Yusuf belajar stretch kaki dia |
Baru-baru ni I berpeluang mendedahkan kepada anak I yang sulung di dalam bidang tarian untuk menarik minat dia untuk bidang ni, personally I rasa agak sukar sedikit memandangkan dia sebenarnya seorang yang agak pemalu untuk menari. Awal-awal memang a bit awkward but when it comes to his fav part especially menari macam robot tu memang dia suka. Tapi the dance teacher I memang salute betul sebab masih dapat mengajar si Yusuf Rayyan walaupun ada throw tantrums a bit but I still nak dia berikan ruang untuk diri dia supaya belajar beberapa teknik tarian walaupun not really fully bagi komitmen, dalam masa sejam tu walaupun playing banyak I noticed dia macam ada juga bagi respons angkat tangan angkat kaki. I found that sebenarnya dance teacher banyak bagi galakan dekat dia and boleh nampak dia sebenarnya agak enjoy juga. Jadi this time I kena pupuk lagi minat Si Yusuf ni dalam menyertai aktiviti yang bermanfaat ini. Menari sambil Belajar memang bagus sebenarnya. Lepas ni I kena hantar dia ke kelas macam ni supaya dia dapat fokus dan enjoy ketika menimba ilmu melalui tarian.
The Parenthood Wellness Sunway Pyramid telah menganjurkan 'The Dance Project' aktiviti yang menarik ni sebenarnya memang sukar untuk dilepaskan cuma hari yang sepatutnya pergi I terpaksa postponed sebab Yusuf tak begitu sihat dan bila dia dah sihat I cuba pujuk dia untuk joined supaya dia tak ketinggalan dengan aktiviti yang menyeronokkan macam ni. Lagi pun kelas ni Ibu bapa pun boleh join supaya dapat ( A bonding time session ) dengan anak-anak ! Usually kalau benda tarian macam ni I noticed kanak-kanak perempuan lebih cepat pick-up mungkin sebab kanak-kanak perempuan sangat teruja untuk mencuba berbanding kanak-kanak lelaki tapi kalau ada cara pupuk minat mungkin kanak-kanak lelaki mencuba juga untuk menikmati keseronokan menari sambil belajar.
Belajar ayunkan tangan |
3 Program ditawarkan Kinderdance di Parenthood ialah seperti :
- Kindertots ( 2 tahun sehingga 3 tahun ) khas untuk membangunkan kemahiran motor kanak-kanak melalui aktiviti yang menggunakan kreativiti, melakukan pergerakan tubuh badan semasa belajar mengenali warna,nombor, bentuk dan lagu serta meningkatkan lagi pembangunan fizikal.
- Kinderdance ( Umur 3- 6 tahun ) yang lebih kepada pembangunan motor, tarian dan program kecergasan melalui 3 tahap seperti asas ballet, akrobatik, pergerakan kreatif, tap dengan konsep pendidikan digabungkan.
- Dari umur (4- 7 tahun) pula Kinderdance telah mengajar kanak kanak ini melakukan aktiviti yoga yang direka khas untuk memberi keselesaan terhadap bunyi muzik serta mencergaskan minda mereka dengan pergerakan yoga yang unik dan menggabungkan aktiviti berimaginasi.
Belajar Melompat |
Belajar Menari Seperti ROBOT |
Stretching Body |
Menari menggunakan Makaras |
Kemasukan Sudah Bermula, cepat galakan anak menari sambil belajar ! |
Kinderdance telah memberikan peluang kepada ibubapa untuk menyertainya di The ParentHood dimana ianya telah ditubuhkan sejak dari tahun 1979 dengan rekod prestasinya terbukti selama 38 tahun di Amerika Syarikat dan kini berada pada tahun kelima di Malaysia. Program tarian ini telah diperkenalkan kepada kanak-kanak prasekolah dan pusat jagaan harian dan Kinderdance sangat popular di Amerika Syarikat. Ianya telah membantu kanak-kanak memperkembangkan perkembangan motor mereka serta menjadikan minda kanak-kanak lebih cergas dan cerdas !
Program Kinderdance diadakan setiap hari Sabtu.
10-10.45pagi ( 3 Tahun - 6 Tahun)
10.55- 11.25 pagi ( 2 Tahun-3 tahun)
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
HP : 0162968939
Email : info@theparenthood.com.my
Trial Class : http://www.123contactform.com/form-2830308/My-Form-2
Lepas ni boleh hantar anak tiap hari Sabtu lagi pun ada kelas yang boleh dibayar secara sesi harian. :)
Last week, I sempat singgah sendiri Poké Bear di Sunway Pyramid, dan ini adalah kali pertama I mencuba sesuatu di dalam mangkuk kertas yang kiut-miut. I was wondering kenapa Poke Bear tau? Sebab comel sangat namanya, rupa-rupanya ianya dihidangkan dalam poké bowl ni sebenarnya di sebut seperti poh-kay ialah makanan laut dan sayur mentah yang berasal dari Hawaii. Poké bowl selalunya dihidangkan dengan makanan laut mentah di dalam bentuk kiub dan di hidang di atas salad. Ianya seakan ala-ala sushi di dalam mangkuk bulat.
Poké Bear Creations by myself |
Yang ni punya poké bowl lebih kurang RM18 semangkuk, yang I tahu topping yang FREE tu memang aku ambil je semua. So far rasa sangat fresh dan ianya lebih pantas. Sihat, mengenyangkan I bet memang sesuai untuk you all yang nak jaga berat badan atau bina badan.
Beberapa 'customized' Poké Bear Creations dari member I |
Poké Bear Creations. Ada beberapa menu yang anda boleh pilih jika berada di sini, antaranya :
- The Gym Junkie
Brown Rice, Walnuts, Mango, Pineapple, Sweetcorn Tamago, Crabstick, Salmon, Tuna, Shrimp
RM27 - The People's choice
White Rice with salad, cucumber, cherry tomatoes, crabstick tomago, onions, salmons RM18 - The Insta Worthy
White rice with salad, carrot, onions, almonds emadame, crabstick pineapple, pomegranates tuna RM21 - Dan anda boleh cipta sendiri :
Bowl RM18 manakala Wrap RM15
Dan aku sememangnya akan memilih nombor 4 di mana aku boleh pilih mengikut yang aku suka untuk dimuatkan di dalam mangkuk aku tau.
Cara nak Pilih sangatlah mudah sebab dia sediakan di dalam borang seperti dalam gambar di atas.
- Pilih nak mangkuk( bowl) RM18 atau Balut (Wrap) rm15
- Pilih Bahan asas dimana ada 3 pilihan untuk dipilih sama ada nasi putih (white rice) dengan/tanpa salad, Nasi perang (brown rice) dengan/tanpa salad atau dengan sayuran hijau.
- Pilih campuran 'side dishes' yang anda inginkan seperti Almond, Lobak merah, tomato ceri, crab stick, timn, edamame, sweet corn, walnut dan pelbagai lagi. Anda boleh pilih lebih dari 5 pilihan untuk poké bowl manakala 4 pilihan untuk poké wrap. * Tambahan RM1.50 untuk setiap 2 sides tambahan.
- Pilih makanan laut seperti Octopus, Salmon, Tuna, Udang, Boleh tambah hanya RM6 untuk salmon dan tuna dan hanya RM3 untuk udang dan octopus.
- Pilih Topping yang korang nak, pelbagai jenis topping yang korang boleh letak seperti halia, seaweed flakes, ebiko, bawang goreng, chili flakes dan wasabi dimana ianya adalah percuma manakala avakado dan delima boleh ditambah dengan tambahan harga rm2.50. Toppings inlimited tau so you boleh refill poké bowl atau wrap bowl tanpa tambahan caj kecuali topping yang istimewa sahaja.
Poké bear menawarkan minuan refill seperti Air Teh hijau, so bagi orang muslim yang sangat sensitif isu halal dan haram, Poke Bear ni No pork No Lard masih tiada sijil halal yang sah. Terdapat kemudahan wifi, boleh guna kad voucher entertainer korang tau untuk promosi buy 1 free 1 gitu.
So apa lagi, pilihan makanan dan gaya hidup yang sihat adalah pilihan yang utama untuk masa kini, I rekomen sangat you all cuba sendiri poké bowl di Poké Bear ni. Jangan lupa tau untuk follow like Poke Bear di Instagram dan Facebook untuk menikmati 10% di dalam bil anda.
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Instagram: https://www.instagram.com/mypokebear/
Facebook: https://www.facebook.com/MYpokebear/
Poké Bear
LG1.110A, Lower Ground One,
Sunway Pyramid Shopping Mall,
3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
47500 Petaling Jaya, Selangor,
Malaysia.
Tel: +603 7494 0257
Isnin - Ahad: 10am - 10pm
MBH Haircare
Rawat Masalah Rambut dan Kulit Kepala di MBH Hair Care dengan harga serendah RM20
4:02 PMSesi Analisa Rambut dan Konsultasi |
MBH Hair Care menawarkan solusi untuk merawat beberapa masalah rambut seperti rambut bercabang, pecah-pecah di hujung rambut, kulit kepala yang gatal akibat kelemumur, rambut gugur, memperbaiki rambut rosak dan pelbagai lagi dengan menggunakan bahan produk yang natural seperti black seed.
Sesi Pengenalan Produk Terbaru Serum dan Tonik rambut |
MBH Haircare telah diasaskan oleh Puan Yaya Mohamad setelah mengoperasi MBH Medispa semenjak dari tahun 2008 dibawah satu syarikat induk Moha Group Sdn Bhd. MBH adalah salah satu solusi atau pusat kecantikan dari kaki sehingga ke kepala terulung di Malaysia selaras dengan misi dan visi syarikat.
Ruangan untuk cucian rambut |
Kami diberikan konsultasi mengenai rambut, cara penjagaan dan rawatan yang sesuai |
- MBH Signature Trichology Treatment
- MBH Ayur Oil Treatment
- MBH Oxynano Diamond Treatment
Rawatan MBH Signature Trichology Treatment yang ditawarkan menggunakan mesin yang diimport dari 'GERMAN' dan sangat berkualiti tinggi untuk memperbaiki kulit kepala hingga ke akar rambut. Paling seronok kan rawatan yang digunakan menggunakan herba-herba jauh dari India yang sangat bermutu tinggi untuk melebatkan rambut dan juga menguatkan akar rambut dari kulit kepala sehinggalah ke hujung rambut.
Rawatan MBH Ayur Oil Treatment menggunakan produk yang diformulasi dari habbatus sauda, minyak zaitun dan minyak argan untuk meggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat, melembabkan kulit kepala dan melindungi rambut dari sebaran masalah. Habbatus sauda terkenal dengan 1001 khasiat yang daapat membantu mengurangkan keguguran rambut.
Rawatan MBH Oxynano Diamond Treatment adalah rawatan yang dapat merawat masalah rambut kering, bercabang, mudah putus dan berbuah dimana ianya akan menjadikan rambut anda lebih lembut, bersinar dan mudah terurus.
Bilik yang disediakan tersangatlah Privacy dan sesuai untuk para Muslimah medapatkan rawatan rambut di MBH Hair Care |
Jangan lupa dapatkan Serum dan Tonik dari MBH Hair Care tau ! |
Dua produk penjagaan harian terbaru juga telah diperkenalkan pada 'soft launch' semalam iaitu :
- MBH Revitalizing Hair & Scalp Tonic ( botol biru )
- MBH Hair Repair & Silkening Serum ( Gold )
MBH Revitalizing Hair & Scalp Tonic ni adalah tonik pertama diformulasikan daripada ekstra bunga raya dari Australia. Tonik yang bersifat water based ni akan meninggalkan kesan rasa nyaman dan sejuk pada bahagian kepala. Selain itu dimuatkan juga dengan khasiat daripada aloevera dan rosemary untuk merangsang pertumbuhan rambut baru, menguatkan akar rambut, membersihkan kotoran dan melembutkan rambut. Sila sembur tonik pada kulit kepala, urut selama 10 minit dan gunakan ketika rambut dalam keadaan bersih untuk memudahkan tonik meresap masuk ke dalam kulit kepala.
MBH Hair Repair & Silkening Serum pula diformulasi daripada ekstrak bunga matahahari dariAustralia, Aloe vera Insia, minyak argan morocco, minyak kelapa dara & minyak jojoba arizona untuk merawat masalah rambut seperti bercabang, gugur, kering dan kusan serta memberikan perlindungan sehingga 97%. Hanya gunakan pada hujung-hujung rambut sahaja dan urut sehingga meresap ke dalam rambut, elakkan terkena pada kulit kepala kerana bahan yang sangat kaya dengan bahan aktif.
Selain daripada rawatan signature dan produk, MBH Haircare juga menawarkan Rawatan Hair Growth Vitamin Wash serendah RM20, dengar cerita juga masa big launch pada 26 Ogos 2017 ini juga ada servis rambut seperti potong, cuci dan blow serendah RM2, alamak macam ni I pun nak juga serbu MBH Hair care kalau tawaran mampu sangat macam ni.
P/s: Segala pertanyaan dan temujanji akn dijawab satu satu, MBH Hair care akan jawab dengan pantas dan cepat.
MBH HAIRCARE
19G-1, Jalan Reko 8,
Taman Reko Sentral,
43000 Kajang,
Selangor, Malaysia.
☏ Whatsapp @ call : 011-6085 0817
Website : www.mbhhaircare.com
Insta : mbh.haircare
Facebook : MBH Haircare Malaysia
Emel : mbhhaircare@gmail.com
Landmark : berdekatan dgn Econsave Jalan Reko, Kajang
Pembayaran boleh dibuat secara CASH, Debit Card mahupun Credit Card. Boleh booking dengan membuat pembayaran secara CDM atau pun ONLINE. Dengar cerita boleh BOOKING awal BAYAR awal dan valid sehingga 1 tahun !
Baru-baru ni I berpeluang menyaksikan sendiri 9 buah trak simen telah dicat dengan hasil seni yang kreatif dengan warna-warna yang ceria dan beberapa rekaan yang menarik di Wisma Lafarge Malaysia Jalan Kilang manakala 5 buah trak lagi berada di Shah Alam dan Pulau Pinang bersamaan 14 buah trak yang terlibat untuk diceriakan untuk memberikan kebahagiaan di bandar.
Pertandingan Reka Bentuk ini adalah dari Lafarge Malaysia yang dikenali sebagai kempen #HappinessInTheCity yang telah memilih 14 penyertaan untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM6,000. Official Paint Partner, DULUX telah menaja cat dalam merealisasikan impian setiap peserta untuk menghasilkan hasil seni yang menarik dan mampu memberikan impak yang besar kepada sesiapa yang melihatnya terutamanya masyarakat di tengah kota dengan penggunaan warna yang terbaik dan terserlah cerita disebalik seni dihasilkan.
Tujuan kempen yang bertemakan #HappinessInTheCity diadakan adalah untuk memberikan suntikan keceriaan dan kebahagian di bandar kota besar agar Malaysia menjadi negara ini nampak lebih berseni serta menarik untuk dikunjungi. 14 reka bentuk yang disenarai pendek terdiri daripada 10 pasukan yang telah dipilih oleh para hakim iaitu :
- Zenu dari UITM ( 2 reka bentuk disenarai pendek)
- Simple2 dari USM
- Pantheon dari UKM dan
- Caterbillar dari Universiti Taylor
- Bowtuckle dari MMT ( 4 reka bentuk disenarai pendek )
- Illustration Room dari LimKokWing
- Chin Family dari dari UTM Melaka
- Ji Xiang Ru Yi dari UTM Melaka
- Uuhoo Unicorn dari UUM
- T Art dari UTAR
Para hakim terdiri daripada :
- Presiden dan ketua pegawai eksekutif Lafarge Malaysia, Thierry Legrand
- Naib Presiden Pemasaran dan harga, Tolga Pekel
- Official Paint Partner Akzo Nobel ketua Pemasaran Shinta Iswandani
- Agensi Penjenamaan M&C Saatchi ketua perancang dan rakan kongsi pengerusan Michael Quay
- Agensi Digital Columbus pengarah urusan Abby Kurry
- Ketua Operasi YouthToday Prassan Dhanagunan
- Ketua Penjenamaan Asia Tenggara dan China, Shirley Low
- Rakan Media rasmi TheEdgeProperty.com
- Ketua Editor Au Foong Yee
Pasukan yang telah tersenarai telah diberikan sebuah trak untuk melukis di trak konkrit simen dan telah diberikan tempoh selama 3 minggu untuk menyiapkan hasil kreativiti mereka dan 3 hasil seni reka yang mempunyai jumlah undian yang paling banyak yang diundi oleh orang ramai akan diumumkan pada pertengahan bulan Ogos untuk memenangi anugerah "Creative Use Of Color" yang akan disampaikan oleh Dulux di laman Facebook Lafarge Malaysia.
From my personal view dengan adanya trak yang direka cantik dengan hasil seni yang kreatif dan pengunaan warna yang meriah ianya akan menjadikan kota raya lebih ceria dan lebih bahagia dari sebelumnya. Warna-warna ini akan memberikan mood yang baik kepada komuniti masyarakat di dalam bandar sekali gus Kempen dari Lafarge Malaysia berjaya memberikan kesan positif ke arah persekitaran yang lebih sihat dan gembira.
Penggunaan warna-warna yang terdiri daripada warna yang terang dan kombinasi warna yang berani adalah pilihan warna yang telah menghiasi trak simen Lafarge akan memberikan impak yang positif kepada pejalan kaki, ketika berada di dalam trafik jam dan boleh membuatkan kanak-kanak di dalam kereta akan melompat kegirangan dengan melihat kartun animasi yang terdapat pada trak simen Lafarge. Elemen animasi seperti haiwan, bangunan, lautan serta galaksi telah digunakan untuk menceriakan kota bandar di dalam Malaysia.
Trak yang dicat dengan cantik telah dihasilkan oleh sebilangan pelajar yang bekerja di dalam pasukan mengikut reka bentuk yang telah didraf dan meneruskan sesi mengecat mengikut rekaan. Bekerja dalam pasukan dapat meminumkan penggunaan masa selain dapat membantu menyiapkan hasil seni sebelum tempoh tamat.
Lebih kurang 7 trak simen yang sudah siap dengan hasil rekaan kreatif dari pasukan yang terlibat manakala 2 lagi dalam proses pengecatan dan I berkesempatan untuk melihat sendiri pelajar-pelajar menggunakan tenaga mereka untuk menyiapkan tugasan kreativiti mereka. Pemakaian yang sesuai perlu dipakai ketika berada di bahagian tempat kerja okay. huhu.
So far rekaan yang terdapat pada trak simen Lafarge kali ni memang memuaskan hati dan pandangan mata I, Penggunaan warna sangat terserlah dan elemen nature, lautan dan galaksi yang sangat POP dapat memberikan kesan yang positif pada bandar-bandar yang terlibat ! Well Done pada yang bersungguh-sungguh menjayakan kempen ini !
Thank YOU DULUX sebab menaja warna cat yang menarik plus kalis air dan kekal lama, semoga kempen #HappinessToTheCity dapat memberikan keceriaan dan kebahagiaan kepada setiap orang yang berada di bandaratau dimana-mana sahaja mengikut route Trak Simen Lafarge Malaysia.
Bagi anda yang ternampak trak ni dimana-mana sepanjang perjalanan destinasi anda jangan lupa ye kongsikan nya di media sosial seperti facebook atau instagram dan sila gunakan hashtag #HappinessToTheCity dan #LafargeMalaysia mana tahu pos anda akan dishare di Laman facebook rasmi Lafarge Malaysia tau.
Which one do you think the best ?
DO VOTE HERE >> http://sushivd.com/LafargeSyafiera <<
Jangan lupa undi rekaan yang anda rasakan sangat menarik ( 1OGOS 2017), undian anda amat diperlukan untuk menentukan pemenang yang layak untuk memenangi hadiah sehingga RM6000.
DO VOTE HERE >> http://sushivd.com/LafargeSyafiera <<
Jangan lupa undi rekaan yang anda rasakan sangat menarik ( 1OGOS 2017), undian anda amat diperlukan untuk menentukan pemenang yang layak untuk memenangi hadiah sehingga RM6000.
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Lafarge Facebook : https://www.facebook.com/ LafargeMalaysia/
Lafarge Instagram : https://www.instagram.com/ lafargemalaysia/
Lafarge Website : http://www.lafarge.com.my/