Wajah Cantik dengan Koleksi Makeup L'Oréal MAKEUP DESIGNER/Paris

3:14 AM


Sebagai seorang peminat makeup - I memang tak boleh terlepas langsung untuk menghadiri ke majlis pelancaran L'Oréal MAKEUP DESIGNER/Paris  pada May lalu dimana I telah memenangi 2 keping beauty passes from L'Oréal, jadi time to ROCK yah !

Dengan menggunakan Tag Line : "Don't just wear makeup, design your look with the new & innovative L'Oréal Paris Makeup Designer" ! telah menjadikan jenama ini amat dikenali ke serata pelosok dunia bukan hanya di Malaysia sahaja !

Dengan adanya koleksi makeup dari L'Oréal  ni, I boleh menghasilkan pelbagai jenis gaya dan rupa bentuk yang berlainan untuk wajah I dengan teknologi formula tekstur yang tidak pernah ada lagi untuk mencerminkan gaya Elegan Parisian.

Peminat Makeup boleh menggayakan personaliti mereka dengan debut L'Oréal MAKEUP DESIGNER/Paris  melalui warna dan menerajui seni alat solek melalui 3 aspek :
  1. L'architecture Du Teint ( Face Architect)
    • Di mana kulit dianggap seperti kain kanvas yang akan  ditata rias dengan warna.Wajah yang cantik tanpa cela akan kelihatan lebih menarik dimana ianya berseri dari dalam dengan pengunaan warna NUDE adalah sebagai tunjang utama dalam bidang fotografi.
  2.  L'art Du Regard ( Eye Artisty )
    • Biarkan mata berbicara dengan butiran yang canggih dengan makeup mata, penggunaan sentuhan Ultimate French akan memberikan kesempurnaan yang canggih dan mistik. Dengan penggunaan berus secara mahir, mata akan menjadi tampak lebih seksi dan "come alive" dengan sedikit langkah yang mudah.
  3.  La Obsession De La Couleur ( Color Obsession)
    • Dengan pelbagai warna lipsticks mampu membuatkan wajah anda cantik seperti The Quintessential Parisian dengan pengunaan teksture dan warna yang terang dan garang sekali gus menjadikan imaginasi anda lebih "wildest" gitu. Bentukkan bibir anda kemudian penuhinya dengan warna yang Meletop dan diikuti dengan gaya keyakinan yang bakal terserlah !
MAKEUP GENIUS oleh L'Oréal MAKEUP DESIGNER/Paris  juga telah berada di GOOGLE PLAY dan APP STORE untuk memudahkan anda mencuba produk L'Oréal MAKEUP DESIGNER/Paris  sebelum anda beli.  Banyak gaya yang boleh anda suaikan pada wajah anda seperti gaya selebriti yang popular iaitu Fan Bing Bing, Karlie Kloss dan ramai lagi !


Antara produk L'Oréal MAKEUP DESIGNER/Paris yang telah dijadikan sebagai Koleksi dalam Makeup Drawers I ! My current obsession of course the glam Shine Balm !

Produk L'Oréal MAKEUP DESIGNER/Paris yang ada Dalam Makeup Drawers I :
  • True Match Genius two way cake : G2 : Gold Porcelain
  • Cushion Glow Blush : P3 : Rose Affair
  • L’oreal Moist Matte Lipstick : Glamor fuchsia
  • L’oreal Moist Matte Lipstick : Black Cherry
  • L'Oréal color riche lipstick :109 : jardin pamplemousse
  • SUPERSTAR LINER IMPACT FELT LINER
  • Glam shine Balm : 102 : Juicy Grape

Jom Check more new products Revealed untuk L'Oréal MAKEUP DESIGNER/Paris, antaranya :

TRUE MATCH GENIUS TWO WAY CAKE, RM59.90


True Match Genius Two Way Cake ni available in 7 shades. Boleh dikatakan sebagai Smart Foundation yang menggabungkan 4 kebaikan dalam 1 ! Ianya melembutkan kulit wajah dengan hana satu sapuaan berbanding dengan bedak asas yang dalam bentuk cecair ! Menutup cela 100% dengan gabungan bedak asas, "concealer" namun ianya mempunyai 'powder-finishing' sekali gus menjadikan kulit wajah nampak sangat 'flawless' gitu ! Ianya sangat sesuai jenis kulit !

COLOR RICHE LA PALETTE NUDE, RM89.90


Wow L'Oréal MAKEUP DESIGNER/Paris  kini didatangi dengan La Palette Nude dengan 10 pigmen yang bermula dari tona yang cerah hingga ke gelap yang sangat sesuai untuk semua watna kulit wanita Asia ! A-MUST-HAVE item in your bag ! Terdapat 2 palet iaitu Nude dan Rose. Bentukkan mata yang Glamour dengan COLOR RICHE LA PALETTE NUDE yang di inspirasikan oleh L'Oréal MAKEUP DESIGNER/Paris.  Didatangkan khas dengan cermin dan berus kecil! Memang sesuai untuk dibawa travel !

SUPERSTAR LINER IMPACT FELT LINER, RM35.90


Jom bentukkan alis matamu seakan superSTAR dengan gaya yang terpesona yang direka khas oleh L'Oréal MAKEUP DESIGNER/Paris. Ianya seperti pen kaligrafi yang mempunyai tip yang sangat halus untuk memudahkan ianya bergerak dengan lancar pada alis mata dengan 'single movement' hanya 1 stroke dah membuatkan mata anda bulat dan menawan !

FALSE LASH SUPERSTAR MASCARA,RM58.90


Mascara ini mempunyai duo berus dan diformulasi untuk menjadikan bulu mata tampak seperti memakai bulu mata palsu dengan menggunakan langkah yang sangat mudah :
  1. Langkah pertama dengan menyapukan serum yang bewarna putih ke bulu mata sebagai asas utama untuk menebalkan dan memanjangkan bulu mata, ulang beberapa kali untuk mendapatkan bulu mata yang sempurna !
  2. Langkah kedua pula, sapukan beberapa coat bahagian warna hitam pada alis mata, ianya diformulasikan dengan kaya-fiber untuk menjadikan bulu mata lebih melentik !
Dengan menggunakan False Lash Superstar, mata anda akan  kelihatan lebih menggoda, LoL !


GLAM SHINE BALM, RM23.90

    Glam shine balm ni terdapat 3 warna yang sangat sweet but I lebih teruja dengan Juicy grape sebab warna purple kemerahan lebih sesuai kot dengan Warna darah I, LoL.  Ianya membuatkan bibir anda nampak seperti 'mouth-watering' dengan kilauan yang lembut. Glam shine balm ni mempunyai bentuk seperti crayon ! Ianya sesuai dibawa kemana-mana. Ianya sangat lembut pada bibir disamping mempunyai ekstrak bunga. Malahan ianya membuatkan bibir nampak mungil !

    LUCENT MAGIQUE CUSHION BLUSH,RM49.90 


    Dengan hanya satu tap cushion blush, ianya akan memberikan wajh anda nampak seperti 'blushie blush' dah dengan diffused effect. Diperkaya dengan mineral water untuk menjadikan wajah lebih segar dan 'dewy' look all day long ! But but for those like me la tak suka sangat kesan stickiness, I cuma hanya sapu secalit je. But kesan 'glowy' akan membuatkan wajah lebih sihat dan remaja LoL.
    So far I totally suka sangat dengan packaging cuma tak sesuai bawa travel sebab besar sangat ! An the span dalam tu sangat sangat geram untuk dicubit sebab lembut sangat tak macam span kasar. ;)
    I rekomen untuk uolls yang buat profesional sesi fotografi, memang dalam gambar nampak cantik seriously ! Terdapat 3 warna ! I punya warna yang tengah tu, hehe !


    L’Oreal Colour Riche Lipstick Beige Sienna


    I totally suka sangat Lipstik Riche Color ni sebab ianya lembut sangat pada bibir dan pigmennya sangat pekat disamping melembutkan bibir dan tidak mengeringkan bibir ! Malahan pilihan warna beige sienna adalah warna NUDE yang sangat sesuai dgunakan untuk mereka yang menyukai warna warm NUDE dan mempunyai warna kulit cerah dan medium. Nampak seolah-olah warna kulit bibir nampak lebih natural. So far yang ini memang warna Fav I, of course I akan beli warna ni on the enxt time !

    Jadi apa sahaja koleksi makeup anda ! Pastikan anda pandai mencipta seni yang terbaik untuk wajah anda kerana wajah anda seumpama kanvas yang hanya perlu di tata rias, dan paling best wash off the makeup and the buat another teknik lagi ! Jadikan koleksi makeup anda kepada sesuatu yang lebih kreatif kerana dirimu sangat berharga ! ;)

    Untuk maklumat lanjut tentang L'Oréal MAKEUP DESIGNER/Paris,
    sila layari :

    You Might Also Like

    0 comments

    🌸Blog Followers🌸