Perkhidmatan Klinik Bergerak Diderma Oleh Monspace Multinasional Corp

3:19 AM

Berita baik untuk rakyat Malaysia dimana MONSPACE multinasional corp telah mendermakan sebuah kenderaan kepada St. John's Ambulance Malaysia (SJAM). Majlis telah berlansung di The Earth, Bukit Jalil.

Kali ini rakyat Malaysia berpeluang menikmati kemudahan Klinik bergerak ini tanpa rasa ragu-ragu. Ianya akan berada di bahagian kawasan yang tiada kemudahan klinik dan di kawasan mereka yang sukar untuk bergerak ke klinik sama ada orang sakit mahupun orang lumpuh yang mempunyai kesusahan untuk mendapatkan rawatan.

Klinik Bergerak Disediakan untuk mereka yang
memerlukan Rawatan Kesihatan

Klinik Bergerak Akan berada di Kawasan yang Memerlukan
Perkhidmatan Rawatan Kesihatan yang ditawarkan

Dengan adanya kemudahan tidak kira bangsa, agama, warna kulit ataupun usia, ianya dapat menggalakkan dan meningkatkan lagi sifat kemanusiaan untuk membantu mereka yang susah dan sakit tanpa prejedis antara satu sama lain.

Klinik bergerak (SJAM) ini telah bermula semenjak dari Ogos tahun lepas, ianya menyediakan rawatan kesihatan di portal komuniti bahagian Semenyih. Selain dari rawatan kesihatan SJAM juga menyediakan makanan dan barangan keperluaan kepada mereka yang memerlukan.

Klinik Bergerak ini juga akan membantu mereka dengan melakukan lawatan di rumah-rumah anak yatim dan juga rumah warga emas.

Klinik Bergerak ini menyediakan Doktor
untuk membantu mereka yang memerlukan rawatan.

Ubat-Ubatan juga terdapat di dalam Klinik Bergerak ini

Demo Kecemasan
Semasa pelancaran Majlis, pengunjung berpeluang untuk memberi Derma supaya dapat disalurkan kepada
mereka yang memerlukan.
Dato Sri Jessy Lai menyerahkan kunci replika kepada
Dato Yeo Kim Thong, Hon Lai iaitu
Setiausaha Agung SJAM, Negeri Komander, SJAM Selangor

Dato Sri Jessy Lai, Tan Sri Musa Hassan, Dato Lai See Ming
menyerahkan cek sejumlah RM100,000.00 kepada
Panglima Besar St John Ambulans Malaysia,
Dato Yeo Kim Thong
Dengan adanya perkhidmatan klinik bergerak ini ianya dapat membantu golongan yang memerlukan sekali gus dapat memupuk nilai murni setiap insan yang berada di dunia ini. Terima kasih kepada Monspace Multinasional Corp dengan jasa baik yang akan dikenang dengan sumbangannya kepada St John Ambulans Malaysia.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Klinik Bergerak ini, sila layari :
www.Monspace-asia.simdif.com

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸