ID AZ MASK PACK sesuai untuk individu yang baru menjalani pembedahan wajah

2:56 PM

Just A happy face lepas pakai Topeng muka dari ID.AZ Derma
ID.AZ Mask Pack ni bukan topeng muka yang biasa-biasa yang you all selalu guna sebab berdasarkan kajian ke atas muka sendiri setelah pakai topeng muka ID.AZ ni boleh nampak kesan selepas pemakaian topeng yang pertama. Oh yeah my 1st impression thought, I boleh katakan I totally Im in LOVE dengan produk ni.

Tajuk je nak gempak, tapi I belum lagilah buat pembedahan ubah-ubah wajah cuma I pernah lakukan rawatan kulit estetik seperti C02 ( Carbon Peel Laser ) dan juga (Dermapen) untuk perbaiki tekstur liang pori akibat dari viral acne infection. So far produk ni wujud untuk individu yang mempunyai kulit super-sensitif akibat dari kesan pembedahan dan rawatan estetik.

Bukan Topeng Wajah Biasa-biasa you all pakai tapi ianya luar biasa gitu (over-claimed lak)
Kalau you all nak tahu produk 'ID Pla Cosmetics' ni wujud sejak hampir 60,000 orang yang obses dengan kecantikan sampai melakukan pembedahan surgeri pada wajah sebab tak boleh menerima dengan bentuk muka dan masalah kulit yang dialami sekali gus mengakibatkan masalah kemurungan yang melampau sebab tak mempunyai wajah yang cantik. Tu sebab la wujud produk ni sebagai cara alternatif untuk merawat masalah obses nak cantik. ID ni lebih membantu untuk menjaga masalah kulit sensitif dan juga mencantikkan lagi bentuk wajah.

ID menggunakan falsafah 'Beyod Derma, Pla Cosmetics ! dimana ianya hanya untuk kulit, hanya menggunakan bahan yang selamat dan hanya untuk penambahbaikkan yang sempurna pada kulit anda.

Kotak yang sangat ekslusif !
Kenapa Perlu Cuba Sendiri ID.AZ MASK PACK ?

Tahu tak you all yang ID.AZ ni sebenarnya adalah direka khas dari ID Beauty Health Group untuk penjagaan esktrem untuk kulit di rumah. So bagi yang baru lepas buat pembedahan dan mengalami masalah kulit yang sangat sensitif you all sangat digalakkan buat rawatan sendiri di rumah sebab kalau dekat rumah jauh lebih selesa kan ?

Usually yang baru lepas surgeri I rasa memang kita lebih prefer buat rawatan sendiri dekat rumah satu sebab kalau keluar orang tengok kita punya muka pelik je satu lagi kulit memang akan jadi sangat sensitif pada kawasan persekitaran lebih-lebih lagi dengan sinaran cahaya matahari dan juga radikal bebas takut nanti lambat nak sembuh kalau terexpose dengan benda macam tu.

Menjimatkan duit, masa dan tenaga tapi pada masa yang sama kulit tetap dapat khasiat mewah walaupun hanya rawatan di rumah. Ianya adalah solusi yang ringkas dan cepat sekali gus membebaskan kulit dari masalah kulit yang berulang. Terdapat beberapa jenis rawatan perlu diberikan untuk kulit sebab setiap masalah harus dirawat dengan solusi yang betul. Topeng muka ID.AZ ni memang mempunyai kelebihan yang tersendiri yang sangat efektif dan berkesan.

ID.AZ DERMASTIC GOLDEN-FIT MASK
DEEP NOURISHING MASK

Menawarkan keseimbangan Nutrisi

ID.AZ Dermastic Golden-fit mask

Dalam ketiga-tiga topeng muka ID.AZ Dermastic ni, yang ni la yang I paling teruja nak guna dulu sebab ianya dari 'REAL GOLD!' Emas memang I punya favorite sejak dari dulu lagi. I memang tercari-cari topeng muka dari emas, ada je jual produk topeng muka emas dari Thailand cuma I takut nak cuba sebab tak tahu kan apa-apa jadi kat muka macam mana kan. Finally, ada juga produk topeng muka emas yang I rasa boleh percaya dan rasa selamat bila nak guna.


Topeng muka dari ID.AZ Dermastic Golden-fit mask ni kalau nak katakan bagi I ianya topeng muka untuk orang kaya hehe sebab ada emas which is really good untuk anti-penuaan, agak membantu untuk memberikan nutrisi pada kulit dengan penjagaan secara estetik dan ianya hadir dalam jenis bentuk hydrogel. Dia split bahagian T-ZONE dan juga U-Zone sebab nak pastikan topeng mengikut saiz yang ideal untuk bentuk wajah setiap individu.


Kalau korang nak tahu penggunaan emas sangat popular sudah dalam kebanyakan klinik estetik di Malaysia ni sebab emas ni memang dah sebati dalam dunia perubatan kecantikan, zaman dulu orang masukkan susuk emas untuk cantik tapi sekarang no need dah just jadikan emas ni sebagai sapuaan pada kulit untuk wajah nampak berseri gitu. Kalau tengok gambar sebelum boleh nampak kulit macam gelap-gelap sikit pada bahagian riak wajah, lepas dah pakai lebih kurang 10-30minit perasan tak kulit dah start nampak cerah sikit kan ?


Antara bahan yang ada dalam ID.AZ Dermastic Golden-fit mask ialah seperti emas, madu, royal jelly, aloe vera, ceramide, kolagen, ginseng merah dan kolagen dimana emas mampu membersihkan dan mencerahkan wajah manakala madu, royal jelly, propolise menjadikan kulit lebih elastik dan sihat. Menggunakan topeng muka jenis hydrogel ianya mudah untuk melekat pada kulit dan menjadikan kulit tegang dan anjal.

I rekomen untuk diri I sendiri dan sesiapa sahaja yang inginkan rawatan mewah di rumah, untuk anda yang inginkan produk yang istimewa untuk penjagaan kulit dan untuk anda yang inginkan produk bernutrisi tinggi lebih-lebih lagi kulit yang kasar dan kering. Lagipun ID.AZ Dermastic Golden-fit mask memang kaya dengan bahan yang menawarkan nutrisi yang seimbang untuk kulit.

Bila hati dah suka semua kebaikan dipuja.

ID.AZ DERMASTIC BRIGHT-FIT MASK
Brightening Mask

Mencerahkan Warna Tona Kulit

ID.AZ DERM Bright-fit mask
Bagi yang mempunyai tona kulit yang sedikit kusam dan gelap, ID.AZ DERM Bright-fit mask mungkin adalah pilihan yang terbaik sebab ianya agak membantu juga mencerahkan bahagian garisan halus dan memudarkan parut jerawat. Memandangkan parut jerawat I ketara sangat sejak seketul jerawat naik lepas buat dermapen, aku saspek jerawat tu keluar dari dalam. Lepas buat dermapen mungkin jerawat tu dapat keluar sejak tersimpan dalam bawah kulit lama sangat. But seriously babe ID.AZ DERM Bright-fit mask ni a bit efektif la on my scar dia memang pudarkan sikit parut jerawat I.


Topeng muka ID.AZ DERM Bright-fit mask ni sejenis kain 'microfiber'  yang sangat tebal tapi lembut dimana ianya mudah melekap pada wajah dan dengan masa yang singkat untuk mencerahkan kulit yang kusam. Ada 2 lapisan iaitu jaring dan juga topeng muka. Jaring tu bertujuaan untuk pastikan formula produk kekal pada topeng muka sebelum dipakaikan pada wajah.


Lepas dah pakai sekitar 10-45 minit, heh lamakan sikit sebab produk ni agak relaxing sambil tengok tv sambil baring sampai terlelap, secara asasnya ianya mempunyai kuasa pencerahan yang sangat efektif sebab secara 'immediately' I dah nampak kesan cerah pada kulit I ketara juga la untuk penggunaan kali pertama.. Bukan sahaja mencerahkan bahagian luar malahan mencerahkan kulit dari dalam juga. Kulit I secara asasnya memang dah cerah tapi lately I banyak keluar rumah pergi sana sini jadi nak maintainkan kulit nampak gebus gebas sangat payah lah nowadays, mungkin sebab cuaca dan habuk tak begitu bersih lebih-lebih lagi I tinggal dekat sangat di kota raya KL. Bagi I ID.AZ DERM Bright-fit mask memang sangat membantu juga kembalikan warna kulit asal I dan nampak warna kulit I macam warna mutiara gitu haha.


Untuk you all yang selalu kelihatan pucat, mempunyai kompleksi kulit yang gelap dan berbintik serta menginginkan tona kulit yang cerah dan nampak lebih suci gebu gebas, I rekomen you all cuba sendiri ID.AZ DERM Bright-fit mask  sebab ianya macam sejenis magik daripada cahaya petir woo yang bertindak secara berkesan dan efektif dengan penggunaan bahan seperti asid hyaluronik, teh hijau, licorine, kacang hazel, raspberi, blueberi dan juga trehalose. Lepas dah cabut topeng muka ni pun bila tekan pun masih terkandung lagi cecair pada ID.AZ DERM Bright-fit mask memang sangat pekat betul formulasi topeng muka ni.

ID.AZ DERMASTIC WHITE-FIT MASK
Hydrating Mask

Melembabkan Kulit



Kulit I sebenarnya considered sejenis kulit yang berminyak, tapi last time I dengar beautician cakap kulit berminyak sebenarnya disebabkan oleh kulit yang kering. Apabila kulit kering berlaku sebum minyak ni akan mengeluarkan lebihan minyak kononnya untuk melembabkan kulit tapi sebenarnya boleh mengakibatkan timbulnya jerawat dan kotoran yang tersumbat di dalam liang pori. Dekat situ I pun dah keliru sama ada nak pakai bahan yang berpelembab atau bahan mencegah lembapan. Sebenarnya lebih digalakkan kita melembabkan kulit dengan air untuk kasi oksigen pada kulit supaya kulit nampak lebih senang bernafas gitu yerlah air ialah gabungan molekul H20 kan. ID.AZ DERMASTIC WATER-FIT MASK memang sangat membantu untuk berikan kulit wajah lebih tenang dan bebas tekanan.


ID.AZ DERMASTIC WATER-FIT MASK mengikut bentuk muka wajah secara sempurna dengan menawarkan bahan lembapan yang asli pada kulit yang menggunakan sejenis lembaran kain. Buih-buih pada topeng muka ni tampak seakan-akan  air yang berlegar-legar, bayangkan bila topeng muka ni pakai wajah mesti bahan ni terus meresap ke dalam muka.


Selepas melakukan pemutihan wajah kulit memang nampak cerah cuma kulit tak nampak berkilat gitu, kalau orang Korea dorang lagi suka kulit muka nampak berkilat dan berseri gitu. Kalau kita tak gemarkan nampak macam kulit berminyak je. Sebenarnya bukan kulit nampak berminyak tapi ianya memastikan kulit nampak lembab dan lembut gitu. I pakai topeng muka ni lebih kurang entahlah sebab I tertidur time tu, tak silap pagi tu memang I bangun topeng muka ni masih dekat wajah I. haha. Pergh bila cabut terasa liang pori dok gerak-gerak mungkin sebab bahan tu meresap ke dalam kulit. So far not bad lah memang kulit I betul-betul nampak macam baru keluar dari laut je hihiih.


Bahan yang ada dalam ID.AZ DERMASTIC WATER-FIT MASK. adalah seperti Kolagen marin yang mengandungi  bahan dari air lautan dalam,  kolagen air laut, asid hyaluronik panthenol, betaine dan juga alantoin yang khusus untuk individu yang mengalami masalah kulit yang kehausan dari kelembapan, bagi yang gagal mendapatkan kesan lembapan yang efektif lebih-lebih lagi sudah mencuba pelbagai jenis produk lembapan dan paling penting untuk mereka yang menginginkan kulit yang lembut, lembab dan juga berkilauan.

ID.AZ ni adalah produk yang sangat sesuai untuk individu yang baru sahaja selesai melakukan pembedahan wajah dan adalah solusi yang sangat selamat untuk dilakukan di rumah tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak.

You all boleh dapatkan topeng muka ni di Watsons Malaysia dengan harga 

Brightening mask – RM12.90
Water mask – RM12.90
Golden mask – RM19.90
setiap keping pada bulan Disember. Sebagai pengenalan harga setiap pembelian 1 keping topeng muka ID.AZ ni hanya tambah RM1 untuk pembeliaan yang kedua.

Yang ini bukan topeng muka biasa ye tapi topeng muka yang sangat premium sesuai untuk orang yang baru lepas buat pembedahan wajah juga.

Untuk maklumat lanjut, boleh google : idPLACOSMETICS
Kalau nak bahasa melayu : www.watsons.com.my

xoxo,
syafiera






You Might Also Like

0 comments

🌸Blog Followers🌸