakan niaga strategik di sana.
Bagi korang yang teruja nak mencuba produk dari Oh!MostWanted Look inspirasi dari Nora Danish, korang boleh dapatkan Oh!MostWanted Look di farmasi yang terpilih, cawangan Play Up Advance, kedai online seperti MySmink, Beauty Browse dan PinkBoxCereal, rakan pengedar seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei atau di laman web rasmi www.ohmostwanted.com
Bagi pelajar, surirumah atau sesiapa yang nak jana income boleh juga jadi sebahagian team Oh!MostWanted Look !
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website : http://www.ohmostwanted.com/
Instagram : https://www.instagram.com/ohmostwantedlook/
Facebook : https://www.facebook.com/ohmostwantedlook/