Sushi Burger - Tarikan Utama di SAN000K !

5:15 PM

Sushi Burger
Semalam I sempat singgah SAN000K yang berada di bahagian West Sunway Pyramid di bahagian luar Clio Hotel.  Actually this is my first time trying out sendiri menu makanan yang ada di SAN000K. SAN000K ni ialah restoran yang menggabungkan CUISINE jepun dan juga Thai.

Walaupun di dalam bandar yang sibuk, SAN000K tetap menggunakan gaya hijau seolah-olah berada di dalam taman. Dengar cerita Sanook ni ialah sepupu yang kini berada di Chakri Palace di KLCC. Restoran ni bagi I memang amat menarik especially dengan idea yang kontemporari dan budaya yang dimasukkan untuk membentuk sebuah tempat yang selesa untuk lepak time with family and friends.

SAN000K bermaksud 'seronok' dalam bahasa Thailand, ada tambahan '0' untuk menunjukkan bulatan persahabatan dan SAN000K bermaksud bersuka ria bersama rakan-rakan ! SAN000K percaya bahawa makanan yang lazat dapat menjadikan seseorang yang asing kepada kawan baik !


Salah satu menu yang I teringin nak cuba sendiri ialah Sushi Burger. Ada dua pilihan ayam dan daging but I jenis suka makan daging so I minta yang tu. Ianya ala-ala sushi tau dan ada ikan kering tak silap I sebagai side dish. Jagung juga  sebagai side dish, trust me I hit the patty first baru makan nasi sushi tu haha. I rasa bagi yang nak diet tu better dont ambil this one pretty sure tak larat nak habiskan sensorang.. but I just did habiskan... omg haha.

Me in front of SAN000K

Phad Thai
I believe yang itu Phad Thai, Wendy yang ordered, rasa dia okay la, i suka udangnya sebab udang yang fresh ! mee dia macam kuew teow tapi versi halus la. I rasa dia masak macam style kuew teow.
And yes IT IS SPICY BEYBEH !

Pandan Honey
Pandan Honey ni memang sedap, so fresh and I minta less sugar and less ice so that I can taste the pandan one ! hehe. So far I think this one memang sedap. No lie yo.

Mango Sticky Rice x Ice Cream
woot, yang ni memang pencuci mulut paling sedap dan terbaik, Mango nya sangat sweet and crunchy hehe, and then ada sticky rice and sos santan rasanya tu anywhere, memang budak-budak suka makan makanan manis tau :)

Antara Menu yang you all patut cuba sendiri di SAN000K

Tak pasti Harga ? Boleh cek di sini: https://goo.gl/K0jHtp

Disebabkan I sampai lewat, I tak sempat nak merasa makanan lazat di bawah ni, photos dari Kak Wan, Kak Kolin, AND  Fadzi, tengok diaorang makan sedapnya. but I can list to you all the signatures. Sorry guys maybe next time I join you makan awal-awal.

SKEWERS
 Ada 2 skewers iaitu ayam dan daging, you all boleh pilih yang mana korang nak try sendiri, skewers ni grilled ye and sos-sos yang korang nampak tu semuanya homemade.

Sushi
 Nama pun Japan Thai restoran, memang tak sah lah kalau tak ada sushi guys, dari tepi tu sushi tuna dengan sos tomyam, yang tengah Salmon segar dengan spicy miso cream sos and the right is SAN000K rainbow vegetable sushi, I dapat makan la yang sushi salmon tu, kalau selalu makand ekat kedai sushi, rasa biasa biasa je tapi sos homemade tu yang rare. hehe.


MIENG KAM
 Kalau kedai Thai mestilah kena ada mieng kam, iaitu daun kadok yang akan membalut bahan bahan seperti kacang, limau kasturi, bawang,kacang and macam macam lagi lepas tu ada sos miengkam tak silap dalam sos tu ada belacan juga. I kat rumah memang selalu buat mieng kam ni.


SAN000K 4 season platter
Yang ni ialah starter, ada crispy thai chicken balls, thai fresh cakes, spring rolls  dan  croquette. I tak dapat rasa mungkin boleh tunggu other posted macam mana rasa 4 season platter ni

Minuman yang menarik kan ?
Thai Milky Ice Tea, Thai Spikey LemonGrass, Thai Pandan honey dan Speedo Watermelon, nah nama minuman susah kau nak sebut hehe. Apa pun minuman perlu ada lah kalau tak haus wei, dah la makanan thai pedas-pedas. so kena ada lah minuman ni semua tau.

Thai Volcano

Final not least, I sempat menikmati sendiri Thai Volcano ni, yang ni 1 je pun tapi kongsi sampai 6 kepala. Hmmph tengah-tengah terik memang syok la dapat nikmati ais kacang ni nak pula lepak dengan kawan kawan. SAN000K punya konsep memang berjaya lah rapatkan silatulrahim kitaorang ni, thank you SAN000K, lepas ni I bawa family I pula makan kat sini.

SAN000K NI AVAILABLE dekat 2 lokasi ye :

Sanook – Sunway
Lot 4, Ground Floor, Sunway Pyramid West Hotel,
Tel : 03-5650 5196

Sanook – Pavilion KL
Lot 1.104, Level 1, Pavilion Elite Kuala Lumpur
Tel : 03-2110 5756

Untuk maklumat lanjut, sila layari ;
http://sanoook.my/

You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸