ESL One Genting 2018 DOTA2 : Kejohanan tahun kedua di Resorts World Genting

2:52 AM

Karakter Kegemaran I Crystal Maiden dan Wind Ranger pun ada juga eh
Woot Woot berita baik bagi peminat permainan e-sukan Dota2 lebih-lebih lagi I ni yang dah lama main permainan maya ni sejak dari tahun 2011 lagi waktu belajar dulu kala. Ini merupakan peluang terbaik bagi peminat e-sukan Dota2 untuk menyelami sendiri pengalaman menyaksikan kejohanan tahun kedua ESL One Genting 2018 di Resorts World Genting. ESL iaitu syarikat e-sukan terbesar di dunia yang mempunyai ribuan peminat bakal menyaksikan sendiri pertarungan sengit Dota2 dari 23-28 Januari 2018 sebagai tanda kejohanan rasmi kecil untuk tahun ini.

Perlawanan Pembukaan untuk 16 Pasukan
Dimana anda bakal menyaksikan sendiri pertarungan sengit antara 16 pasukan Dota2 teratas yang bakal berentap untuk merebut bukan sahaja hadiah sebanyak $US400,000 malahan untuk mengumpul 400 mata kelayakan untuk diiktiraf menjadi 8 pasukan yang akan dijemput di The International 2018.

Sidang Akhbar ESL Genting One 2018 pada 20 Januari 2018
Persidangan akhbar telah diadakan pada 20 Januari yang lalu di bilik pameran Antarabangsa Genting,  Resorts World Genting sebelum bermulanya acara aksi pertarungan sengit antara 16 pasukan. Beberapa karakter Cosplayers Dota2 turut muncul ketika sidang akhbar manakala Frank Sliwka, Ketua Pegawai Operasi di ESL Asia dan Naib Presiden promosi dan hiburan Kevin Tann dari Resorts World Genting juga turut hadir untuk memberikan ucapan dua patah diikuti dengan penyaringan ESL One After Movie 2017 serta sesi foto dan juga sesi Q&A.

Naib Presiden promosi dan hiburan Kevin Tann dari Resorts World Genting
Mengikuti perkembangan ESL One Genting 2017 yang telah berjaya meraih ribuan peminat muda generasi milenial pada acara tahun lalu  telah menjadikan Resorts World Genting sebagai tuan rumah untuk tahun yang kedua setelah e-sukan di iktiraf sebagai kejayaan yang semakin berkembang pesat secara global. Satu per lima peminat permainan permainan video telah aktif bermain secara purata 1 jam sehari yang telah mengubah alam semesta secara kompleks dan sangat pantas itu sebablah Resorts One Genting ingin menjadi sebahagian daripadanya. Melalui ESL One Genting, Kevinn Tann berharap dengan acara kejohanan ini akan memberikan pengalaman yang tidak terhingga kepada anda yang peminat permainan yang kini dikenali sebagai e-sukan.

Frank Sliwka, Ketua Pegawai Operasi di ESL Asia
Frank Sliwka yakin bahawa ini adalah bukan yang terakhir ESL One dan Resorts World Genting untuk bekerjasama sejak dari tahun lalu. Frank yakin dengan kerjasama dengan RWG akan mewujudkan esukan di rantau Asia Tenggara untuk membawa ESL One kepada peminat dari seluruh dunia lebih-lebih lagi Dota2.


Perlawanan Dota2 ESL One akan bermula dari 26-28 Januari 2018 di Resorts World Genting yang ditaja oleh Mercedes, msi, PREDATOR, logitech yang dikuasai oleh intel dan disokong oleh M.E.T.

Pasukan penyiaran ESL One untuk tahun 2018 ni akan membawakan Eri Newman yang telah menjadi hos dalam kejohanan ESL One di Manila 2016  yang lalu dan kini sekali lagi menjadi pengacara di pentas untuk membawakan aksi siaran langsung kepada peminat Dota2.

Kalau anda nak tahu, tahun lalu lebih 5000 peminat Dota2 yang hadir ESL One Genting pada setiap satu daripada tiga acara utama manakala lebih dari 11.4 juta penonton  sekitar 4.5 juta jam dalam talian.

Digital Chaos telah membawa trofi ESL one dan hadiah US$125,000 setelah pertarungan sengit dengan pasukan Newvee.

Bagi anda yang tidak dapat membeli tiket untuk aksi perlawanan utama  Dota2, korang boleh dapatkan tiket untuk tontonan umum di Genting International Showroom yang akan disediakan untuk peringkat akhir dari 23-25 Januari. Tiket berharga RM20 untuk 3 hari akses.

Untuk maklumat lanjut, sila dail +60361011118 atau layari www.rwgenting.com

Pastikan anda mendapatkan zon waktu yang betul supaya anda tidak terlepas pertandingan pertama

Ganjaran utama $400,000 di garisan di ESL One Genting 2018, saksikan secara langsung di >ESL One<

Bagi yang tak sempat nak ke Genting, korang boleh menyaksikan perlawanan pembukaan ESL One Genting 2018 secara langsung di > ESL One Siaran langsung  <

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸